Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkini (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.
Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.
Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)
- Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
- Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
- Koperal 135383 Azman B. Ampong
- Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
- Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
- Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
- ASP Michael, (KCKD Semporna)
- Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
- Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
- Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
- Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI
Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.
Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.
Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.
Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.
Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
103 Comments
pencerobohan ini paling terus rasanya.
Curahan rasa khairul asrol @ ..Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan
Doakan supaya semuanya dapat diselesaikan dengan aman..aminn.
Curahan rasa hafizrahim @ ..Teaser – Aku Bukan Artis
demi sebuah martabat…
demi sebuah harga diri…
demi sebuah kelangsungan hidup….
peperangan kadang dipilih sebagai jalan akhir…
tapi tidak kah ada jalan selain menumpahkan darah ?
perdaimaian menurut kami akan lebih indah daripada kehancuran akibat sebuah perang…
obat kuat & obat perkasa
Peperangan biasanya dipicu karena adanya ambisi untuk memperluas pengaruh kekuasaan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Trailer Film Sepakbola Terbaik
Moga saja semuanya bisa selesai dengan baik sehingga tidak menimbulkan korban yang lebih banyak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Trailer Film Sepakbola Terbaik
Ya benar..sama 2 kita berdoa smoga M’sia kembali aman dan smua bebas mencari rezeki di bumi bertuah ini.
sangat berharap kerajaaan dapat mengatasi isu ini dengan bijaksana. masalah pendatang kat Malaysia ni dah jadi kanser macam-macam rupa pun ada. jangan kerana kuasa maruah negara ini tergadai, ingatlah anda bukan sahaja bertanggungjawab di atas dunia tetapi di mahkamah Allah jugak.
Curahan rasa kak baery @ ..ANAK TUDUNG NINJA LAPIK DAGU YANG COMEL
al fatihah kepada anggota yang terkorban itu dan takziah kepada keluarga mereka. kita mengharap konflik ini akan cepat selesai demi keamanan sejagat.
Curahan rasa syarih @ ..Apa Itu Niche Blog dan Apa Kepentingannya Kepada Blog?
Al-fatihah buat 2 anggota keselamatan kita yang terkorban demi mempertahankan tanah air. Semoga mereka mati , mati sebagai seorang pahlawan dan adalah mati syahid.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 9 – 10 Blogger Terbaik Malaysia
Jangan lagi memberi ruang kepada penceroboh, ini akan memberi masa kepada penceroboh membunuh anggota keselamatan kita dengan sewenang-wenangnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 9 – 10 Blogger Terbaik Malaysia
Semoga kejadian ini tidak menjadi lebih parah. Kerajaan Malaysia dan Filipina harus melakukan tindakan segera. Jangan ada lagi pertumpahan darah berlaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 9 – 10 Blogger Terbaik Malaysia
Semoga akan diberi pelindungan rakyat di lahad datu, dan semua wirawan yang bertugas menjaga keselamatan negara.
Curahan rasa Eizil @ ..The Pirate Bay – Away From Keyboard
Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
Curahan rasa Qashmere @ ..Majlis Malam Amal Harmoni Kasih Anjuran Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak
alfatihah kpd 2 anggota polis yg terkorban…semoga kerjaan boleh tangani isu ini dgn sebaik mungkin
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Bersama Pemenang Anugerah MSMW 2013 Dan Komen Pemenang
Filipina ni tak sedar2 lg asal dr mana dtg.. suka2 nak tuntut hak..
Curahan rasa nurmisnsn @ ..Krazee kitty mangkuk ganja kopi
entahlah ada yg kata ini isu lama yg belum selesai..Wallahualam. semoga maruah negara di junjung !
Curahan rasa sha @ ..HUGGIES DRY PANTS ‘CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE’ ROADSHOW
Semua mata memandang ke arah Malaysia bagaimana menangani isu ini. Ibarat pepatah Melayu ‘Menarik rambut tak putus dan tepung tidak berselerak’.
Curahan rasa akubiomed @ ..Senarai 14 bilionair individu terkaya di Malaysia 2013
Risau ada pihak lain yang menegangkan lagi isu ini sewaktu nak dekat dengan pilihanraya
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Blogger Yang Perlu Anda Kenali Dari #MSMW2013
Tak mustahil lansung ada tangan ke tiga yg mengambil kesempatan dari ketidak stabilan politik Malaysia
Curahan rasa denaihati @ ..Kisahnya Secebis Hati part 15
Betul bro…biasanya seperti ini ada saja yang memancing di air keruh.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Trailer Film Sepakbola Terbaik
Comments are closed.