Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ini aku dan beberapa teman investor melawat projek ternakan ikan Arowana yang kami usahakan di Hulu Langat. Setelah selesai makan tengahari kami pulang melalui jalan batu 14, Hulu Langat. Jalan agak sesak dan tiba-tiba beberapa ambulance bergegas pantas menuju jalan yang bertentangan. Terdetik dihati apakah yang telah berlaku, mungkin kemalangan jalanraya.

Segalanya terjawab apabila terbaca Breaking News, kisah sedih tragedi Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.

rumahanakyatimaltakwa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.

mangsatanahruntuh Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

 

mangsatanahruntuh1 Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian - Bharian.com.my

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. ”Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya – Bharian.com.my

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan – Mstar.com.my

5. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini – Bharian.com.my

6. Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus - Bharian.com.my

Klik @ Berita Terkini Tragedi Tanah Runtuh

 

[ad#eQurban300]

Istimewa di denaihati.com
  • Roha 22 May 2011 at 10:47 am

    Salam.
    Takziah dan Al-Fatihah untuk adik-adik yang tertimbus dan terkorban dalam tragedi ini. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

  • [...] – Bharian.com.myTerkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat“1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan [...]

  • yas 22 May 2011 at 9:17 am

    Sedih dengan berita ni semalam…
    Entri terbaru yas – Cara buat pages kat bawah header BlogspotMy Profile

  • syahrilhafiz 22 May 2011 at 2:23 am

    baru taw benda ni berlaku tadi..semoga mangsa selamat.
    Entri terbaru syahrilhafiz – Blogspot Untuk SiapaMy Profile

    • akiem 22 May 2011 at 5:40 am

      bru je tau crita tdi…kesian nye diorg…ya allah selamat kn anak2 yatim ini…
      pnjang kn umor mereka..

    • eyra 22 May 2011 at 6:39 pm

      tau dr blog2 je sebab tak sempat tgk berita =.=

  • faiz 22 May 2011 at 1:43 am

    sedih melihat ape yg berlaku pada anak yatim ni…semoga ramai yg selamat..
    Entri terbaru faiz – Pengajaran Dari Hidayah Sham KamikazeMy Profile

  • Nadri 22 May 2011 at 12:35 am

    rasa hiba bila mendengar berita Rumah Anak2 Yatim dilanda tanah runtuh..lagi menyayat hati ada anak2 yatim yang terkorban..semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh2 mereka semua..Amin..

  • akubiomed 22 May 2011 at 12:16 am

    Hujan lebat kebelakangan ini mengundang tanah runtuh. Doakan yang masih hilang diharapkan dapat diselamatkan
    Entri terbaru akubiomed – Masih adakah hari esok untuk akuMy Profile

    • Nadri 22 May 2011 at 12:37 am

      sesapa yg rumahnya berdekatan dgn kawasan tanah tinggi, eloklah senantisa berjaga2..

      • eyra 22 May 2011 at 6:40 pm

        betul tu. b careful utk yg menetap di kawasan2 berisiko utk tanah runtuh

  • zue 22 May 2011 at 12:13 am

    Al- Fatihah utk yg kembali ke rahmatullah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka. Semoga yg masih belum ditemui, dapat ditemuai secepat mungkin dgn selamat. Turut simpati dgn nasib mereka n mcm2 bermain di fikiran ketika ini……

  • Ezy4u 22 May 2011 at 12:06 am

    Takziah kepada semua mangsa…semoga Allah permudahkan proses menyelamat mangsa – mangsa yang masih tertimbus

  • Al-Hikmah 21 May 2011 at 11:20 pm

    Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas anak-anak yang menemui Illahi itu. Mereka pasti akan bergembira, kerana hadis ini, Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak” (hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
    Entri terbaru Al-Hikmah – Siapa kitaMy Profile

  • zulkbo 21 May 2011 at 11:05 pm

    salam..
    Al-Fatihah buat yang meninggal dunia
    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
    mereka..
    :(
    Entri terbaru zulkbo – Gambar Sekitar Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu LangatMy Profile

  • yusri 21 May 2011 at 11:05 pm

    cadangan yang baik juga untuk buat tabung dari bloggers..Saya cadangakn denaihati jadi arranger tabung.pasti ramai setuju.

  • Zida 21 May 2011 at 10:50 pm

    Innalillah. Dekat je tu dengan rumah Zida.
    Tak tahu nak cakap apa, sebab terkedu dengan berita ni.

    Subhanallah.

    *sigh*

    • eyra 22 May 2011 at 6:41 pm

      zida tgk x lokasi kejadian ? :(

  • azura 21 May 2011 at 10:36 pm

    saya baru tahu…moga dipermudahkan pencarian mangsa
    Entri terbaru azura – Nur Kasih The Movie terbaikMy Profile

  • suria 21 May 2011 at 10:22 pm

    allah lebih mengertahui segala apa yg berlaku amin…..ya rabbalalamin.syukur.

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network