Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat dan berjaya.
Abang terlupa sungguh nak meraikan ulang tahun blog Denahati yang ke 8 pada 13/8/2016 sempena catatan pertama bertajuk “Politik Yang Bingung” yang ditulis pada 13/8/2008. Ketika itu Abang menggunakan platform Blogspot yang masih ada sehingga sekarang. Berkat kesabaran dengan misi jangka masa panjang maka sekarang Denaihati berada di sini, dikenali ramai dan mempunyai follower sosial media lebih daripada 1 juta.
Abang nak ucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat dan seleberiti yang sudi menjadikan Denaihati Network sebagai rakan sosial media untuk membina kejayaan bersama antaranya yang sedang diusahakan bersama :
- My MDEC kerana memberi peluang mengangkat kehebatan program eRezeki dan eUsahawan keseluruh pelusuk Malaysia.
- Adi Putra pelakon hebat yang memberi peluang mengurus semua sosial media dari angka hanya puluhan ribu kini total lebih 1.5 juta follower
- Mira Filzah artis muda sangat berbakat yang memberi peluang mengurus bersama page dari zero sehingga kita sudah mencecah angka lebih 150K follower.
- Terapi.my – Servis Urutan & Bekam Terus Ke Rumah kerana memberi kepercayaan membina bisnis baru bersama kami.
- Semua group under ground antaranya team Shaklee Malaysia yang percaya kepada kami untuk mendidik mereka menjadi usahawan digital yang berjaya.
- Terbaru Phama Niaga keran mempercaya khidmat kami untuk membantu melebarkan bisnis yang sudah besar.
- Tidak lupa kepada Yeo’s Malaysia yg tidak pernah lupa kepada kami.
- Juga bos Amiza Amiruddin dan ZT ZeeTa yg sentiasa menyokong kami team kecil ini.
- Serta semua yg tidak tersebut syarikat besar & kecik serta individu yg sentiasa support kami. Tak lokek bila minta sponsor semua event.
- Nama-nama besar seperti Honda, Toshiba, Delux, Lazada, Astro, Petronas, Suzuki, Sharp, OldTown White Coffee, Intel, Matic, Hyundai dan banyak lagi tak tercatat.
Alhamdulillah penah mendapat berbagai anugerah peringkat kebangsaan.
- MSMW Best of the Best Blog of the year 2012 anjuran Majlis Sosial Media Malaysia.
- MSMW Most Creative Blog 2013 anjuran Majlis Sosial Media Malaysia
- Best Personal Blog 2013 anjuran MyNic
- Best Micro Blog 2014 anjuran Majlis Sosial Media Malaysia
Alhamdulillah sudah ada apps sendiri untuk iOS dan Android. Dah download ke. Mudah sahaja pergi di ruangan search Apple Store dan Google Player cari je keyword “Denaihati Network”.
Semua ini kerana dedikasi, disiplin dan kerja keras team Denaihati Network yang dahulu dan terutama yang sekarang, dengan izin ALLAH.
Terima kasih semua pembaca dan follower setaia Denaihati Network kerana anda adalah semangat kami.
Syujud syukur dan alhamdulillah kepada ALLAH kerana memberi peluang kami berkhidmat kepada alam.
Insyaa Allah banyak tahun lagi, azam kami akan kongsikan khidmat dan ilmu untuk manafaat komuniti online Nusantara yang bersungguh untuk berjaya dan menjayakan insan lain bersama kami.
Doakan untuk kami.
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
SeminarDuitDigital.com (dah daftar ke?)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
34 Comments
Wah, dah lapan tahun rupanya. Tahniah DN. Moga bertambah maju dan terus bermanfaat untuk kami semua para pembaca. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee November 2016
Betul tu. Semoga sentiasa memberi manfaat buat semua pembaca setia blog denaihati. Tahniah buat blog ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016
alhamdulilah, luas rezeki yang Allah kurniakan buat tuan amir. semoga semakin berjaya dalam bidang yang diceburi dan dapat membantu lebih ramai orang. insyaAllah. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung.
Amin. Semoga blog ini terus berjaya dan memberi manfaat buat rakan blogger lain juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016
Banyak ilmu yang saya boleh dapat kat blog denaihati. Terima kasih. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Sekejap aja masa berlalu. Dah 8 tahun blog denaihati. Semoga terus berjaya dan memberi banyak manfaat kepada dunia blog di Malaysia. Tahniah bro DH dan team.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Tahniah Denaihati dan Team Denaihati network di atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam tempoh 8 tahun.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Semoga lebih banyak kejayaan lagi yang boleh dicapai pada tahun-tahun yang akan datang.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Bergerak dalam satu pasukan ternyata dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding bergerak secara bersendirian.
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
In Shaa Allah, lepas ni saya juga akan berusaha untuk bergerak secara berpasukan..
Curahan rasa anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Tahniah Denaihati. Moga terus memberi inspirasi. Terima kasih kerana selalu berkongsi ilmu tentang dunia blogging ini
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PARUT CHICKEN POX CEPAT PUDAR SELEPAS AMBIL SHAKLEE
tahniah! semoga terus success dan terus menjadi contoh kepada semua… 🙂
Curahan rasa deqnoor @ ..Bersiar-siar Berhampiran Split Point Lighthouse
Tahniah..semoga terus maju jaya. Semoga terus memberi manfaat kepada orang lain.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Teaser 6 : Takayama
alhamdulillah, all the best untuk tahun mendatang kepada abam denaihati dan kepada team denaihati network 😉
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Alhamdulillah, seronoknyer saya baca. Sangat inspirasi. Saya baru menceburkan diri dengan blog. Belajar dengan Akademi Denaihati. Doakan saya juga moga saya istiqamah dalam berkongsi dan memberi manfaat kepada ummah. Moga kita berpaut di atas dasar ilmu yang bermanfaat dan diberkati-Nya.
tahniah-tahniah dalam 8 tahun dpt mengukuhkan blog ini.. Macam2 kejayaan dah dikecapi..semoga DH terus maju..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Harga Mesin Atau Tong Aiskrim
Tanniah sudah blog Denaihati sudah mencapai angka 8 tahun. Sudah banyak perubahan dan kejayaan yang telah dikecapi. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang
Dalam masa 8 tahun blog denaihati dan jadi jenama yang utuh dalam dunia blog di Malaysia. Tahniah, banyak dapat belajar dari sini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Tahniah buat abg denaihati dan team denaihati.Dah 8 tahun yea. Semoga terus berjaya pada masa-masa akan datang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Selamat untuk blog Denaihati yang telah berumur 8 tahun dengan berbagai kesuksesan yang telah didapat.
Semoga di tahun-tahun berikutnya Denaihati lebih dan lebih lagi dalam kesuksesan, untuk Denaihati sendiri dan juga untuk Nusantara serta Dunia. Sekali lagi selamat!!
Curahan rasa Dawaihati @ ..Simak Cara Membeli Saham Dan Strategi Dalam Investasi Saham
Comments are closed.