Teknik buat banyak duit trade saham yang dirahsiakan oleh pakar saham

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi teknik buat banyak duit dengan jual beli saham yang dirahsiakan oleh pakar saham.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini Abang terjumpa kawan lama yang dulu trade saham sama-sama di BIMB pada tahun 1996 dan 1997. Dah lama tak jumpa apa lagi kami mengopi sambil bercerita kisah nostalgia lama. Sahabat Abang untung banyak ketika saham naik mengila pada tahun 1995 – 1997 tetapi akhirnya rugi lebih banyak apabila saham BSKL merudum pada tahun 1997 – 1999. Beliau berhutang beratus ribu dengan bank, Abang pun tak sampai hati nak tanya hal hutang tersebut.

Soalanya pertama yang dia tanya pada Abang masih trade saham BSKL ke? Jawapan sudah pasti tidak pernah berhenti bermain saham sejak menjinakkan diri pada tahun 1993. Kalau ada berhenti pun untuk berehat sementara menunggu masa yang sesuai untuk membeli.

Chart BSKL 1995 – 2017

Jadi katanya pasti sekarang Abang banyak melabur di BSKL sebab saham tengah mengila. Abang kata adalah sikit-sikit untuk cari duit kopi. Dia kata kan pasaran saham tengah mengila, boleh buat duit banyak kenapa tak labur banyak. Sahabat Abang faham sangat turun naik saham dan prestasi saham sekarang sedang mengila naik seperti trend 20 tahun lepas. Saham ini memang ada putaran turun naiknya. Trend kenaikan pasaran saham dunia tahun 2017 sama seperti trend kenaikan pada tahun 1995 – 1997. Pada tahun 2006 – 2007 juga ada kenaikan tetapi tidak sehebat kenaikan tahun 1997 dan 2017.

Kaki saham memang sedang mengila buat duit sekarang. Senyum sampai ke telinga sebab hari-hari untung. Guru dan Sifu saham pun sedang aktif mengajar pemain-pemain saham baru dan lama cara baca graf teknikal dan memberi tips kaunter saham terbaik untuk buat duit banyak.

Daripada pengalaman Abang ada tiga kumpulan pelabur akan masuk pasaran pada waktu berbeza :

  1. Ramai pelabur akan masuk pasaran apabila trend kenaikan saham bermula sehingga pasaran saham sampai ketahap kemuncak.
  2. Ada pelabur yang ketinggalan perahu hanya masuk pasaran saham ketika trend mula menurun kerana terpengaruh keuntungan kawan-kawan yang sudah masuk pasaran lebih awal.
  3. Sebahagian kecil pelabur pula menunggu pasaran saham jatuh banyak dan akan masuk pasaran apabila harga-harga saham mula menunjukkan indikasi untuk naik. Contohnya harga saham Tenaga Nasional Bhd sekarang RM14.32, bila pasaran merudum, harga boleh jatuh sehingga 50% kepada RM7. Apabila harga mula naik pelabur ini mula membeli dengan banyak contohnya pada harga RM7.50. Dalam tempoh mungkin setahun pasaran saham akan kembali pulih katalah saham TNB kembali pada harga RM10, berapa banyak pelabur ini sudah untung.

Kalau kita belajar cara bapa saham dunia Warren Buffet membeli saham pasti kita boleh jadi kaya raya. Contohnya Warren Buffet telah mengumpul  saham Apple berjuta-juta unit setahun sebelum pasaran saham Nasdaq dan Dow Jones pecah rekod ke tahap tertinggi dalam sejarah pasaran saham. Mark zuckerberg pengasas Facebook telah melepaskan empat kali sahamnya bernilai berjuta-juta dollar ketika pasaran saham Nasdaq pada tahap tertinggi.

Berkshire started buying shares of Apple in mid-2016 and ended the year with about 59 million shares in the tech company. In early January, Berkshire more than doubled that stake to 133 million shares. The increased stake gives Berkshire about 2.5% of Apple’s outstanding shares.

Warren Buffet beli saham Apple Jun 2016.

Teknik buat banyak duit trade saham yang dirahsiakan oleh pakar saham

Majoriti pelabur saham yang hebat akan membeli saham yang berpotensi ketika pelabur-pelabur lain tidak kisah untuk membeli. Ini yang jarang di ajar oleh guru dan sifu saham. Majoriti daripada kita mengejar ketika harga saham mula mengila. Ketika ini pelabur yang telah membeli saham awal menunggu masa untuk melepaskan saham secara berperingkat-peringkat. Majoriti daripada pelabur ini akan membuat keuntungan beratus-ratus kali ganda dan ada yang menjadi jutawan senyap yang jiran sendiri pun tidak tahu.

Pengalaman Abang masa pasaran saham mengila pada hujung tahun 1995 – 1997, ramai yang buat sangat banyak duit ketika pasaran melonjak tinggi tapi akhirnya rugi berlipat kali ganda apabila market jatuh teruk. Apabila untung banyak majoriti pelabur akan melabur balik dengan lebih banyak dengan harapan akan dapat untung berlipat kali ganda. Ketika ini emosi ketamakan telah mengawal diri. Musuh terbesar kepada seorang pelabur saham adalah EMOSI dan ramai yang kecundang.

BSKL – untung trader yang beli saham November – Disember 2016

Kesimpulannya untuk buat duit sangat banyak dalam jual beli saham sebenarnya bukan membeli banyak saham ketika saham naik mengila tetapi membeli ketika baru nak naik selepas jatuh teruk. Masa pasaran saham naik maksima adalah masa untuk menjual saham-saham yang sudah dibeli lebih awal. Kepada yang sedang aktif jual beli saham berhati-hati sebab bila pasaran tidak akan beri warning bila ianya akan jatuh menjunam. Pemain-pemain saham yang besar mempunyai dana beratus juta dollar, mereka kejam akan menjunamkan pasaran saham ketika pemain-pemain runcit sedang khayal keseronokan. Lihat carta saham di atas tu ketika pasaran saham BSKL menjunam pada tahun 1997 – 1998 dan 2008 – 2009 tanpa belas kasihan, ramai yang rugi berpuluh, beratus dan ada yang berjuta ringgit sehingga ada yang bunuh diri.

Masa saham di puncak adalah masa untuk menyimpan dana sebanyak mungkin untuk persediaan membeli saham apabila pasaran naik semula selepas jatuh menjunam. Sekarang kalau nak cari duit kopi boleh tapi gunakan hanya 10 – 20% sahaja daripada dana yang ada.

Ini adalah teknik buat banyak duit dengan jual beli saham yang dirahsiakan oleh pakar saham.

Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

53 Comments

  1. saya sempat mencobanya, tapi tidak begitu berhasil.
    malah terlalu sering turun ketika saya mulai membeli dan pada akhirnya saya banyak belajar bagaimana cara terbaik untuk melihat tren yang bakal naik.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!