22/8/13 : Proses membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan menggunakan pesawat komersial memandangkan penggunaan pesawat tentera akan membabitkan masalah logistik, selain memerlukan kos yang tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, proses berkenaan sudah bermula malam tadi dengan membuat tempahan tiket penerbangan komersial untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir melalui Amman, Jordan, Istanbul dan Turki – Sumber
5/7/13 : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak – sumber
Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro – Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.
- Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti
- Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal
- Kemana arah tuju MELAYU part 2
- Keputusan contest Acer Aspire One untuk top commentator 2010
- Hikayat Biskut Raya
Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.
Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.
Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:
· Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];
· Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan
· Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.
Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:
i) C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:
– 4.45pm;
– 5.55pm; dan
– 7.28pm
Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.
ii) MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.
iii) AirAsia
AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah.
Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.
Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.
Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:
(i) Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii) Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii) China – bermula 31 Jan. 2011
(iv) India – bermula 31 Jan. 2011
(v) US – bermula 29 Jan. 2011
(vi) UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii) Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii) Kanada – bermula 1 Feb. 2011
Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.
Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.
Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi seperti berikut:
Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830/019-2784566/019-3414080/019-3154080
Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270
Sumber @ Wisma Putra, PUTRAJAYA
47 Comments
semoga mereka selamat yaa : )
Lega mendengarnya apabila rakyat Malaysia akhirnya dapat pulang ke tanah air.
Curahan rasa akubiomed @ ..Katil bergegar akibat main kuat sangat
alhamdulilllah,pemindahan dibuat dengan teratur oleh k’jaan malaysia
macam-macam berita lah yang timbul sekarang.
kami yang tinggal di Mesir ni bukan lagi risau dengan rusuhan, sebaliknya risau akibat berita-berita menggemparkan yang datang daripada Malaysia.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
Negara yang mengambil tindakan awal membawa pulang rakyatnya sememangnya alert dengan keadaan yang bakal berlaku
Curahan rasa wayfarer rare prints @ ..Aviator 3025
Lepas satu negara, satu negara lagi kacau bilau. Mesir ni ada kumpulan dengan warna baju berbeza mcm thailand tak?
bukan baju bro…perbalahan antara jubah
Curahan rasa wayfarer rare prints @ ..Aviator 3025
setakat ini tak ada warna baju rasmi lagi.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
alhamdulillah. kerajaan malaysia telah mengambil langkah yang bijaksana!
Curahan rasa Ikhwan Pauzi @ ..Takkan kena hack kot
alhamdulillah. akhirnya, malaysia telah mengambil langkah yang bijaksana!
Alhamdulillah, adik perempuan saya sedang dalam pemindahan sementara ke Jeddah.
Semoga semuanya selamat.
Semoga Husni Mubarak turun & diganti oleh mereka yang lebih membela Islam. Mungkin Ikhwan Muslimin. Ameen.
Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Ketegangan di Mesir & rakyat Malaysia di sana
Mungkin IM tidak mengepalai kerajaan.
tapi, sekurang-kurangnya, ketua pembangkang sekarang, El- Baraday berjanji untuk menaikkan semula IM ke dalam arena politik yang sah setelah sekian lama diharamkan oleh Mubarak.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
Saya mohon share untuk pengetahuan teman – teman saya.
Curahan rasa melur @ ..APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA IBLIS- SYAITAN DAN JIN
silalah kongsikan, retweet n share FB sebanyak yg boleh
US antara terawal yang mengeluarkan rakyatnya..Hmmm..sekutu kuat tu..
Curahan rasa melur @ ..APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA IBLIS- SYAITAN DAN JIN
ya, bahkan US juga mengeluarkan kenyataan bersedia untuk membantu sekiranya Mesir memerlukan bantuan ketenteraan.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
ya, bahkan US juga telah mengeluarkan kenyataan sedia membantu jika Mesir memerlukan bantuan ketenteraan!
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
idonesia baru sekitar 800 warga yang di evakuasi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tahun Baru Imlek Di Berbagai Negara
yang susah karena ada juga sebahagian warga yang tidak mau di evakuasi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tahun Baru Imlek Di Berbagai Negara
Krisis yang melanda Mesir menjadi peringatan bagi para penguasa agar bila berkuasa ingat rakyatnya. Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun berkuasa dipaksa turun oleh rakyatnya karena memperkaya diri sendiri sementara rakyatnya sengsara.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tahun Baru Imlek Di Berbagai Negara
rakyat sebenarnya sudah tidak dapat menanggung derita daripada perbuatan Mubarak.
2 juta yang berhimpun di medan Tahrir mewakili puluhan juta yang lain untuk menyatakan perasaan mereka ini.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
sebagian yang tidak mahu berevakuasi adalah kerana beberapa faktor. antaranya tempat kediaman mereka yang masih aman tidak seperti tempat-tempat lain.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
betul ke 800?
saya dapat maklumat 8000. semuanya wanita.
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
harus cepat-cepat gan..
kasihan warga nya …
betul tu xdapat bayangkan bagaimana keadaan ini berlaku di Malaysia
Curahan rasa wayfarer rare prints @ ..Aviator 3025
harus cepat kalaw gitu bertambah parah aja politik di mesir…
mudah-mudahan aja cepat di tanggulangi….
Comments are closed.