Alhamdulillah penerbangan kali ke 2 untuk tahun ini bersama AirAsia semalam berjalan lancar dan tiada menundaan seperti yang selalu aku alami di tahun-tahun yang lepas. Penerbangan berlepas tepat pada waktu yang dijadualkan pada jam 10.40 pagi. Setelah mengharungi penerbangan lebih dari 2 jam aku sampai ke destinasi. Seperti biasa aku membuat tempahan hotel di Airport sebab boleh dapat diskaun yang boleh tahan banyak (ni rahsia untuk dapat diskaun hotel walau kemana kita melancong).
Aku tidak dapat hotel yang aku inginkan sebab dan penuh. Jadi terpaksalah aku pilih hotel lain dan aku dicadangkan stay di Amari Watergate Hotel. Perjalanan dari Airport ke hotel memakan masa lebih 1 jam. Setelah check in aku selesaikan kewajipan solat Jamak Zuhur dan Asar sebab selepas ni aku nak meeting dengan non muslim dan tak tahu berapa lama. Selesai solat aku bergegas ke lokasi meeting yang jauhnya lebih kurang 20 minit berteksi.
Perbincangan kami berlanjutan lebih 5 jam. Nampak gaya ada prospek bisnis yang bagus untuk permulaan 2010 ni tetapi banyak lagi perbincangan perlu dibuat. Aku juga telah di offer untuk menjadi Pengarah sebuah syarikat Event Management yang beribu pejabat di Damansara, rezeki anak-anaklah ni. Berjaya atau Gagal soal ke dua yang penting HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Selepas meeting aku dan seorang lagi teman yang lain yang kebetulan bercuti ditempat yang sama keluar untuk makan malam.
Lebih 1 jam kami mencari restauran HALAL. Yang jadi masalah ramai pemandu teksi dan TUT TUT tak berapa faham bahasa English. Akhirnya kami berjumpa juga dengan restauran India Muslim. Setelah makan kami berjalan-jalan untuk menikmati suasana malam di bandaraya yang sungguh sibuk ini. Laaaa rupanya di belakang restauran India Muslim ni adalah Arab Street yang ada berpuluh-puluh restauran makanan HALAL. Jadi aku tahu next trip, aku mesti stay di kawasan ini dan hotel yang terdekat adalah J.W Marriot.
Dalam kesibukan meeting dan mencari makanan HALAL di negara bukan Islam fikiran aku sentiasa teringat pada entri baru Hidup Berani Untuk Gagal. Aku berharap sangat supaya ada yang membantu aku membuat pilihan untuk entri yang paling disukai oleh pembaca. Sekembali aku ke hotel perkara pertama yang aku buat adalah melayari blog. Alhamdulillah syukur sungguh diluar jangkaan sudah ramai yang telah membuat pilihan. Tak kurang juga ada blog yang tersenarai telah membuat promosi untuk entri mereka. Pemilihan entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL akan berlansung sehingga 11.59 pm 7/2/2010, semuga teman-teman mengambil kesempatan untuk memilih 5 yang paling disukai. Hari ini kita membantu memilih mungkin besok lusa orang lain akan membantu kita pula. Bagi yang berkesempatan jangan lupa promosi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, mungkin ini juga peluang terakhir untuk meningkatkan ranking dalam google.com dan google.com.my. Teruskan memilih entri yang paling ANDA sukai @ HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Selamat berjaya semua ….HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
~penGOMEL pertama~
Yangbaik – Suka Duka Pentas Dunia
68 Comments
Setuju bro.. mmg ramai penyertaan.. contest ni lah aku rasa contest paling best.. hope lepas ni akan ada lg contest seperti ini..
.-= Azuan´s last blog ..Petua Cara Menghilangkan Bau Badan =-.
hm, arab street? kat singapore kot…huhuhu
.-= lizz´s last blog ..Jangan Salahkan Pembantu Rumah Kalau Begini Kisahnya =-.
@lizz, betul tu ada Arab street kat Singapore. Aku pun pernah pegi Arab Street di SG 2-3 tahun dulu.
Pengarah ape bro?syarikat pasal ape?
tahniah bro
.-= fakhri´s last blog ..10 Possible Ways For You To Stop Smoking =-.
@fakhri, syarikat event management ni selalunya uruskan majlis besar atau kecil.
maaf lah, untuk contest tu aye tak nak ngundi… huhuhu… dah promote, sekarang tunggu dan lihat… apa pun keputusannya pastinya itu keputusan yang terbaik. dapat masuk dalam 28 terbaik dari 100 yang terbaik… 😛
.-= yangbaik´s last blog ..sakit mata… jiwa sengsara… apa orang kata … pedulikah kita? =-.
@yangbaik, undilah kenapa pulak tak undi… 1 undi tu kan sangat berharga.
dah hampir ke penghujung contest rupanya. masih belum sempat buat pilihan entri terbaik.
.-= beliamuda´s last blog ..Hai, Nama Saya beliamuda =-.
@beliamuda, jangan lupa undi ya kalau boleh 5 sekali.
tak sbr nk tggu contest ni tamat..hehe
.-= x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU =-.
@x-po, tinggal beberapa hari je…kena maintain position tu
huh! bestnya ke negara orang ni. boleh tengok budaya dan faham bahasa.. hehe..
.-= arynet´s last blog ..Meringkaskan Paparan Mybloglog Widget =-.
@arynet, betul tu kita boleh belajar macam2 dan baru terasa dunia ni sebenarnya terlalu luas dan ada ramai manusia yg memerlukan bantuan.
@denaihati, Bila kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, lebih menusuk kalbu …
syukur dgn apa yg kita ada kini.
.-= Precious´s last blog ..Bila Isteri Cium Suami =-.
besh yer bekerja sambil mengenal tempat orang kali ni ke mana???? bangkok eh???? 😆
.-= kuyie´s last blog ..Golden Ring ( Sun eclipse) =-.
@kuyie, kena teka tu kat entri terbaru…jauh perjalanan luas pandangan
wah, best gila keje boleh melawat negara org skali. hehe, hidup berani untuk gagal sentiasa bersama kita.
.-= mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa =-.
@mohdisa, memang best sebab kita boleh belajar macam2 ilmu baru dan belajar kesungguhan mereka untuk meneruskan kelansungan hidup tanpa subsidi.
@denaihati, betul tu. sebelum ni aku juga ada melawat negara tembok besar. mmg jauh berbeza dari negara kita. cuba bygkan nak isap rokok pun menakutkan. susah nak nampak rakyat dorang isap rokok.
.-= mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa =-.
Eh, kali ni tak ada kuiz teka tempat ke? Mana tau dapat lagi satu hadiah drp tempat baru – keychain ke … hihihiiii!
.-= Precious´s last blog ..Anak Cucu Aku kat Sekolah =-.
@Precious, mesti ada dah kuar pun dalam entri terbaru…teka jangan tak teka…
@denaihati, Sudah teka daaaa … tapi sudah terlambat gak! Dah ada ramai yg teka lebih dulu.
semalam agak busy. hihiiiii!
.-= Precious´s last blog ..Jenazah Terbiar =-.
berani mati tak mati… bila leranda dibawa barulah bercucuran airmata….
.-= matjoe´s last blog ..World Cup Trophy Tour =-.
@matjoe, usaha mesti dibuat bukan sahaja untuk akhirat tetapi juga untuk dunia seperti azan yg sering kita dengar 5x sehari.
maaf, nak gelak kejap huehehehe.. patutlah, kalau saya klik entri hidup berani untuk gagal, denaihati selalu ada di google. Rupanya, ini yang dinamakan “nembak keyword” kata orang Indonesia.. saya dah kalah saing nih hehehe…
promosi lagi lah, mumpung masih ada waktu 🙂 selamat bekerja encik. Semoga berjaya, selamat pergi dan selamat kembali. Insya Allah..
.-= anazkia´s last blog ..Mohon Bantuan, Sahabat Blogger Semua =-.
@anazkia, inilah ILMU baru ikut serta contest ini. Aku dulu ada pengalaman yang sama.
@denaihati, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Huh … manalah link Precious kat google tu? Hilang ghaib. Mana dia? huhuhuuuuuu
.-= Precious´s last blog ..Jenazah Terbiar =-.
hehe.. bestnya bekerja sambil melancong.. 😛
.-= Mr.Bintang´s last blog ..Pilihan Raya Kecil Dun Gunung Denai, 28 Calon Bertanding =-.
@Mr.Bintang, sudah tiba kita orang Melayu untu tidak hanya main dalam gelangang, di luar tu sungguh banyak peluang.
Jadi Pengarah! Semoga berjaya bro! Semmangnya ramai yang mendapat manfaat dari HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
.-= zuls´s last blog ..Twitter : Antara Follower dan Kawan =-.
@zuls, insyallah YAKINlah contest BERANI UNTK GAGAL ini akan memberi manafaat jangka panjang bukan sahaja kepada blogger malah lebih daripada itu..
salam…
wah dah sampai sana…. kat mana plak nih?
.-= yangbaik´s last blog ..sakit mata… jiwa sengsara… apa orang kata … pedulikah kita? =-.
@yangbaik, kat Thailand kot tu.. 😀
.-= zuls´s last blog ..Twitter : Antara Follower dan Kawan =-.
@yangbaik, tahniah jadi penGOMEL pertama..kat mana kena TEKA tu..
@denaihati,
at last… jadi juga pengomel pertama 😆
tak moh teka… 😕
.-= yangbaik´s last blog ..The Most… 10 words… =-.
Comments are closed.