Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.
Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.
Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.
Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.
Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar
Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :
1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890
2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]
Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.
Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
165 Comments
Setiap kali melihat entri berkaitan Ramadhan…pasti hati terasa rindu, semoga kita semua dapat menikmati lagi Ramadhan ditahun akan datang, InsyaAllah…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
walaupun bulan ramadhan dah lama berlalu pergi, tapi rasa rindu pada bulan Ramadhan masih lagi kuat…saya berharap akan bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan..IN SHAA ALLAH.. klau diberikan kesempatan oleh Allah…
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Siapa yang menyembah ramadhan.. ia telah pun pergi
Siapa yang enyembah Allah swt.. Yang Maha Esa tetap ada
Jadilah kita hamba Allah swt dan bukan hamba ramadhan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Bawal Labuh Ombre Dari Puan Junaida
Ya. Kata-kata yang menyentap juga diri ini. Moga Allah beri kesempatan kepada kita untuk merasai Ramadhan yang seterusnya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Dah nak berakhir pun ramadhan kali ini. semoga tahun depan ada lagi kesempatan untuk bertemu dengan bulan puasa
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ya Allah panjangkan usia kami untuk kami bertemu dengan ramadhan tahun depan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
InsyaAllah doa kan bersama-sama supaya tahun depan masih bernafas untuk bertemu dengan bulan ramadhan sekali lagi
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
tahun ini saya tidak sempat lihat isytihar penyimpan mohor raja-raja tentang awal ramadhan,
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
harap-harap dapatlah saya tonton pengisytiharan 1 syawal nanti. kalau tak tengok macam tak lengkap pula raya
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
saya pun tak sempat. ternanti nanti pengistiharan hari raya pulak. tunggu depan tv macam zaman kecik kecik dulu
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ramadhan kini sudah tinggal 10 hari sahaja lagi. semoga amalan di bulan ini akan belarutan sehingga keluar dari bulan ramadhan ini
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
InsyaAllah semoga amalan kite sepanjang bulan ramadhan ni diterima Allah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Alhamdulliah sudah bersedia.. Tahun kesepuluh berpuasa jauh dari keluarga di kamping. Alah bisa tegal biasa..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Surabaya, Kota Kedua Terbesar Di Indonesia Menarik untuk Dilawati
mesti tak nak pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga kan bro?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Bulan Ramadanlah bulan kita berlumba-lumba mencari pahala yang berlipat kali ganda nilainya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam seribu bulan iaitu lailatuqadar.. Aminn
Curahan rasa amirnawawi @ ..Minggu Peperiksaan Akhir Semester
ia juga bulan praktikal dimana ilmu yang kita tuntut 11 bulan sebelum itu patut diamalkan dalam bulan ini
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
dalam bulan ramadhan ni rasalebih mudah nak buat amal ibadah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ya betul. Bila kita berpuasa, kita juga akan menahan diri kita dari berbuat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup nafas di bulan Ramadan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Semoga tahun depan kite masih mampu berjumpe dengan bulan ramadhan
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Sebenarnya.. Persediaan ramadhan elok dilakukan dari bulan rejab lagi. Syaaban kita teruskan
Ramadhan pula bulan menuai hasil
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
Ya. Sebelum masuk bulan ramadhan, eloklah lah kita berlatih puasa supaya bila tiba bulan Ramadhan, tidaklah kita rasa tidak bermaya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling senang kita nak kumpul pahala. Bersedekah, menjaga pandangan, membuat ibadah sunat. Ya Allah, nikmat nya bulan puasa ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Malangnya, ramai yang tidak mahu memanfaatkan bulan ini. Masing-masing sibuk dengan hal keduniaan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
ya betul tu…ketika syaitan di ikat nilah kita ambil peluang untuk buat ibadat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Kadang-kadang lepas solat Subuh, tidur sampai nak Zuhur. Apakah yang kita sedang buat? T___T
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
dalam bulan puasa ini, tidur pun dapat pahala tapi kena betul caranya bukannya sampai tahap makruh
tidur sekejap sunat. tapi kalau dah tidur sampai separuh hari. makruh
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
walaupun pendek tetap ia cukup berkesan. memang boleh mengulang kaji tentang amalan berpuasa dan selepas berpuasa.
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
berdekatan dengan kampung saya ada masjid yang membuat pendekatan tazkirah pendek setiap kali lepas asar.
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
tazkirah ini diadakan sepanjang bulan ramadhan dan penceramahnya adalah jemputan.
Tak adalah kita solat macam nak terkejar-kejar kan? Nak terkejar pun nak kejar apa sebenarnya kan?
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Kan bagus kalau tazkirah itu juga diselang-selikan ketika menunaikan solat sunat tarawih.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
kalau sebelum ini kita membuat persediaan sebelum puasa. sekarang ini kita perlu tingkat usaha untuk mengejar pahala terutamanya di 10 malam terakhir ramadhan
Yap, ramai antara kita yang terlupakan Syaaban, kerana pada waktu inilah kita harus mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan Ramadan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Jadi, masuk sahaja bulan Ramadan, tak adalah kita kelam-kabut nak belajar benda-benda asas, kerana kita sudah terlatih ketika Syaaban.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
saya suka memberi ketika syawal berbanding ramadhan..tahun ni kena ubah sikit.
memberi dalam bulan Ramadhan > bulan Syawal
Curahan rasa faizal @ ..Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Namun hakikatnya bulan Ramadhanlah bulan disyariatkan kita untuk memperbanyak amal jariah kerana pahalanya berkali-kali ganda nilainya. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
lebihkan bulan ramadhan. bulan berkat bulan mulia
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Comments are closed.