Alhamdulillah penerbangan kali ke 2 untuk tahun ini bersama AirAsia semalam berjalan lancar dan tiada menundaan seperti yang selalu aku alami di tahun-tahun yang lepas. Penerbangan berlepas tepat pada waktu yang dijadualkan pada jam 10.40 pagi. Setelah mengharungi penerbangan lebih dari 2 jam aku sampai ke destinasi. Seperti biasa aku membuat tempahan hotel di Airport sebab boleh dapat diskaun yang boleh tahan banyak (ni rahsia untuk dapat diskaun hotel walau kemana kita melancong).
Aku tidak dapat hotel yang aku inginkan sebab dan penuh. Jadi terpaksalah aku pilih hotel lain dan aku dicadangkan stay di Amari Watergate Hotel. Perjalanan dari Airport ke hotel memakan masa lebih 1 jam. Setelah check in aku selesaikan kewajipan solat Jamak Zuhur dan Asar sebab selepas ni aku nak meeting dengan non muslim dan tak tahu berapa lama. Selesai solat aku bergegas ke lokasi meeting yang jauhnya lebih kurang 20 minit berteksi.
Perbincangan kami berlanjutan lebih 5 jam. Nampak gaya ada prospek bisnis yang bagus untuk permulaan 2010 ni tetapi banyak lagi perbincangan perlu dibuat. Aku juga telah di offer untuk menjadi Pengarah sebuah syarikat Event Management yang beribu pejabat di Damansara, rezeki anak-anaklah ni. Berjaya atau Gagal soal ke dua yang penting HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Selepas meeting aku dan seorang lagi teman yang lain yang kebetulan bercuti ditempat yang sama keluar untuk makan malam.
Lebih 1 jam kami mencari restauran HALAL. Yang jadi masalah ramai pemandu teksi dan TUT TUT tak berapa faham bahasa English. Akhirnya kami berjumpa juga dengan restauran India Muslim. Setelah makan kami berjalan-jalan untuk menikmati suasana malam di bandaraya yang sungguh sibuk ini. Laaaa rupanya di belakang restauran India Muslim ni adalah Arab Street yang ada berpuluh-puluh restauran makanan HALAL. Jadi aku tahu next trip, aku mesti stay di kawasan ini dan hotel yang terdekat adalah J.W Marriot.
Dalam kesibukan meeting dan mencari makanan HALAL di negara bukan Islam fikiran aku sentiasa teringat pada entri baru Hidup Berani Untuk Gagal. Aku berharap sangat supaya ada yang membantu aku membuat pilihan untuk entri yang paling disukai oleh pembaca. Sekembali aku ke hotel perkara pertama yang aku buat adalah melayari blog. Alhamdulillah syukur sungguh diluar jangkaan sudah ramai yang telah membuat pilihan. Tak kurang juga ada blog yang tersenarai telah membuat promosi untuk entri mereka. Pemilihan entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL akan berlansung sehingga 11.59 pm 7/2/2010, semuga teman-teman mengambil kesempatan untuk memilih 5 yang paling disukai. Hari ini kita membantu memilih mungkin besok lusa orang lain akan membantu kita pula. Bagi yang berkesempatan jangan lupa promosi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, mungkin ini juga peluang terakhir untuk meningkatkan ranking dalam google.com dan google.com.my. Teruskan memilih entri yang paling ANDA sukai @ HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Selamat berjaya semua ….HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
~penGOMEL pertama~
Yangbaik – Suka Duka Pentas Dunia
68 Comments
melancong ke mana nih…??
Nak kena teka ni… bro DH ni banyak jer negara dia lawati.. memang best la.
Satu-satunya orang yang tidak membuat kesalahan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Jangan takut kepada kesalahan, dengan syarat anda tidak mengulangi kesalahan yang sama.
.-= Bang Iwan´s last blog ..FILM OBAMA ANAK MENTENG =-.
Betul tu.. supervisor saya turut cakap macam tu.. asalkan tidak mengulangi benda yang sama.
Curahan rasa Steward John @ ..Generate income with Twitter
hidup memang harus beranni untuk gagal supaya bisa berhasil
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Iya.. tapi kadang2 saya juga tidak mau gagal untuk percubaan pertama.. mau saja benda tu agar tidak ada cacat cela.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
Jika anda telah mencoba dan menemui kegagalan; jika anda telah merancang dan menyaksikan rancangan anda hancur di depan mata; ingat saja bahwa tokoh-tokoh besar dalam sejarah semuanya menjadi besar karena keberanian, dan keberanian, tahukah anda, lahir dalam buaian kesusahan.
.-= Bang Iwan´s last blog ..FILM OBAMA ANAK MENTENG =-.
Yer betul tu bang iwan.. ramai saja tokoh dekat luar tu gagal berkali2 tapi tetap berjaya juga..
Curahan rasa Steward John @ ..Generate income with Twitter
Comments are closed.