Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lagi menjelang Ramadhan 2012 semuga ALLAH SWT pilih kita melalui bulan dengan seribu kerahmatan, keampuanan dan keberkatan. Bukan semua terpilih kerana ada keluarga dan sahabat yang telah pergi sebelum sempat tibanya Ramadhan 2012 seperti Arwah Pak Cik yang terkorban dalam kemalangan hanya beberapa minggu menjelag Ramadhan 2012.

Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.

Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.

Tahun ini kita sama-sama azam untuk jadikan Ramadhan 2012 lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Jangan lupa buat ulangkaji dengan menghadiri majlis ilmu dan membaca buku untuk memastikan amalan yang kita buat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadar bukan setakat 10 malam terakhir tetapi mesti dimulakan dari semalam tetapi kalau belum bermula belum terlambat, mulakan dari sekarang.

Antara amalan yang baik bulan Ramadhan adalah memberi makan untuk mereka yang berbuka puas jadi kepada yang teringin nak memanjangkan rezeki untuk rezeki yang berlipat kali ganda sila tinggalkan pesanan di contact, insyallah infaq anda akan disumbangkan untuk Tabung Ramadhan Kemboja, Madrasah An Nuur Muar, Madrasah Arab Kluang dan Madrasah As Syakirin Bandar Seri Putera.

Kepada blog yang belum pasang Waktu Solat apalagi joom sebab bila dah pasang nanti mudah nak monitor countdown Waktu Imsak dan Waktu berbuka puasa. Jooom klik Projek Waktu Solat.

Rakyat Malaysia akan mula berpuasa pada 21/7/12.


Spread the love

188 Comments

  1. beberapa Keutamaan Puasa Ramadhan adalah :

    1. Orang yang berpuasa ramadhan bisa masuk ke dalam surga ar-raiyan.
    2. Puasa bisa menjadi penebus dosa.
    3. Orang yang berpuasa akan mendapatkan kegembiraan.
    4. Puasa adalah penangkal.
    5. Mendapatkan ganjaran dari Allah tanpa hitungan.
    6. Bau mulut orang yang melakukan puasa bagi Allah SWT wanginya lebih wangi dari bau kesturi.
    7. Puasa dan Al-quran memberikan syafaat.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!