Terkini Bersih 2.0 permulaan suatu perjuangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah berakhir perhimpunan Bersih 2.0 tetapi mungkin ini baru suatu permulaan suatu perjuangan baru untuk Pakatan. Lebih 1500 telah ditangkap termasuk 91 individu yang dilarang masuk ke KL diantaranya Khairy Jamaluddin, Datuk Azeez, Datuk Seri Hadi Awang, AnWAR Ibrahim, Tian Chua, Azmin Ali, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Puashati penganjur kerana dikatakan sambutannya lebih ramai daripada Bersih 1.0. Hasrat penganjur untuk menyentuh hati rakyat Malaysia sangat berjaya samada rakyat semakin menyokong atau semakin membenci mereka. Hasrat penganjur untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin Malaysia zalim juga berjaya walaupun berbagai peringatan telah diberi.

Kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand perlu dipelajari

Semangat Bersih 2.0 akan terus disemarakan sehingga PRU13 bagi memastikan rakyat sentiasa ingat kepada reformasi yang semakin dilupakan. Isu pemimpin zalim, rasuah, kejam, kenaikan harga barang dan sebagainya ibarat lansung tiada bakti akan dinyanyikan bagi membakar perasaan 1Malaysia.

Kepada semua pemuda pemudi yang sedang bersemangat jangan lupa daftar mengundi kerana walau berapa juta yang hadir demonstrasi tetapi kalau semasa mengundi tidur lena di bilik maka tak ada maknanya. Nyatakan protes anda samada menyokong atau menentang kerajaan di atas kertas undi.

Harapan aku satu jangan sehingga politik menghancurkan Malaysia kerana politik bukan segalanya dalam hidup ini. Yang dihisab diakhirat kelak adalah lebih dari hanya politik.


Spread the love

55 Comments

  1. Pingback: Malaysian Lady of Liberty in Bersih 2.0 Rally
  2. Yeahh tak sabar tunggu PRU 13…mmg turun mengundi n jaga daftar undi utk kawasan saya…

    1. Setuju sangat janji memang melangit tapi hkikatnya bila dah memerintah ada yg kata lebih teruk lagi. Kami dah merasai red tape yg lebih hebat, kronisme yg lebih parah, nak kata tak ada rasuah mustahil lah. Penyokong tegar ni memang terus diprovokasi tapi tak dapat apa pun. Kedua pihak ada baik dan buruknya tapi cara tak banyak beza pun cuma pengalaman berbeza.

  3. sedih dengan apa yang terjadi. nak tuntut hak pun, tak perlu rasanya ikut cara luar negara sana. apa yg jadi semalam sebijik dah macam reformasi jalanan mcm kat negara2 yg xbertamadun. malu bila masuk berita sana sini. 1 dunia tahu. bukan nak sokong kerajaan n bukan nak sokong pembangkang cuma kesal je apa yg dh jadi. huhuhuhu
    Curahan rasa Lizz @ ..Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011My Profile

  4. yup..harap yang pergi tu sudah daftar mengundi pilihanraya..
    juga berharap blogger2 tak provok sgt isu ini..

  5. 1.bersih bersih bersih,
    pe kejadahnya bersih2 ni,
    ramai yang join tapi tak tahu apa2
    main pakat ikut je lepas tu nak salahkan polis
    ko yg tolol nak salahkan org lain yg terpaksa tinggalkan keluarga utk keluar bertugas.

    2.5000 – 6000 je yg berani kelaur dan sanggup di tangkap… hehehe padan muka, berani buat berani tanggung le. sapa nak tolong ko kalau dah kena tangkap dgn polis. sapa bagi ko duit utk join bersih? mesti ada kan. takkan le yg kat kg tuh sanggup mmotong getah simpan duit dtg nak buat demonstrasi haram? tak logik tak logik…

    3.ada yg sembunyi kat hotal hilton… hehe takut ye. berapa banyak dah habis duit ko tinggak kat hotel tuh? satu bilik plaing murah harga rm560 oooo… berapa ramai tinggal sana? duit mana ko ambik tuh…cuba check skit..

    4.ko kata perhimpunan aman? aman kejadahnya kalau polis pun nak rempuh. polis menjalankan tugas dia sbb dia t akkan makan gaji buta. yang ko pegi halang tugas polis tu buat pe?

    5.org kahwin
    banyak kenduri kahwin rosak sebab perhimpunan haram ni.kesian depa, pula la lama rancang nak kahwin, sebab kan perhimpunan haram ni, rosak rosak. mestu depa takkan lupa apa yg telah perhimpunan haram ni buat.

    6. jalan jem
    tak hinggat, ko jem nak balik keje pun dah bising sambinl korek hidung dlm keta, inikan pula jem berkilo-kilo meter. aishh asihh…perhimpunan haram

    7. anwar sakit terjatuh
    hehe.. nanti jgn kata polis plak pukul ya, ko sendiri yg terjatuh dan di pijak oleh penyokong sendiri…hehe.. nmpk sgt depa tak suka ko tuh. dah kuar spital ke? ingat 13 julai ni ko nak kena pegi mahkamah tuh, jgn nak tangguh2 macam lepas2 le ye.. byk duit rakyat nak habiskan utk kes ko nih.

    8. bersih tak berjaya
    sasaran 300 000 org kuar meleset sama sekali…hehe…5000 -6000 jee ya..hehe… mana lagi? nmpk sgt ramai tak sokong.

    9. najib
    baik pm kita, pembangkang dok melolong kat perhimpunan haram, pm kita tolong geng2 koperasi kat putrajaya. ramai rakyat dtg, cam ni pm kan. katanya: ramai yg buat perhimpunan haram, ramai lagi yg membantah…iya betul tuh.

    10. khairy kena tangkap
    tgk.. kj pun kena gak bukannya pembangkang je, kita tak pilih kasih tau ( cam polis plak aku ni ) tapi biasa le, sapa2 yg sokong perhimpunan haram akan kata, saja le tu nak tunjuk adil konon…hehehe… cam tu kan. ini masalah mindset, org macam ni kita nak explain macam mana pun dia buat2 t ak paham, baik tak payah explain

    11. dakwat kekal
    hehehe… macam indon dgn india ya. indon pengundi 120juta, india 300 juta, malaysia 12 juta. mereka takde ic chip macam kita. cuba check dgn kontrak indon yg buat reno daput umah ko kalau tak caya. takkan le kita nak mengikut negara yg lebih mundur dr kita? lojik le sikit. kita dah maju ke depan dari mereka. lagipun, kalau dakwat kekal, katakan ada org nak buat jahat, di calitnya tgn ko dgn dakwat tu sblm undi, tak dapat ngundi ko.. tul tak?

    12. pengundi hantu
    hehehe.. ya ya pengundi hantu. aku nak citer kisah sikit atas aku ni. aku balik ngundi kg aku ( aku org kg le ). sek. men dulu dok asrama, matrik asrama, u pun asrama. org kg yg masa aku sek. rendah dulu masih kenal aku, tapi penringkat yg baru2 ni, takkan kenal dah aku ni sapa walau pun aku di besarkan di kg aku tuh, tapi sekolah kat tmpt lain. j adi, balik le nak undi kat kg, di tahannya bas aku naik ( naik bas sponsor je sbb free ) katanya undi hantu. pekejadah hantunya, itu tmpt aku main kecik2 dulu tuh. lepas bercerita ayah aku sapa, dulu sek mana, ic alamat pun tak tukar lagi, guna alamat kg lagih, degepan gedebuk, baru le depa paham. ini bekal gengster kg balik undi ni. cam tu je asal2 pengundi hantu nih.

    pemberi komen adalah salah seorang yg menyertai demonstarsi di hotel renaissance satu ketika dulu sblm anwar di tangkap.
    Curahan rasa wikileaksmalaysia @ ..BERSIH 2.0 | Senarai 91 individu yang dilarang masuk KL 9 Julai 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!