Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lagi menjelang Ramadhan 2012 semuga ALLAH SWT pilih kita melalui bulan dengan seribu kerahmatan, keampuanan dan keberkatan. Bukan semua terpilih kerana ada keluarga dan sahabat yang telah pergi sebelum sempat tibanya Ramadhan 2012 seperti Arwah Pak Cik yang terkorban dalam kemalangan hanya beberapa minggu menjelag Ramadhan 2012.
Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.
Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Tahun ini kita sama-sama azam untuk jadikan Ramadhan 2012 lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Jangan lupa buat ulangkaji dengan menghadiri majlis ilmu dan membaca buku untuk memastikan amalan yang kita buat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadar bukan setakat 10 malam terakhir tetapi mesti dimulakan dari semalam tetapi kalau belum bermula belum terlambat, mulakan dari sekarang.
Antara amalan yang baik bulan Ramadhan adalah memberi makan untuk mereka yang berbuka puas jadi kepada yang teringin nak memanjangkan rezeki untuk rezeki yang berlipat kali ganda sila tinggalkan pesanan di contact, insyallah infaq anda akan disumbangkan untuk Tabung Ramadhan Kemboja, Madrasah An Nuur Muar, Madrasah Arab Kluang dan Madrasah As Syakirin Bandar Seri Putera.
Kepada blog yang belum pasang Waktu Solat apalagi joom sebab bila dah pasang nanti mudah nak monitor countdown Waktu Imsak dan Waktu berbuka puasa. Jooom klik Projek Waktu Solat.
Rakyat Malaysia akan mula berpuasa pada 21/7/12.
188 Comments
Tempat lokasi cerapan anak bulan boleh rujuk sini http://papalovesdoms.blogspot.com/2012/07/tempat-cerapan-anak-bulan-di-malaysia.html
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,
Buat pahala sebyk mungkin dan mulakan bertindak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bulan yang ditunggu oleh umat Islam keseluruhan,
Bulan untuk membuat segala kebajikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bulan Ramadan bulan keberkatan,
Solat Terawih pasti diamalkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bulan Ramadan bulan yang mulia,
Bulan yang memberi rahmat ke seluruh dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Selamat menyambut bulan Ramadan,
Bulan yang membawa keberkatan
Waktu yang sesuai pahala dapat digandakan,
Selama sebulan waktu siang kelaparan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Setelah anak bulan kelihatan,
Bermulalah akan bulan Ramadan,
Maka berpuasalah kita selama sebulan,
Berlapar dan dahaga pula kita seharian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
dah kerap iklan Yusof Taiyob sekarang ni..hehe
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Umat Islam seluruh dunia 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Darwisy membuat tendangan ‘volley’
Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak Cikgu…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Bulan Ramadan semakin hampir selama berpuasa semua. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012
dah sekat dengan puasa…selamat berpuasa kepada semua
selamat berpuasa kepada semua ya..
Curahan rasa Mus @ ..Sabah Bah: Undian Anda Saya Perlukan
semoga ramadhan tahun ini akan mberi lebih kberkatan dan penuh makna
bulan ramdhan yg dinanti dh tiba..semoga ramadhan kali ni lebih bermakna utk semua muslim..
insyallah.. harapan semua muslimin dan muslimat ni
Curahan rasa Mus @ ..Sabah Bah: Undian Anda Saya Perlukan
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih pengisian buat diri saya……
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Buat Duit Dengan Game Anno1777
yeay…tinggal beberapa hari lagi nak puasa… =)
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Pelajar dibenar membawa handphone pada sesi persekolahan tahun depan : Biar betul?
Comments are closed.