Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai yang ternanti-nanti contest iPhone 5s yang sudah lama dijanjikan. Pertamanya aku nak memohon maaf kepada penaja dan semua rakan blogger yang sudah menunggu lama. Sebenarnya aku mencari masa yang sesuai ketika tidak banyak contest dianjurkan oleh blogger lain. Ini masa yang paling sesuai walaupun khabarnya iPhone generasi baru akan dilancarkan bulan September ini.
Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati. Tiga unit iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya. Ucapan jutaan terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang istimewa ini.
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan .
Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
- Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
- Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Seperang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s.
820 Comments
nak join..yey…nk post hari ni laaa
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Complete spec Samsung Galaxy S5 mini Duos
silakan. kelebihan hantar awal-awal senang hati sikit….
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
harap dapat berpeluang masuk contest nie.dah bertuah.tak sabar
sentiasa ada peluang selagi tarikh belum tamat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
Yang ditunggu sudah tiba. Tiba masanya untuk semue berjuang. Selamat berjaya buat semua peserta
Curahan rasa daddydee @ ..Jangan Boikot Ikut-Ikutan
untuk tugasan pertama ni lebih mudah sepatutnya, dengan baca betul-betul dan ikut syarat-syaratnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Hebat ni. Tapi mcm mana contest ni dihakimi bro? SEO atau penulisan? atau ada cara lain?
Btw, link2 penaja tu boleh diletakkan stailnya ikut stail sendiri dan yg penting ialah backlinknya?
Curahan rasa Ismail N @ ..K. Dharmaraj Axed, A. Arulselvaraj Takes Over
Entri ni/tugasan pertama ni sebagai tiket untuk masuk cabaran iPhone 5s seterusnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Ohh gitu. So buat permulaan sekadar promosikan contest ni dulu lah kan?
Curahan rasa Ismail N @ ..Grammarly: Online Grammar Checker
masih lagi menunggu idea dan mencari idea untuk mengarang… aduhai sabarlah…hati 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Rabu Tanpa Kata | Jambu air
jangan tunggu lama-lama takut terlepas tarikh akhir pulak…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
Wah.. contest iphone dah keluar. Mesti join ni. Mana tau boleh menang. Hehehe
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Trik Mudah Untuk Hilangkan Chat Heads Facebook Mesengger
silakan, tuah ayam nampak dikaki, tuah blogger siapa yang tau…
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
Alamakkk! menarik sungguh ni. Lama tak join kontes oleh Denaihati. Moga idea datang mencurah-curah sebelum tarikh kontes berakhir hehehehe.
Curahan rasa Hanim Hashim @ ..Kari Ayam Kampung
mudahan dapat idea mencurah. dah lama tak join, bolehlah join untuk panaskan badan balik…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
peluang untuk dapat i phone baru,,serius belum rasa lagi guna smartphone..ha..ha..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tips Express Pujuk Isteri Merajuk
peluang ni nak rasa guna smartphone tanpa keluar modal kalau menang
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
salam,
in sya Allah masih ada masa untuk join… kena draft dulu sebaik mungkin…
Curahan rasa potia casadelarossa @ ..Gambar Sekitar FLORIA 2014 Putrajaya
boleh dah draft dulu, semak memahui syarat-syaratnya baru publish dengan yakin.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Lepas baca jer entry denaihati.com nie, terus nak join. Btw, bukan apa lama tak mengupdate topic di blog. ha, nie la hasilnya. Jemput baca yer ;
Latest entry dari NA: http://powerofmotivationblog.wordpress.com/2014/08/12/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger/
Curahan rasa Nisa Ahmad @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
terima kasih antara yang awal sertai cabaran ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
handphone den tengah buat hal. ini satu peluang baik untuk tukar phone baru 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Cerita Lepas Raya…
peluang baik jangan dilepaskan…mana tau jadi hakmilik kekal….
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
Yeay!!! Dah start.. kebetulan iphone saya mmg tengah problem…
InsyaALLAH akan berusaha hingga ke titisan terakhir…
Curahan rasa Fazrol @ ..Jom join Cabaran Shell FuelSave!
silakan, kena pada masanya ni. kalau ada rezeki dapat free je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Cabaran sudah bermula. Selamat berjaya kepada mereka yang menyertainya.
Curahan rasa akubiomed @ ..Altel 4G prepaid sudah dimiliki
cabaran baru bermula lagi, apa tunggu lagi, Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Insya-Allah sy akan merajinkan diri join. Hadiah yg boleh menjadi hadiah juga. Kiranya artikel peserta cabaran kali ini dikira tiket utk layak cabaran seterusnya la kan?
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Cara semak baki akaun CIMB Online
ya, ini adalah Tugasan Pertama untuk Cabaran iPhone 5s.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Wah, NA nak join jugaklah. Macam lama jer tak update new story. InsayAllah, boleh menang nie. Yakin itu pasti. Percaya pada keajaiban Allah.
p/s: entry baru tiada setakat nie. Just utk pre novel tu, boleh baca dekat link berikut:
http://powerofmotivationblog.wordpress.com/category/novel/
Thanks support ya 😉
penulis novel mesti ada banyak idea kreatif. terima kasih nak sertai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Comments are closed.