Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ini aku dan beberapa teman investor melawat projek ternakan ikan Arowana yang kami usahakan di Hulu Langat. Setelah selesai makan tengahari kami pulang melalui jalan batu 14, Hulu Langat. Jalan agak sesak dan tiba-tiba beberapa ambulance bergegas pantas menuju jalan yang bertentangan. Terdetik dihati apakah yang telah berlaku, mungkin kemalangan jalanraya.

Segalanya terjawab apabila terbaca Breaking News, kisah sedih tragedi Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

 

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian – Bharian.com.my

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. “Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya – Bharian.com.my

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan – Mstar.com.my

5. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini – Bharian.com.my

6. Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus – Bharian.com.my

Klik @ Berita Terkini Tragedi Tanah Runtuh

 

[ad#eQurban300]


Spread the love

53 Comments

  1. same2 la mendoakn agar mangsa2 len dpt dcari….sedih plak tgk gmbr mereka…bagai jatuh ditimpa tangga….al-fatihah kpd yg mangsa yg pergi ke rahmatullah….yg masih hidup harus teruskn perjuangan….

  2. Al fatihah untuk semua mangsa2 dan dimati
    semoga dipermudahkan segala urusan
    dan disihatkan tubuh badan mereka yg cedera
    kepada yang telah pergi insyaAllah
    Allah lebih mengasihi mereka…
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Daun sirih penawar batukMy Profile

      1. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menguji di antara hamba-hambaNya, siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya? Siapakah di antara hambaNya yang mau menyikapi musibah tersebut dengan rasa sabar dan rela atas takdir yang telah ditentukanNya, dan siapakah diantara mereka yang tetap istiqamah sekalipun musibah demi musibah selalu menerpa silih berganti seakan-akan tidak pernah ada kesudahannya.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Surat Kecil Untuk TuhanMy Profile

  3. Al-Fatihah utk yg meninggal. Kita doakn supaya mereka diselamatkan & dilindungi oleh Allah. Amin.

  4. Salah seorg anak yatim disitu adalah anak kepada seorg guru tadika.Setakat ini masih belum ditemui.Semoga beliau tabah..

  5. sedikit update pada entri Gambar Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa http://bit.ly/iSRQWy

    – Seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
    – Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
    – Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
    – Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
    Curahan rasa suffer8zine @ ..Gambar Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-TakwaMy Profile

  6. baru je lalu area tu tadi,antar student balik rumah..ingtkn accident.bila tgk fb, twitter.baru tau tanah runtuh..kesiannye..smoga budak2 tu slamat..huhu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!