Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berikut adalah kenyataan daripada PM DS Najib Razak sebelum wira-wira negara mengempur penceroboh sulu di Lahad Datu. Kesabaran pasti ada tahapnya dan rakyat Malaysia merayu kepada Fanatik Politik untuk menghentikan berPOLITIK dan sama-sama bersatu hati mendoakan kejayaan wira-wira kita. Darah di balas darah … nyawa di balas nyawa.
Kenyataan penuh perdana menteri:
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA WIRA-WIRA NEGARA YANG GUGUR DALAM PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN NEGARA.
Semuga tiada lagi yang terkorban dan penceroboh keluar dari Tanah Air tercinta. Klik INI untuk dapat berita-berita terkini.
50 Comments
Kita doakan yang terbaik buat perwira-perwira kita. Al-fatihah buat yang telah gugur bertemu ilahi
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Pengalaman Membeli-belah Secara Online
Salam takziah bagi yang gugur…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi Untuk CPNS 2013
ikut berbela sungkawa untuk keluarga korban. saya juga tidak terlalu mengerti asal mula dari permasalahan ini, jd saya tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. saya hanya berharap semua pihak bisa menemukan jalan yang terbaik bagi semuanya
Curahan rasa Bibit Suhardi @ ..Pantangan Yang Salah Dalam Diet
Salam takziah kepada keluarga arwah…dengan harapan pertempuran ini akan segera berakhir
Curahan rasa wazy @ ..Jangan Baca Buku Ini!! Yang Harus DiBaca
nampak dah semakin serius.. inilah masanya kita semua bersatu hati menentang pengganas.. ya, mereka dah labelkan sebagai pengganas
Curahan rasa KiD @ ..Gajet Blogger
salam takziah untuk keluarga yang terkorban dan yang cedera. amat merasa sedih atas kejadian yang menyayat hati. semuga kerajaan dapat mengatasi segala rintangan yang berlaku.
takziah kepada keluarga arwah..
Al-Fatihah buat arwah..
semoga yang lain dilindungi Allah S.W.T ..
itu sahaja doa yang kita mampu…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Komen Yang Setia Bulan Februari
Al-Fatihah buat arwah…semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Mifz , Bola dan Rak TV
Semoga cepat berakhir dengan aman dan penuh kedamaian
Demikianlah harapan kita semua kang
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
Saya mengikuti perkembangannya melalui media disini katanya Tentara sudah menguasai Desa yang semula dikuasai oleh Penceroboh
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
Moga pertempuran ni bakal menamatkan pencerobahan mereka.
Ayuh sama2 doakan kejayaan pejuang2 negara…ameeen
Curahan rasa hafizmd @ ..Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan
semoga pertempuran kali ini semuanye selamat
Curahan rasa Bedak Arab @ ..Kelihatan Slim Dalam Masa Yang Singkat – Felinna Inch Loss Lotion
Ya Allah Selamatkanlah Pejuang Tanah Air untuk menentang penceroboh negara…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Setiap Sesuatu Ada Hikmah
ameen ya Rabbal A’lamin.
Curahan rasa hafizmd @ ..Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan
Semoga pertempuran ni berakhir dengan cepat. Apa-apa pun Al-Fatihah diucapkan kepada wira-wira negara kita.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Globe X G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate
Semoga mereka yang berjuang disana mendapat perlindungan. Ada sorang blogger kesana. Ada aku post dlm blog aku.
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Politik ~ Di Filipina Gambar Najib Razak Di Bakar, Di Malaysia …
Comments are closed.