Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?

Kerja menyelamat mangsa Tanah Runtuh - Bharian.com.my

Terkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat – Bharian.com.my

2. Mangsa yang maut terdiri daripada 16 kanak-kanak dan seorang dewasa dikenali sebagai Azrel, Nael, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman, Riz, Fahad, Aiman, Hazim, Mustakim dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an – Utusan.com.my

3. Mangsa yang terselamat terdiri daripada 9 kanak-kanak dan dewasa dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Akmal, Aizat, Alaudin, Irwan, Din dan Syafiq berusia empat tahun hingga 30-an – Bharian.com.my

4. Dua dari sembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital Ampang dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini. Enam mangsa yang cedera ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang – Bharian.com.my

5. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera dan pengebumian mangsa yang meninggal juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan – Utusan.com.my

6. Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini. Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang. Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.

Anak Yatim Al-Takwa yang selamat

Klik @ Berita terkini tragedi sedih.

KEPADA BLOGGER DAN PEMBACA YANG BERHASRAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA IKHLAS KEPADA RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA TERUTAMA YANG DI LUAR KUALA LUMPUR BOLEH MENGHUBUNGI AKU MELALUI CONTACT, PESANAN TWITTER DAN FACEBOOK. SETIAP SUMBANGAN ANDA AKAN KAMI DOUBLE KAN. SEMUGA SUMBANGAN KITA DAPAT MERINGANKAN BEBANAN BERAT YANG SEDANG DILALUI OLEH SEMUA YANG TERLIBAT. KEPADA BLOGGER JOOM KITA BERTINDAK MEMBANTU MANGSA.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

36 Comments

  1. Sesungguhnya…Allah lebih sayangkan mereka,semoga ape yg terjadi meingatkan kita..sentiasa bersyukur dengan anak2 yg dikurniakan walau ape pun kesulitan yg dihadapi dlm membesarkan mereka…

  2. Inna lillahi wa’innalillahi razi’un. Kita sedih dengan tragedi ini. Tapi herannya, ini Rumah Anak Yatim, kenapa ada masih mak bapa yang meratap. Kenapa anak2 ini di rumah anak yatim jika masih ada mak bapa. Sekarang dengar2 kerajaan nak bagi duit ehsan kepada keluarga2 mangsa2 ini, kenapa pula? Selama ini anak2 ini dijaga rumah anak yatim, kenapa tiba2 pula ada keluarga yang nak ‘claim’ mak, bapa dan keluarga. Kenapa rumah anak yatim ini digelar rumah anak yatim sedangkan anak2 ini ada yang masih punya mak bapa. Mungkin ini sebabnya Allah murka. Subhannaullah, maha suci engkau ya Allah.

    1. Saya setuju tu.Anak2 kalau dah tak nak Allah ambil balik,ada anak tapi buang dengan cara terhormat.Memang dihantar untuk belajar tapi takkan ada yang tak jengok2.

  3. semalam ada tgk 1 blog ni…letak gambar anak2 ini tertimbus. hanya nampak kepala ada yg hanya nampak tgn mereka mcm minta tlg. tp badan sepenuhnya tertimbus tanah. sedih :((

  4. Seperti yang DH nyatakan dalam ebtrinya: Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?..adakah kita sdh bersedia??

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!