Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ini aku dan beberapa teman investor melawat projek ternakan ikan Arowana yang kami usahakan di Hulu Langat. Setelah selesai makan tengahari kami pulang melalui jalan batu 14, Hulu Langat. Jalan agak sesak dan tiba-tiba beberapa ambulance bergegas pantas menuju jalan yang bertentangan. Terdetik dihati apakah yang telah berlaku, mungkin kemalangan jalanraya.

Segalanya terjawab apabila terbaca Breaking News, kisah sedih tragedi Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.

rumahanakyatimaltakwa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.

mangsatanahruntuh Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

 

mangsatanahruntuh1 Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian - Bharian.com.my

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. ”Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya – Bharian.com.my

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan – Mstar.com.my

5. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini – Bharian.com.my

6. Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus - Bharian.com.my

Klik @ Berita Terkini Tragedi Tanah Runtuh

 

[ad#eQurban300]

Istimewa di denaihati.com
  • amie7834 27 October 2011 at 1:20 pm

    dugaan Allah….Al-Fatihah…
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  • hafizal 17 June 2011 at 2:58 pm

    sedekah al fatihah kepada mangsa yg terlibat, kalo ada yg sudi menderma boleh lah menderma kepada mangsa
    Entri terbaru hafizal – Pelancaran Motosikal elektrik pertama l Modenas CTricMy Profile

  • zainal 24 May 2011 at 6:02 pm

    Salam…

    al-fatihah kepada yang pergi…

    dari allah kita datang…kepada allah kita kembali..
    Entri terbaru zainal – Backup &amp Restore Your Computer Drivers Using Double DriverMy Profile

  • Princess 23 May 2011 at 12:46 pm

    doa ku, semoga Allah memberi pahala dan ganjaran yang terbesar kepada mereka yang ditimpa musibah ini.. hanya Allah Maha Mengetahui. ketahuilah, sesiapa yang bersabar, maka Syurga adalah untuknya.. ameen.

  • rumah dijual 23 May 2011 at 11:35 am

    semoga orang2 yang terkena musibah di beri ketabahan,,, amien,,

  • lynn 23 May 2011 at 11:19 am

    ya allah tempatkan lah mereka di tmpat org yg beriman,bagi yg terkorban.dan semoga lebih ramai lagi dpt di selamatkan.amin

  • Siti Lyana 23 May 2011 at 10:25 am

    alfatihah untuk adik² ini…
    tribute untuk mangsa dan ahli keluarga,
    Wajah-wajah suci itu.
    Entri terbaru Siti Lyana – Wajah-wajah suci ituMy Profile

  • Sobri Mansor 23 May 2011 at 9:11 am

    Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang pergi. Semoga mereka ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
    Entri terbaru Sobri Mansor – Balik kampung!!!!! Oooo balik kampung!!!!My Profile

  • Adilla Harun 22 May 2011 at 8:02 pm

    Menyayat hati dan pilu dengan kejadian ini. Apakan daya, ini ketentuan dan walau perit harus diterima dan diredhai.

    Untuk kita, pasti ada iktibar dan pengajaran yang boleh diambil. Sesuatu kejadian itu pasti bersebab. Tinggal kita memikir dan mencarinya. Demi memperbaiki kehidupan.

  • eyra 22 May 2011 at 6:43 pm

    takziah untuk keluarga mangsa

  • Trajedi Tanah Runtuh; Rumah Anak-Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat 22 May 2011 at 11:07 am

    [...] rakan-rakan blogger prihatin seperti Denaihati, IsmailN dan AkuBiomed telah membuat entri berkenaan dengan kejadian tanah runtuh ini diblog [...]

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network