Tips gandakan duit dengan kaedah memberi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Rezeki Tuhan yang bagi tapi kita kena berusaha untuk mendapatkan sebanyak yang boleh. Lebih seronok apabila rezeki yang kita perolehi boleh digandakan dan bekerja untuk kita. Sebelum ini Abang telah menulis beberapa tips untuk mengandakan duit kita antaranya :

    1. Duit buat duit dan duit bekerja untuk kita
    2. Super trader boleh buat duit banyak
    3. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan

Kali ini Abang nak membawa pembaca kesatu dimesi yang berbeza tetapi maksudnya sama iaitu mengandakan duit dan biar duit bekerja untuk kita. Abang mulakan dengan kisah benar yang berlaku kepada sahabat Abang.

Beberapa hari lepas Abang buat mini open house aidilfitri untuk meraikan rakan-rakan trader. Rumah terbuka yang tidak dirancang tetiba idea datang daripada salah seorang rakan trader yang disambut rakan-rakan yang lain. Sorang sahabat yang datang lewat bawak buah tangan durian bermacam jenis, rasanya nilai lebih RM100. Abang nak bayar balik tapi sahabat tak terima, katanya nak belanja. Bersila kami depan rumah bentang tikar mengadap durian dua plastik. Alhamdulillah sedap, sendawa durian kami.


Terima kasih kepada sahabat Abang kerana belanja kami makan durian. Insyaa Allah pasti dapat pahala kerana belanja kami makan. Bukan itu sahaja khabarnya sahabat Abang dapat rezeki besar, dapat keuntungan bisnisnya lebih RM1,300 tak sampai 24 jam selepas belanja kami durian.

Teringat tazkirah seorang ustaz di surau beberapa bulan lepas, usaha bisnis kena buat semaksima yang boleh digabung dengan memberi pasti Tuhan bagi hasil yang lumayan. Bisnis kalau sekadar jual, jual dan jual belum tentu ada hasilnya.

Semua orang berbisnis sudah tentu nak gandakan modal menjadi untung berganda-ganda selain bantu masyarakat. Teorinya begitu tetapi bukan semua mencapai misi bisnis yang diharapkan. Ramai kawan-kawan bisnis yang sudah belanja beratus, beribu malahan puluh ribu ringgit untuk buat iklan tetapi mungkin 20%, 30%, 40% sahaja yang berjaya dan pasti tidak 100%.

Jadi Abang nak kaitkan kisah kawan Abang yang belanja durian dengan kisah berniaga bergantung hanya pada iklan 100%. Sebenarnya kawan Abang berjaya dalam bisnis kerana dia mengamalkan cara dengan banyak belanja orang makan. Paling best masa belanja tu tak pernah promo pun produk yang dia jual.

Modal bisnis yang kawan Abang buat adalah, bajet iklan yang ada contoh RM100 atau RM1000, 50% guna untukk iklan di FB ads atau Google Adwords atau lain-lain cara iklan dan 50% lagi digunakan untuk belanja orang miskin makan atau belanja kawan-kawan makan atau belanjalah sesiapa yang dia fikir layak.

Sebenarnya tips mengandakan duit cara belanja makan ini bukan sahaja diamalkan oleh sahabat Abang yang sorang ini malahan ramai yang telah berjaya mengguna cara ini.

Jadi kepada rakan usahawan yang selama ini gagal dalam berbagai bisnis walaupun dah belajar dengan berbagi sifu serta sudah mengguna berbagai strategi, cubalah cara ini. Memberi adalah magnet rezeki yang sudah di firmankan oleh ALLAH banyak kali di dalam Al Quran cuma keyakinan kita tiada. Kita lebih mengikut logik akal belanja iklan sekian akan dapat untung sekian.

Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245

Kuasa memberi sangat hebat, hanya mereka yang sudah merasai dapat menikmati dan tidak akan berhenti memberi. Kita  orang Islam tidak yakin tetapi yang bukan Islam percaya 1000%. Semuga video ini mengubah cara fikir kita.


Selamat mencuba.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

55 Comments

  1. Macam orang berniaga makanan, selalunya org yang murah rezeki ialah org tak berkira sangat bila bagi makanan lebih ckit bila menjual. Sebab bila jadi cmnie, mesti ramai pembeli suka dan pembeli akan mendoakn yang baik2x pada penjual tu, Penjual tu pun dapat untung dan mungkin dapat pahala sekali. Murah rezeki dunia dan akhirat. huhu.
    Curahan rasa Galaksi Viral @ ..LAGU BRUNEI YANG SANGAT BESTMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!