Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkini (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.
Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.
Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)
- Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
- Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
- Koperal 135383 Azman B. Ampong
- Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
- Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
- Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
- ASP Michael, (KCKD Semporna)
- Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
- Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
- Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
- Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI
Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.
Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.
Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.
Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.
Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
103 Comments
AL Fatihah untuk semua yang telah korban
Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
Persoalan seperti itu sering terjadi di wilayah perbatasan negara dan masing2 menganggap sebagai milik dari wilayah perbatasan tsb tapi mudah2an dengan perundingan dan pencarian jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini cepat diselesaikan…
Curahan rasa Agung Talaga @ ..Ebook Panduan Cara Memperbaiki Printer
Segala sesuatu jika diawali dengan niat dan usaha yg keras pasti akan berjalan dengan lancar dan akan mendapatkan hasil yang memuaskan. Semoga yg berduka diberikan kesabaran…
Curahan rasa Informasi Blogger @ ..Pengaruh Plus One Dari Google Terhadap SERP Artikel Blog
Semoga semuanya berjalan dengan sesuai yang direncanakan dan bisa berakhir dengan kejayaan nantinya…
Curahan rasa Guratan Penaku @ ..Tips Mempersiapkan Kehamilan Yang Baik
saya turut berduka untuk yang terkorban, semoga diterima di sisinya. amin
Curahan rasa Mr.DHI @ ..Cara Mudah Mengatasi Komputer yang Lambat
InshaaAllah, moga semuanya bakal tamat dgn segera. Sama-sama kita bykkan berdoa memohon rahmat dan kasih sayang Allah…
alfatihah utk pejuang negara
Curahan rasa hafizmd @ ..Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan
Pasti sukar nak diselesaikan pada waktu terdekat, setidak-tidaknya tiada lagi yang terkorban di pihak ita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja
InsyaAllah.. selepas malam ini semuanya akan baik..
kita doakan sama2 dan solat hajat agar perwira kita
selamat… amin
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip
memang semakin teruk kes ni
Curahan rasa zool @ ..Projek e-Novel – Terhenti Seketika
Tolak tepi fahaman politik dan jangan disangkal sejarah dan cara membendung peperangan kalau kita bukan pakarnya. Semoga Allah melindungi rakyat sabah dan malaysia. Alfatihah buat wira negara :'(
Curahan rasa Elieza @ ..Alternative kepada ‘potongan gaji’ di RHB Now.
TAKUT…PERTEMPURAN DI NEGARA SENDIRI…
YA ALLAH..SELAMATKANLAH MEREKA…SEMOGA SEGERA BERAKHIR
Curahan rasa lin azlina @ ..Rindu Bertamu di Abu Dhabi
Semoga cepat berakhir dan mendapatkan penyelesaian yang damai dan terbaik
harap kerajaan dpt membuat yg terbaik. yg penting keputusan hendaklah dibuat dengan cepat dan tepat
takziah kpd keluarga mangsa yang telah terkorban sbg wira negara. Alfatihah
Curahan rasa sohoque @ ..Syukur Ya Allah, Terima Kasih Ya Akhi
al fatihah untuk mereka yang terkorban
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Fasa Pertama Kehidupan Berkeluarga
ternyata masih berlanjut semoga segera berakhir semua hal menyedihkan ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Menerapkan SEO Untuk Pemula Seperti Saya
Comments are closed.