Cantiknya Queenstown New Zealand

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berehat satu hari di Christchurch mengembalikan kesegaran setelah kembara berhari-hari dari Ackland – Rotorua – Wellington – Picton – Christchurch. Keletihan adalah cabaran utama memandu kenderaan sendiri mengembara di negara orang terutama di musim sejuk. Apa juga keadaan perjalanan mesti diteruskan kerana motel dan tiket kapal terbang untuk perjalan seterusnya telah ditempah dan dibayar secara online.

Perjalanan seterusnya menuju ke Queenstown yang khabarnya lebih sejuk. Kami bangun awal untuk bergerak ke Queenstown. Kami singgah di Antarctica Centre untuk mengambil sarung tangan yang tertinggal. Memang terpuji sifat amanah orang New Zealand kerana sarung tangan tersebut masih ada dikaunter tak berusik. Ketika belajar dahulu Yusri pernah tertinggal buku cek dan wallet di bank selepas beberapa jam barang tertinggal masih berada di atas kaunter tanpa terusik.

naik van di Christchurch

Kami singgah di rumah Wanis sepupu Yusri untuk sarapan pagi ringkas karipap panas dan kopi panas. Wanis juga menyediakan bekalan Nasi Lemak sambal ikan bilis dan sambal petai untuk makan tengahari kami. Terima kasih tak terhingga kepada Wanis dan keluarga juga tidak lupa kepada Fitri dan kawan-kawan pelajar UPM yang sedang pratikal di Universiti Lincoln.

singgah di Universiti Lincoln

Lebih kurang jam 11.00 am kami memulakan perjalanan yang jauh dijangkakan 9 jam kalau cuaca baik. Kami singgah sebentar di ladang lembu untuk melihat dari dekat sumber ekonomi utama New Zealand. Berjuta-juta lembu dan kambing biri-biri diternak di New Zealand melebihi populasi 4.3 juta penduduk New Zealand. Kualiti daging lembu dan kambing New Zealand sangat baik dan hargnya pun agak mahal.

ladang lembu di New Zealand

Selepas memandu lebih tiga jam kami singgah di bandar kecil Fairlie untuk makan bekalan Nasi Lemak sambal petai. Kami berhenti di taman pemainan yang mempunyai fasiliti tandas awam. Majoriti tandas awam yang kami singgah bersih walaupun tiada penjaga. Selepas makan kami solat jamak zuhur dan asar di atas gerabak keretapi lama yang diletakan di tepi padang permainan. Tanpa dirancang kami solat berhadapan gereja di seberang jalan dan diperhatikan oleh ramai pengunjung taman. Semuga Allah memberi hidayah kepada penduduk Fairlie yang khabarnya tiada lansung komuniti Islam. Sempat juga Hj Zainal berbual dengan penduduk tempatan yang menerangkan budaya baik penduduk New Zealand.

makan tengahari di Fairlie

solat fardu di taman Fairlie

bersama penduduk tempatan Fairlie

Perjalanan diteruskan melalui pemandangan yang sangat cantik. Puncak bukit dan gunung telah diliputi sajli putih kelihatan berkilau disinari cahaya matahari. Bumi New Zealand berwarna warni bersedia untuk kedatangan musim sejuk yang pasti penuh diliputi salji. Kami singgah di beberapa lokasi cantik untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT sambil mengabadikan pengalaman dan gambar dalam gadget masing-masing. Antara lokasi yang kami singgah adalah Tasik Tekapo dan Tasik Pukaki. Berdasarkan Google Maps memang banyak tasik di sepanjang pejalanan ke Queenstown.

keluarga hHaji Khanafi di New Zealand

keindahan New Zealand menjelang musim sejuk
Klik gambar ini utk melihat keindahan New Zealand menjelang musim sejuk

Selepas Tasik Pukaki suasana semakin gelap, kami melalui kawasan pergunungan yang pasti sangat cantik tetapi tidak kelihatan. Alhamdulillah cuaca baik dan tiada sajli yang turun membuatkan perjalanan kami lancar. Matlamat kami mesti sampai ke motel yang telah ditempah secara online sebelum jam 8.00 pm kerana pengendali motel tidak bersedia untuk meninggalkan kunci seperti motel-motel yang sebelumnya. Alhamdulillah kami sampai di The Lofts Apartment tepat jam 7.50 pm. Selepas solat jamak isyak dan maghrib kami makan bersama nasi lemak lebihan tengahari, nasi impit dan magee goreng panas. Cuacana memang sejuk lebih sejuk dari di Christchurch, pemanas bilik pun tak boleh memanaskan bilik jadi duduk sahaja atas katil yang mempunyai pemanas sendiri.

20130602-014144.jpg

Awal pagi kami bangun untuk aktiviti di Queenstown. Pemandangan pertama yang nampak dari bilik apartment gunung putih diselaputi salji memang indah. Lokasi pertama kami adalah Skyline Queensland iaitu Cable Car kepuncak bukit untuk melihat pemandangan yang indah sekitar bandar pelancungan Queensland. Tak ada rezeki kerana perkhidmatan Skyline dihentikan tiga hari untuk penyelenggaraan. Tapi ada rakan yang bergembira kerana dah seram sejuk takut nak naik cable car. Pemandangan Queenstown dari stastion Skyline memang menakjubkan sangat cantik.

20130602-014255.jpg

20130602-014323.jpg

20130602-014456.jpg

Destinasi kedua kami agak jauh dari bandar iaitu The Kawarau Bungy Centre. Hanya mereka yang berjiwa besar berani melakukan aktiviti terjun bungy di jambatan Kawarau yang dibina pada tahun 1800 an untuk melombong emas. Kami bertemu dengan sebuah keluarga dari Kuala Lumpur yang salah seorang ahli keluarga sedang menunggu giliran untuk terjun bungy. Bagi yang berjiwa kecil seperti aku, kami naik Kawarau Zipride. Tanpa diduga Fahim dan Hj Zainal mengambil keputusan untuk terjun bungy …. memang tabik hormat pada mereka ada juga wakil perwira dari kumpulan kami.

20130602-014540.jpg

20130602-014626.jpg

20130602-014700.jpg

20130602-014803.jpg

20130602-014946.jpg

Saksikan video keberanian Fahim terjun bungy dengan ketinggian 43m. Untuk yang terjun akan dapat sehelai t-shirt khas dan diskaun 10% untuk setiap pembelian di kedai cenderamata.

Jun 16, 2013 | #kembaraNZ : sambungan video terjunan bungy oleh Amirul di #Queenstown by denaihati on Keek.com

 

Sepanjang pejalanan pusing-pusing bandar Queensland satu je perkataan yang boleh dikatakan “SUBAHANALLAH CANTIKNYA QUEENSLAND” memang satu kembara musafir yang sangat berbaloi-baloi melihat keindahan alam ciptaan ALLAH SWT yang tidak pernah terbayang dibenak fikiran. Betul lah ulama pernah berkata bahawa dunia ini adalah Al Quran besar yang tertulis segalanya sebagai tamsilan kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Queenstown bukan sahaja dikelilingi puncak gunung tetapi juga dikelilingi tasik yang cantik seperti Tasik Wakatipu, Tasik Hayes dan Tasik Dunstan. Melihat berpuluh puncak gunung yang memutih diliputi salji mengingatkan kepada filem Lord of The Ring yang mengunakan pucak-puncak gunung sebagai lokasi pengambaran.

20130602-015147.jpg

20130602-015217.jpg

20130602-015248.jpg

20130602-015321.jpg

20130602-015353.jpg

20130602-015556.jpg

20130602-015722.jpg

Perut pun dah lapar setelah penat berjalan melihat dan menikmati keindahan Queenstown, alhamdulillah memang rezeki terdapat sebuah gerai halal di tepi Tasik Wakatipu yang menjual makanan kegemaran orang New Zealand FishnChips. Memang enak sangat dan lain rasanya kalau nak dibandingkan dengan FishnChips di Malaysia. Banyak juga restoran halal di Queenstown tapi tak ada masjid atau surau.

20130602-015930.jpg

Selepas solat jamak asar dan zuhur kami secra berasaingan berjalan menyelusuri bandar Queenstown untuk membeli souvenir. Alhamdulillah kebanyakan kedai souvenir di Queenstown tutup jam 9.00 pm jadi tak perlulah kami terkejar-kejar masa. Seronok melayan keluarga masuk satu kedai ke satu kedai yang lain mencari souvenir dalam suasana yang semakin gelap dan suhu yang semakin sejuk. Alhamdulillah cuaca memang menyebelahi kami sepanjang hari terang benderang tak hujan seperti ketika kami melawat Rainbow Spring di Rotorua. Sempat jugalah menempah baju khas Denaihati untuk kenangan di Queensland. Lebih kurang jam 8.30 pm kami pulang ke apartment untuk berkemas kerana esok flight ke Auckland di awal pagi.

20130602-020048.jpg

20130602-020153.jpg

20130602-020217.jpg

Awal pagi terakhir berada di bumi Queensland semua dah bersiap nak menuju ke Airport Queensland yang tidak jauh daripada bandar. Queensland yang terbaik dan tercantik berbanding bandar-bandar yang telah kami singgah. Banyak sebenarnya lokasi pelancungan di Queensland tapi masa mencemburui kami untuk melawat semua kawasan. Dalam hati tersemat azam untuk datang lagi kalau ada rezeki lebih.

20130602-020407.jpg

20130602-020438.jpg

Sebelum ke Airport Queensland kami singgah dipuncak bukit berhampiran untuk melihat keindahan Queenstown sekali lagi sebelum terbang ke Auckland. Rezeki untuk anak-anak masih ada lagi sisa-sisa sajli yang turun dengan banyak tiga hari sebelum kami sampai. Musim sejuk baru saja bermula yang pasti salji akan meliputi seluruh pelusuk Queensland selama tiga bulan.

20130602-020509.jpg

20130602-020637.jpg

20130602-020721.jpg

20130602-020813.jpg

Kami sampai di Airport Queensland tepat pada waktunya, kami check in setelah memulangkan van sewa di parkir yang dikhaskan. Berakhirlah pengalaman memandu di bumi New Zealand dengan jarak lebih 2000 km, syukur semuanya selamat tanpa ada apa-apa bencana dan halangan.

20130602-020926.jpg

20130602-020947.jpg

20130602-021118.jpg

20130602-021149.jpg

Pesawat Jetstar yang kelewatan 45 minit mendarat dengan selamat di Airport Auckland setelah terbang lebih kurang satu jam lebih melalui pemandangan New Zealand yang sangat cantik. Abang Aziz tuan punya Mesra Homestay menunggu kami dengan dua kenderaan untuk membawa kami ke tempat penginapan. Selepas makan tengahari lauk ikan kari kami di rumah Abang Aziz, kami dibawa berjalan di bandarata Auckland. Sempat singgah di Masjid Jamek Auckland untuk solat jamak asar dan zuhur. Abang Aziz membawa kami di banyak lokasi antaranya Queens Street untuk membeli sedikit souvenir.

20130602-021216.jpg

20130602-021404.jpg

20130602-021437.jpg

Hampir jam 10.00 pm kami sampai di Mesra Homestay untuk berehat dan bersedia untuk pulang ke Malaysia. Kami dihidangkan dengan Nasi Beryani dan Ayam Tadoori yang sangat sedap. Barang perlu dikemas mengikut berat yang dtetapkan oleh MAS. Alhamdulillah kami ramai jadi pasti tak ada masalah.

20130602-021503.jpg

Masa meninggalkan bumi Auckland setelah sembilan hari bermusafir dari Auckland – Rotorua – Wellington – Picton – Christchurh – Queenstown. Pengalaman yang sangat menyeronokan tak dapat diucapkan dan ditulis. Syukur semua Allah permudahkan perjalanan, penginapan dan paling penting kesihatan juga tak ada yang bermasam muka.

20130602-110827.jpg

20130602-110914.jpg

20130602-110949.jpg

20130602-111042.jpg

Terima kasih Allah terima kasih semua manusia yang telah membantu yang telah menjadikan Kembara Musafir New Zealand pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Terima kasih kepada sahabat kami Yusri yang telah merancang A – Z untuk menjadikan Kembara Musafir New Zealand satu kenyataan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semuga bertambah iman dan taqwa kami dan menjadi asbab turunnya hidayah Allah di atas muka bumi yang indah ini … New Zealand.

Baca kisah kembara musafir New Zealand hari pertama di SINI, hari kedua di SINI, hari ke tiga di SINI dan hari kemapat diSINI. Jangan lupa juga baca kisah kembara yang lebih menarik diDenai.my.

Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.


Spread the love

52 Comments

  1. Bestnye pegi tempat orang, pengalaman mcm ni bukan selalu dapat bagi mereka yang tidak berkemampuan. Harap2 satu hari nanti aku ada peluang macam ni..terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan gambar yang menarik. Peace!
    Curahan rasa Mr Bukit Besi @ ..Resepi Bubur Nasi Ayam SedapMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!