Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai yang ternanti-nanti contest iPhone 5s yang sudah lama dijanjikan. Pertamanya aku nak memohon maaf kepada penaja dan semua rakan blogger yang sudah menunggu lama. Sebenarnya aku mencari masa yang sesuai ketika tidak banyak contest dianjurkan oleh blogger lain. Ini masa yang paling sesuai walaupun khabarnya iPhone generasi baru akan dilancarkan bulan September ini.
Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati. Tiga unit iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya. Ucapan jutaan terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang istimewa ini.
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan .
Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
- Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
- Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Seperang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s.
820 Comments
Semoga berjaya kepada semua peserta.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Bagaimana Caranya Untuk Mengelakkan Komen Spam Pada Blog WordPress?
jomlah sertai sekali, ada banyak masa boleh fikirkan dengan idea mantap.
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
gagal dalam cabaran iphone 5 gadget impian.. nak try contest ni pulak! 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..Beli Buku Online dari MPH Bookstore
Tak pernah lagi join mana-mana kontest anjuran Denaihati. Kali ni nak cuba 🙂
Curahan rasa Tarmizi Shukri @ ..Panduan dan Tips Beli Flash DSLR
Bestnya.. Semua blogger ada peluang untuk mendapatkan Iphone 5s PERCUMA… In Shaa Allah kalau ada masa nanti saya join… Lagipun memang tengah cari budget Beli HP baru ni… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Klinik UPSR Fasa 2 2014 Didik BH
memang kenalah pada masanya ni, boleh fikir-fikir dah idea yang terbaik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Wahh..contest yang sangat menarik..hadiah yang sangat gempak..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Travelog Korea 2014 Day 3 : Trick Eye Museum #2
jomlah join, tambah lagi #duitraya yang dapat hari tu….
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
MasyaAllah….Iphone 5S tu…beruntungnya sapa yang dapat..nak mengarang tapi tak berapa nak terer…nak jugak hadiah ni…teringin lama dah..
Curahan rasa Famili Ceria @ ..Bukti Israel Yang Sebenarnya Guna Rakyat Palestin Sebagai Perisai
siapa2 pun boleh, tak perlu tunggu terror kot, sekurang-kurangnya dapat pengalaman
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Meskipun pada bulan Agustus ini banyak sekali kegiatan offline yang harus dilakukan, namun untuk meraih satu biji iPhone 5S harus siap untuk join nih, semoga…
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persija vs Persib ISL 2014
silakan kang dadan, ada banyak masa lagi untuk difikirkan ideanya
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
Nak join!!! Harap-harap lah menang nanti. Hehehehe. Jauh angan-angan.
mesti bermula dengan angan-angan….heeee. lepas tu usahakan sertai cabaran ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
tahniah buat denaihati dan juga para penaja semua kerana berjaya mengadakan contest hebat ini. saya juga turut serta untuk memeriahkan lagi contest ini
Curahan rasa ainun @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sekali lagi terima kasih buat semua penaja. boleh dah fikirkan idea untuk Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
iPhone 5S mu tunggu entri dariku…
akan sampai nanti iPhone 5S di pintu rumah ku…
Curahan rasa yangbaik @ ..Ranking Alexa pada 12 Ogos 2014 | Suka Duka Pentas Dunia
iPhone 5S sentiasa sabar menunggu bakal-bakal pemiliknya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
menarik. sangat menarik seperti biasa. kena mencuba ni. tuah ayam nampak di kaki, tuah iPhone..siapa yang tahu
Curahan rasa azwan @ ..Liga Fantasi Piala Malaysia 2014
tuah peserta cabaran iPhone 5s siapa yang tahu. bolehlah cari idea baik-baik nati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
assalamualaikum..
wahhh bestnya… nak joint jugak manalah tau kan ada rezeki tuah ayam namapk di kaki.. tuah manusia tak siapa tahu…. i follow
Curahan rasa anas @ ..Kisah Di Pagi Hari ITU…
Assalam Tuan Haji..
Akhirnya keluar juga contest besar Denaihati…as usual bukan mudah & persaingan kuat… InsyaAllah saya join nanti huhu
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Coway Juicepresso Premium Juicer
Waalaikumsalam. silakan, penaja joint kontes lebih meriah kontes ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Makan masa gak fikir idea nie. Hee
Pemilihan pemenang macam mana plak…? Bergantung pada pengisian entri or macam mana? 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 3)
Entri ni sabagai tiket untuk masuk cabaran iPhone 5s seterusnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
Akhirnya …keluar juga entri pertandingan yang menawarkan hadiah iphone 5s yang dinanti-nantikan oleh semua blogger . In Shaa Allah akan cuba turut serta sekali 🙂
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #95
silakan, ada banyak masa lagi, buat yang terbaik…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Comments are closed.