Tandas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita kisah tandas. Islam dah tunjuk sunnah Nabi cara keluar masuk dan adab dalam tandas. Islam juga tidak mengalakkan kita berada terlalu lama dalam tandas kerana ianya bukanlah tempat yang suci. Masuk dan selesaikan dengan segera apa juga urusan yang nak diselesaikan di dalam tandas.

Tandas bukan tempat yang suci tetapi bukan bermakna tempat yang mesti dibiarkan tidak bersih dan kotor. Sedihnya kalau kita singgah di tandas awam, tandas di pasaraya dan tandas di kedai makan hampir majoriti tidak diuruskan dengan baik. Sebelum mengharapkan tukang cuci kita sendiri mesti ada tanggungjawab membersihkan apa yang kita tinggalkan.

Apa sangat yang boleh kita harapkan seandainya kita sendiri tak boleh menguruskan buangan kita sendiri. Kalau tabiat buruk kita di tandas awam adakah tabiat kita akan jadi baik apabila menggunakan tandas sendiri di rumah.

Pernahkah kita berkunjung di rumah kawan-kawan yang rumahnya sangat bersih dan teratur tetapi tandas rumahnya kotor atau pernahkah kita berkunjung ke rumah yang tandas rumah sangat bersih tetapi rumahnya tidak terurus.

Segalanya bermula dari rumah dan bermula dari tandas. Jika kita mempunyai tabiat yang baik menguruskan tandas pasti yang lain juga baik. Adakah teman-teman setuju dengan aku???


Spread the love

100 Comments

  1. setuju sgt dgn entri kali ni……saya pun terfikir jgk, rata2 kat m’sia ni org islam yg pengotor tu….bukan nk kata tapi hakikat…..kalau kita tgk kat negara bukan islam terutama europe….mana tandas dia kotor mcm kita….sbb tu tandas diorg namakan rest room, sesuai utk berehat…..marilah kita sama2 jga kebersihan diri, agama dan negara……http://ahaaziz.blogspot.com/

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!