Terlepas Airasia kerana kesilapan sendiri

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila tiba hujung minggu aku memang sibuk dengan jemputan bisnis preview samada dalam negara atau luar negara. Kesibukan ini adalah pilihan aku sendiri untuk berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan yang perlu bantuan. Teringat kata Robert T Kiyosaki bisnis abad sekarang banyakkan memberi khidmat membantu manusia lain dan akhirnya duit akan datang dengan banyak tanpa diundang.

Giliran kali ini mendapat jemputan untuk membantu rakan bisnis di Kota Bahru pada hari Sabtu dan di Seremban pada hari Ahad jadi jadual perjalan mesti kena tepat. Selalunya urusan belian tiket Airasia secara online diuruskan oleh rakan bisnis tetapi kali ini aku memilih untuk buat sendiri. Tak nak menyusahkan kawan-kawan lagi pun kalau beli awal boleh dapat tiket Airasia lebih murah.

terbang bersama Airasia

Awal pagi sebelum terbang ke Kota Bahru, aku menguruskan beberapa urusan keluarga. Dua jam sebelum penerbangan aku memandu sendiri ke KLIA2 sebab nak tinggalkan kereta untuk memudahkan aku terus ke Seremban ke esokkan harinya. Sampai di KLIA2 aku terus ke kiosk untuk check in tapi rupanya aku sudah terlajak masa. Aku terus ke kaunter tapi kerani kaunter kata aku sudah terlewat 10 minit untuk check in. Baru teringat selalunya buat online check in sebab tu boleh sampai lewat, memang tak teringat lansung awal pagi tadi nak check in online kerana sibuk menguruskan hal keluarga.

Aku sudah janji dengan rakan-rakan Kota Bahru jadi walaupun lewat sampai aku mesti pergi juga. Aku beratur di kaunter untuk mengubah jadual penerbangan. Setelah menunggu hampir sejam sampai giliran aku untuk minta mengubah jadual penerbangan yang seterusnya. Semasa itu aku terniat nak periksa MyKad sebab kalau tak silap, aku keluarkan MyKad dan lesen memandu dari wallet sebelum pergi kembara Guangzhou minggu sebelum itu. Memang menjadi amalan aku apabila mengembara ke luar negara selain Singapore aku akan tinggalkan MyKad, lesen dan kad ATM yang tidak diperlukan untuk keselamatan.

kaunter imigresen KLIA2

Ketika adik kat kaunter sibuk menyemak jadual penerbangan seterusnya ke Kota Bahru, baru aku sedar yang aku lansung tidak membawa apa-apa pengenalan diri samada MyKad atau passport. Jadi kalau ada tiket untuk next penerbangan pun memang aku tak boleh nak naik. Kebetulan pulak tiket yang ada lewat malam jadi aku buat keputusan tidak meneruskan perjalanan ke Kota Bahru.

Kalau sebelum ini kisah tak dapat terbang di KLIA kerana masalah teknikal passport tapi kali ini tertinggal Mykad. Apabila nak berjalan dengan kapal terbang memang kena ada checklist yang perlu dibuat sehari dua sebelum terbang kalau tidak memang jadi macam ini. Mungkin aku terlalu yakin sebab sudah selalu terbang sana sini dan akhirnya terkena juga asbab kelalaian sendiri. Tapi aku yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mohon jutaan maaf kepada rakan-rakan yang sudah menunggu di Kota Bahru, insyaa Allah kita jumpa di majlis yang akan datang. Hasrat untuk memberi khidmat nasihat bisnis kepada rakan-rakan Kota Bahru tetap membara kerana itulah cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan.

 


Spread the love

222 Comments

  1. Yag sabr ya bang denai hati … Adikan aja ini sebagai peljran dan pengalaman berharga ..semoga mendapat hikmah dari lejadian ini……

  2. My sister in law nk balik Brunei bersama family pernah miss the flight bcoz of Air Asia punye stupid system. Kitorg sampai airport awal 2 jam, dh check in luggage pastu duduk di tepi kaunter sbb kaunter chck in passenger belum buka lagi. Sambil duduk tu berbual dgn family n tanpa announcement , staff bagitau gate dh tutup. Just imagine beg dah check in , orgnya tak masuk plane! Tak masuk akal btul..tak pasal2 terbang rm5k tanpa dpt ganti next flight, semenjak tu diorg tak nak naik air asia lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!