Tips jadikan blog sebagai mall jualan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips jadikan blog sebagai mall jualan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sifu blog Dr Wan Yusof Wan Jeffery kata setiap saat 40,000 dan setiap hari 3.5 billion carian berlaku di Google. Semua carian tersebut akan berakhir di website dan blog yang mempunyai maklumat yang dicari.

Ini yang Abang jadi semangat nak kemas kini blog jadi mesra SEO dan menulis artikel setiap hari supaya sebahagian daripada carian Google tersebut berakhir di blog Denaihati.

Mengusahakan blog untuk pemasaran jangka masa panjang

Semakin ramai pengujung yang bertandang ke blog seperti mereka bertandang di Mall pasti ada jualan.

Pernah pergi mall Pavillion atau Suria KLCC atau Midvalley atau IOI City? Memang penuh terutama hujung minggu. Adakah semua membeli, pasti akan berlaku jual beli antara pengujung dan penjual, paling tidak beli minuman dan makanan. Lagi ramai yang datang ke mall tersebut lebih tinggi peluang penjual mendapat jualan.

Pengurus Mall akan buat macam-macam aktiviti dan promosi untuk memastikan lebih ramai pengujung datang ke Mall mereka sehingga habis duit berjuta-juta setiap tahun.

Jaringan blogger DHN

Begitu juga blogger untuk dapatkan pengunjung yang ramai perlu keluarkan sedikit modal untuk

  1. Membeli rangka blog original mesra SEO bukan ciplak, bukan sahaja dapat menarik ramai pengujung juga selamat daripada diceroboh.
  2. Sewa server yang baik supaya dapat menampung kehadiran pengujung yang ramai serta memberi pelindungan daripada diceroboh.
  3. Belajar ilmu blog daripada sifu yang pakar supaya kita dapat mengendalikan seperti pakar.
  4. Promosi berbayar dan buat contest uantuk penjenamaan blog

Apabila pengujung daripada 40,000 setiap saat masuk ke blog kita bolehlah kita membuat jualan dengan meletakkan link affiliate dan banner produk yang sesuai dengan penulisan pada setiap artikel. Contoh pada entri kisah kesihatan yang banyak pengujung bolehlah kita selitkan link “Penawar Berdengkur Kuat” dan link “Beg unik untuk travel” dalam entri yang bercerita pengalaman pengembara. Daripada ribuan pengujung pasti ada 10% yang akan klik link tersebut dan pasti ada seorang dua yang berminat membeli.

Blog juga seperti Mall terpulang kepada kita untuk jadi seperti mall besar Pavillion atau mall kecil Mydin atau Kluang Mall ikut bajet. Kalau jadi seperti Pavillion pasti boleh menjual produk dan perkhidmatan yang mahal-mahal untuk mendapat hasil yang lumayan.

Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

49 Comments

  1. Terima kasih DH yang banyak kongsi artikel tentang blog membuatkan saya berminat nak jadi blogger jugak.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!