Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
Doa seorang ibu untuk anaknya, seperti doa seorang nabi untuk umatnya
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya. Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Sebuas-buasnya harimau, takan memakan anaknya, apalagi manusia…
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
teguran seorang ibu itu merupakan bentuk kasih sayang pada kita
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
Curahkanlah segala kasih sayang buat ibu dan bapa Selagi beliau berdua masih ada. Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Tanpa ibu dan bapa siapalah kita. Ucapkanlah kata sayang, tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka. Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. insyaAllah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Allahuakbar. Masih ada anak-anak yang macam ni ye. Harapnya kita yang membaca cerita ni ambil pengajaran, mana tau satu hari kita tak perasan yang kita pun terbuat macam ni…
sedihnyaa :'(
Semoga tak pernah terjadi pada kita
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Banyak anak-anak yang tega berbuat demikian pada ibu, na’udzubillahi min dzalik
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
Apa mereka lupa bahwa orang yang durhaka Kekal di dalam neraka
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
sgt menyentuh perasaan ..
skp ank y tlalu ego .. hga melupakan segala pengorbanan ibu dn bapa sjk dilahirkan ..
smga dia cpt dibuka pntu hati utk sdr akn ksilpan diri..
Curahan rasa are_rull @ ..Who is GALAXY WHIZ?? Is it SGS3??
seteruk2 ibu dan ayah, merekalah yang melahirkan kita di dunia ni..ayah dan ibu…itulah permulaaan kami 🙂 semoga kita tidak menjadi anak derhaka tanpa kita sedari..nauzubillahiminzalik…
Curahan rasa eliss @ ..Tudung Raya 3 Layer Labuh di Galeri Tudung dan Selendang,Qaseh
sebagai anak kita kena buang ego bila berdepan dgn ibu bapa.. siapa laa kita tanpa mereka..
harap2 lah kita semua dijauhkan daripada perkara2 sebegini… walau macam mana pun ayah dan mak kita, walau seburuk mana pun mereka, mereka tetap manusia yang bertanggungjawab membesarkan kita dari sekecil tapak tangan lagi..
Curahan rasa boni kacak @ ..Cerita Lawak : Aku Cekik Anak Mata Kau Nanti!
Janji Allah itu pasti…hidup terasa tidak akan diberkati mendatang hari…Masih belum terlambat untuk merubah segalanya…
betul,… dalam merbuat kebajikan, tidak ada kata terlambat.Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan, pertolongan dan ganjaran dari Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Mencari keredhaan ibu bapa tampak seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam di zaman moden ini. Ada dari kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa, ada yang mengaggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada dari kita yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
“Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya.” (Riwayat Baihaqi)
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Peristiwa serupa mungkin masih banyak disekitar kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Apapaun alasannya,… kita harus berbakti sepenuhnya pada Ibu Bapak, meskipun terkadang mereka berdua sering memarahi kita. Karena pada dasarnya kemarahan itu semata-mata untuk kebaikan kita juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Cuba kita merenung kembali saat mereka membesarkan kita. Ketika itu kita hanyalah seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tiada kekuatan dan tiada daya dan upaya tanpa pertolongan mereka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Bayangkan saat kita semua menangis ditengah malam, mereka bersengkang mata mendodoi dan menidurkan kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Tiada istilah tidur nyenyak bagi mereka demi untuk memastikan kita tidur dengan baik. Adakah kita semua lupa saat itu?.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Pikirkan kembali bagaimana mereka memberikan kita makan, tempat tinggal, pelajaran, duit dan segala macam kesenangan untuk membesarkan kita hingga kita menjadi diri kita sekarang ini. Mari semua kita renungkan hal ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
tersentuh hati membaca entri ni…tp d luar sana masih ada yang sanggup antar mak bapak ke rumah kebajikan…
sangat menyayat hati cerita ini… ingatlah ibu adalah segalanya
Curahan rasa mr.pingu @ ..Kisah Sahabat aku yang Psiko!
Semoga kisah ini dijadikan pengajaran. Hargailah ibu bapa sebaik-baiknya.
Curahan rasa anif @ ..Persiapan Hari Raya 2012 #1
Kemarahan ibu bapa kadang kala tidak terlihat di raut wajah mereka. Kita sama sekali tidak tahu mereka berkecil hati terhadap perilaku kita. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Ada benarnya pepatah mengatakan bahwa seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa namun sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan bapa. Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Comments are closed.