Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tulis draft entri dalam pesawat Airasia yang berada 30,000 kaki atas laut china selatan dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Ini kali ke 3 aku terbang bersama Airasia keluar negara di awal tahun 2011 selepas Jakarta dan Phnom Penh.
3 hari lepas aku bersama Airasia terbang ke Macau selama 4 jam. Cuaca sejuk 13degree menyambut aku dan 3 teman yang lain di International Airport Macau. Sampai di kaunter immigration ketika pemeriksaan pasport aku ternampak seorang mat saleh memerhati. Ketika aku berjalan menuju kekawasan bagasi aku seperti diperhati oleh dua orang lelaki. Aku buat tak kisah sahaja. Sebaik sahaja aku mengambil bagasi dan hendak keluar 2 orang lelaki dan mat saleh tadi menghampiri aku dan menunjukkan kad kuasa polis. Mereka minta aku follow diaorang. Teman-teman aku terkejut tapi terus berlalu keluar.
Aku dibawa kesebuah bilik untuk pemeriksaan. Perasaan berdebar tu ada tapi aku perlu tenang. Mereka minta aku buka bagasi. Semua barang-barang dikeluarkan dan beg diperiksa dengan detail. Selagi ada kocek beg semua diperiksa termasuklah 7 paket maggie asam laksa dan 2 paket cookies. Setelah selesai mereka tidak menemui apa yang dicari maka aku dilepaskan. Mat saleh tu kata ni routine check up. 10 minit yang mendebarkan heee.
Dah banyak negara aku pergi ini pengalaman pertama kena periksa dan semuga pengalaman terakhir kerana selepas lebih banyak destinasi lain akan aku lawati untuk belajar erti kebesaran Allah melihat kejadianNya yang berbeza dilokasi yang berlainan. Aku tidak akan pernah serik untuk ke Macau negeri kecil yang penuh dengan casino dan kedai berjenama. Next trip lebih mudah mencari lokasi makanan halal kerana aku telah terjumpa dengan orang Malaysia yang bekerja disebuah hotel.
Travelog aku di Macau membawa pengalaman baru dan semuga berjumpa lagi di lokasi baru yang lain.
64 Comments
nasib baik bro. takut kalau-kalau dorang kenakan kita dengan letak barang bukti dalam kocek kita
Curahan rasa slimdiet2 @ ..Cara meningkatkan komen di blog anda
Pernah terbaca benda tu.. kalau tak silap dekat Airport thailand.. tapi dah lupa.. tu pun dapat dari email dah tak tahu kesahihannya.
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
Yela..bila ditahan dengan polis memang akan ada perasan yang kurang baik, tapi dari segi positifnya, walaupun kita yang diperiksa kita tahu yang pihak keselamatan sana buat pemeriksaan untuk keselamatan bersama…kalau polis tak buat routine macam ni, kita pun ragu2 dengan keselamatan airport diorang..
Curahan rasa rashid @ ..Sentiasa Bermotivasi- Rahsia Manchester United menang
Nasib baik tiada masalah yang berlaku..Seperti dekat Filipina juga, biasanya kastam siap check wallet, tanya berapa wang yang dibawa masuk dekat negara dorang tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
kalau ke middle east pun kdg2 boleh kena macam ni..esp kalau kulit melayu macam kita ni. syukur selamat
Curahan rasa ciksembang @ ..Self Hosted Blog Berbanding Blogspot
hoho…aku tak pernah kena check lg…setakat berdiri depan imegresen lama2 adalah…duk belek aku nyer passport…haha..mcm aku terrorist plak…my name is mohd isa, i’m not a terrorist.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Jom Lawan Kalau Berani di My Brute
Macau adalah sebuah tempat yang cantik
Ada sebuah masjid di sana:)
Curahan rasa Fina Roslan @ ..I love you
Stakat ni pernah sekali ditahan di luar negara sebab mereka syak aku ada mencuri barang dari satu tempat tuh, di bawa ke satu bilik jauh ke dalam untuk pemeriksaan, rupanya mereka tersilap pandang, aku hanya memasukkan dompet ke dalam poket, mereka sangkakan benda lain 😀
Curahan rasa Eizil @ ..Perhubungan kita sampai di sini sahaja…
Bahayanya kalau macam tu.. agak2nya kalau dorang tahan sampai tertinggal flight dorang bagi pampasan ker?
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
memang berdebar kalau kena tahan polis..inikan pula kat oversea..
Curahan rasa zuriey @ ..Maybelline Super Film Party
seharusnya memang kita tetap tenang kalau tidak bersalah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
Tapi sekarang polis terkadang salah tangkap.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
Dorang pun manusia juga Bang Iwan.. jadi ada juga masanya dorang melakukan kesilapan kan.
Kalau mengelabah bang Iwan, mesti polis tu ada syak sesuatu dekat kita kan..
Siapa la yang tidak berdebar2kan.. Kita tak buat salah tapi seolah2 bersalah pulak
syukur lah mereka tak letak apa-apa kat dalam bagasi tu semasa memeriksa….
kalau tak memang susah la nak menjawab…
tak gitu??
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..SKIM PTPTN Ujrah – Cekik Darah Peminjam
tapi kadang-kadang bahaya juga kalau bertravelog ke negeri orang ni…
tambah lagi kalau negeri tu penuh dengan orang yang “busuk hati” dengan orang ISLAM…
hmmm……..
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..SKIM PTPTN Ujrah – Cekik Darah Peminjam
Itu yang menakutkan tu.. tetiba pula boleh2 dorang nak mendakwa atas kesalahan yang kita tak lakukan..
kadang2 itulah yang berlaku…terutamanya bila berjumpa dengan polis yang ambil kesempatan… huhuhu…
Itu kalau dekat negara yang banyak korupsi, gara-gara nak cari makan, orang lain pula dapat masalah
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
seperti biasa… tanda dulu…
baru baca entry… hehe…
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..SKIM PTPTN Ujrah – Cekik Darah Peminjam
Ha.. tanda jangan tidak tanda bro…
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
Salam,
ehehe mendebarkan jugak tu kalau sampai kena follow polis, siap cek buka bagasi bagai, syukur takde benda lain yang terjadi 🙂
moga apa jugak segala kerja2 dan urusan Bro di permudahkan…amin 🙂
Curahan rasa yanmie @ ..Contest Aksi Makan yanmieonlinecom
Yer la.. kalau tetiba dorang menuduh kita sembarangan lagi teruk kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
pengumuman pemenang notebook dah ke?
Curahan rasa Anazkia @ ..Kenapa Membuat Serial
rasanya belum lagi…setakat inilah..
Sebentar lagi bila saatnya tiba Naz…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
Mesti Bang Iwan tidak dapat tunggu ni kan.. sabar Bang Iwan…
hehehehe….nampaknya sudah diketahui siapa pemenangnya kan?? keh keh keh…
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..RESPONS KOMUNITI SIBER KEPADA KERAJAAN MALAYSIA~! @NajibRazak @Denaihati
Amboi, kali ni kalau ada contest lagi, kena la cepat2 join
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
Belum lagi tu mbak Anaz.. relax2 dulu.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
kenapa kena tahan, Encik?
Alhamdulilah, semua baik2 saja
Curahan rasa Anazkia @ ..Kenapa Membuat Serial
Mbak anaz memang sudah lama tidak singgah dekat sini ni.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
Pengalaman yang sangat berkesan tentunya Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
Syukur Alhamdulillah, semuanya bisa selesai dengan baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
bang iwan…
kalau kena tahan betul-betul…
sunyi sepilah site ni nanti..huhu….
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..SKIM PTPTN Ujrah – Cekik Darah Peminjam
Semoga saja tidak terjadi lagi…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Final AFC Asian Cup Qatar 2011 Australia Vs Jepang
Moga tidak akan berlaku terhadap kita kan bro..
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
mudah-mudahan seperti kata Jerry itu… tidak akan terjadi kepada kita..huhuhu…
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..RESPONS KOMUNITI SIBER KEPADA KERAJAAN MALAYSIA~! @NajibRazak @Denaihati
Rasanya pengalaman yang mengajar kita tu agar lebih berhati2 bro.. cara orang lain mungkin berbeza dengan cara kita.
Comments are closed.