Tak sangka Blogger Lavender Mummy penipu dunia siber

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca berita Lavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.

gambar lavender mummy tipu ustaz kazim

Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.

Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.

pelaburan penipuan Cheeze Maz

Daripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.

projek solat lavender mummy
Apalah status projek solat suci ini

Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza MazIsabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.

Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.


Spread the love

595 Comments

  1. sepandai-pandai tupai melompat yang akhirnya jatuh ke tanah juga, begitu juga dengan lavender mummy, dimana penipuan beliau menggunakan nama ustaz kazim untuk pelayaran star cruise bersama peminat berjaya dikesan dan ianya adalah satu penipuan yang memang tidak boleh dimaafkan sebenarnya!
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  2. untuk pengetahuan semua, kak maz bukan hanya hadir pada satu-satu nama sahaja, nampaknya kak maz hadir dalam pelbagai nama seperti lavender mummy atau nama sebenar beliau nurzusilawati nadzri juga dikenali sebagai cheezemaz, isabella azry, mahligai gading, issabella cute dan juga lavender adzry jr!
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!