Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang teruja setelah membaca 2 episod awal cerpen “Taubat Ku Taubat Nasuha“ yang disiarkan sebelum ni dan tak sabar menanti sambungannya. Joom kita sambung baca episod 3. Cerpen bersiri pertama adalah hasil nukilan Rakan Blogger Latifahbee Kay tuan punya blog Puanbee.com. Semuga ada pengajaran disebalik kisah.
“Encik disyaki telah melakkan kesalahan merogol cucu Encik sendiri bernama Siti Hajar Binti Rashid dan Encik diminta untuk mengikut kami ke balai untuk membuat penyiasatan lanjut.”
Tidak ada kata dua yang diberi oleh pegawai polis tersebut. Aku hanya di pinta untuk mengikut mereka ke balai dengan terus terangnya. Sudah lah.. malu aku pada semua keluarga dan penduduk kampung tidak terkira lagi. Jika aku menurut mungkin perkara ini tidak akan di hebohkan sangat.
Manakala jika aku bertindak hendak melarikan diri perkara ini kemungkinan akan di hebahkan di seluruh mukadimah surat khabar yang senantiasa mencari berita paling sensasi untuk di jadikan tajuk hadapan. Aku tidak mahu jadi seseorang yang menjadi bahan tulisan tajuk depan.
Patutlah lain benar kelakuan si mama jaja, entah apa yang di fikirkan nya terhadap aku. Aku serba salah.. seumur hidup ini lah kesalahan paling besar yang perlu aku hadapi di balai polis.
Lantas aku mencapai beg duit aku di atas almari dan menyerahkan diri seadanya kepada pegawai polis bertiga tersebut. Aku redha dan pasrah. Berani buat berani tanggung, walau pun sebenarnya perkara begini tidak sesuai menggunakan pepatah melayu tersebut. Ya! Bukan ini pepatah yang sesuai.
“Baiklah tuan, saya akan mengikut tuan ke balai, tetapi sebelum itu boleh tak saya bercakap dengan anak saya dahulu?” tanya aku kepada pegawai polis tersebut dengan suara sedikit begetar, kaki dan tangan aku kini sejuk tidak semena-mena, peluh dingin menitis di dahiku. Mengalir pelahan membasahi kolar baju aku..
“Silakan Encik” pegawai tersebut memberi kebenaran kepada aku, nada suara mereka amat tegas, pastinya mengusarkan hati pesalah-pesalah yang mendengarnya.
Aku memulakan bicara.. suasana hening dan suram.. hanya suara pegawai bertiga berbebincang sahaja yang kedengaran, itu pun suara meraka seolah berbisik, aku menarik nafas panjang-panjang..
Setelah lama ingin sekali aku memulakan bicara.. namun aku kehilangan kata. Kemana hilangnya suara garau nan tua aku sewaktu mengherdik si jaja, kemana hilangnya alunan suara aku ketika mengugut si jaja? kemana hilangnya semua keberanian itu.
Hendak tak hendak.. aku terpaksa memulakan bicara secepat mungkin, sebelum pegawai itu mengheret aku ke dalam kereta atau mengesyaki aku ingin melakukan sesuatu, lagi parah..
“Zu.. maafkan ayah”
“Ayah terlalu ikutkan nafsu serakah ayah sehingga ayah lupa, ayah telah menyakiti anak kamu dan kamu anak ayah. Maafkan ayah.. ayah bersungguh minta ampun dari kamu. Semoga pemergian ayah ke balai polis ini dapat menebus semua kesalahan ayah. Ayah berdosa.. ayah takut akan hukuman di alam barzakh sana. Ayah takut ingin mengahdap Allah dengan keadaan ayah yang jijik ini.”
“Maafkan ayah zu.. Ampunkan ayah zu” Suara ku tidak lagi mampu meluahkan apa yang terkandung di dalam hatiku, Suara ku kini hanya mampu belegar-gelar di benak kepala ku.
Suara ku makin perlahan.. selari dengan langkah ku kini meninggalkan zu keseorangan diri dan menyerahkan kedua tangan ku untuk digari oleh tiga pegawai polis tersebut. Aku hanya mampu berserah..
Sesampainya di balai polis, aku di soal siasat.. aku di pandang sinis oleh semua pegawai disitu. Ada yang berbisik-bisik sampai menjeling aku, ada juga yang mengeleng-geleng sambil memandang aku. Aku faham akan tindak tanduk manusia itu semua.
Ya! aku seorang “haruan yang membaham anaknya sendiri”. Aku seorang pendosa, aku seorang yang zalim, aku menzalimi cucu aku sendiri, zuriat dan darah daging aku sendiri. Aku berdosa.. aku menyesal sangat-sangat.
“Ya Allah, kau ampunkan aku di atas dosa-dosa aku, kau berilah hidayah dan petunjuk mu, kau hukumlah aku di dunia sebelum kau cabut nyawaku, kau berilah kesenangan dunia akhirat pada anak dan cucuku”
“Encik Dollah bin Ahmad!!!” Terjahan suara yang agak kuat dan kasar menggegarkan hatiku, terjaga aku dari lamunan mainan perasaan ketika itu. Lantas aku mendonggakkan kepala lalu bersuara.
“Ya tuan” sepatah cuma.
“Adakah encik mengaku bersalah merogol cucu encik beberapa kali di antara tarikh 27 November 2010 sehingga bulan april 2011?”
“Adakah encik mengaku kejadian itu berlaku di rumah kediaman anak encik di kampung sungai dua, Kuala Kangsar Perak?”
“Adakah encik mengaku ada mengugut bunuh cucu encik iaitu Siti Hajar binti Rashid selepas encik merogol cucu encik?”
Soalan bertimpa-timpa di tujukan khas buat aku, belum sempat aku menjawab soalan pertama, sudah keluar soalan kedua.. oh beginikah soalan yang aku akan terima di akhirat sana nanti? sudah pasti tidak malahan akan lebih teruk keadaannya.
Aku hanya mampu menjawab.. “Ya saya mengaku tuan”
“Kalau begitu encik di kehendaki tandangan di borang ini sebagai pengesahan di atas pengakuan encik, kemudian menunggu masa untuk di bicarakan di mahkamah, selepas pemeriksaan yang di buat oleh doctor ke atas cucu encik siap.” Kata pegawai polis bermisai panjang dan berkumis lebat yang menyoal aku sebentar tadi.
Ohh.. kini baru aku mengerti, kenapa jaja tidak pulang ke rumah, rupanya jaja di hospital bagi mendapatkan bukti kekejaman yang aku lakukan terhadap dia. Mereka menyiasat sehari sebelum aku di tahan oleh pegawai polis di rumah aku.
Bagaimana perkara ini terbongkar, ianya masih menjadi tanda tanya, teringin aku mengetahui bagaimana.. Kerana sebelum ini jaja langsung tidak berani untuk bersuara, di manakah jaja mendapat kekuatan untuk memberitahu kepada orang lain?
Bagaimana jaja boleh pergi ke hospital jika tiada orang yang membawanya, bagaimana pula zu yang bekerja di kilang boleh mengetahui cerita ini? semuanya telah pun ditakdirkan Tuhan, catur hidup manusia yang tiada siapa mengetahui kecuali Allah s.w.t.
Kemudian aku di hantar ke rumah besi, kedengaran bunyi kunci palang rumah besi dibuka. Kriukk.. kriukk sungguh kuat bunyinya. Betapa sunyi nya rumah besi yang sangat asing bagi ku. Aku kini telah pun berstatus banduan.
Oh.. tidak pernah di dalam hidup, aku sangka aku akan dimasukkan ke rumah besi ketika usia ku lanjut begini. Usia tua aku tidak dapat digunakan sebaiknya.
“Encik, ini tuala, baju dan sejadah.. encik boleh mandi dan tukar baju atau solat ya, apabila waktu makan tiba encik boleh keluar dan begerak ke kantin di sana. Buat permulaan sebelum encik dibiacarakan makanan akan dihantar ke sel encik” kata seorang warden di situ.
Hati aku tiba-tiba berdegup kencang, apabila terpandang sejadah itu.. sekali lagi nafasku seakan tidak teratur, terlalu bercelaru.. telah lama aku tinggalkan sejadah itu. Ini lah hidayah dan petunjuk yang Allah turunkan buat aku. Ya.. aku yakin.
Aku masih lagi berdiri di pintu rumah besi, terlalu asing dan sunyi buatku.. agak susah hendak membiasakan diri di sini. Tiada lagi cahaya matahari menyinari rumah besi aku. Lembab namun panas rasanya di sini.
Lantas aku pergi mandi membersihkan diri, menukar pakaian dan solat buat kali pertama selepas beberapa tahun aku meninggalkan solat.. aku sendiri terlupa..
Aku kembali pada yang maha Esa.. mungkin di sini adalah tempat untuk aku membendung nafsu jahat aku. Hanya di sini tempat untuk aku bermujadah dan bertahajud kepada-NYA.
Bersambung …
26 Comments
Thx for info
Curahan rasa Panji Ramadhan @ ..Tips Bermain PES 2013 Ala Lintas Media.com
ke sangkar besilah tempatnya yg paling sesuai…
ijin nyimak ya mas hehehehe….
ZZS Inside
Curahan rasa Beraaga007 @ ..Dapatkan Hadiah Yang Menarik Di Akhir Tahun 2012 Hanya Degan Klik
bagus ler sudah buat pengakuan…dan bertaubat segera…ermmm tunggu episod seterusnya camna…mesti tak diterima saudara mara nya….
Curahan rasa Norizwan @ ..Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -5
moga gak sekedar janji aja ,,
Curahan rasa obat herbal darah tinggi @ ..Obat Herbal Kanker Paru Paru
alaa… sekejapnyer…
Kini sedang menunggu kedatangan episod 4….
adakah en dollah hero dalam kisah ini?. semoga akhirannya adalah penghabisan yg baik.
semoga boleh menjadi contoh kepada mereka yg berjinak2 dlm penulisan cerpen.
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Jangan Ambil Barang Orang Lain
makin lama makin saspen, tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya, sebenarnya setiap episod denaihati siarkan dalam jarak berapa lama ya…. hiks tiba2 pulak jadi insan yang tidak sabar…. astaghfirullah
Curahan rasa sweetkurma @ ..iPhone 5 Gadget Impian
sebenarnya saya tak tetapkan masa untuk menulis .. banyak sangat benda nak di buat , jadi idea datang bila saya betul2 rileks ..
Curahan rasa puanbee @ ..Dalam Hati Ada Taman Episod 6 & 7
puanbee… multitasking blogger 😉
Akibatnya..tak sabar nak tengok episod seterusnya apa jadi pada Jaja pulak
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget Impian
menyesal….
kadang ia sangat lambat…
Curahan rasa mie @ ..Koleksi Ferrari Model LEGO SHELL
Menunggu pula episode berikutnya dari kisah taubat nasuha ini
Selagi pintu taubat terbuka,selagi itulah berpeluang untuk bertaubat
Curahan rasa wazy @ ..Hari Yang Baik Untuk Memulakan Pekerjaan
Bila diri terlebih khayal tentang dunia
akhirat mudah dilupakan…
Curahan rasa nurmisnan @ ..iPhone 5 gadget impian
membaca perkataan meminta maaf kepada anaknya karena telah berbuat jahat kepada cucunya sendiri serasa hati ini tersayat…
memang seringkali penyesalan datangnya terlambat
Tetapi bertaubat sebelum ajal sampai di kerongkongan dengan bertaubat nasuha Insya Allah akan diampuni Allah Ta’ala
Walau dosa setinggi gunung, seluas samudera…namun jika benar-benar bertaubat, pengampunan ALLAH SWT lebih dari itu…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Thailand vs Malaysia Semifinal AFF Suzuki Cup 2012
Comments are closed.