Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.
“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”
Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.
Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.
Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.
Untuk menjawab soalan di atas
Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.
Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
131 Comments
ada juga yang terlampau mimpi tinggi dengan menulis blog pada saat tak tercapai tak ada lagi niat nak menulis blog
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
kadangkala penyelesainnya adalah mudah dan terletak pada hati kita sendiri, menulis kerana apa.. itu yang menjadikan kita lebih bersemangat lagi nak menyampaikan sesuatu perkara..
terima kasih di atas nasihat..
ok entri ni memang sesuai untuk DT.
haha.
sekejap ada sekejap hilang.
tapi kali ni memang dah target sampai ke hujung nyawa.
untuk menjadi blogger fitness
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
Betul tu. Bila terlampau fokus pada income dari blog ni la yang akan menyebabkan kita jadi malas nak update blog kalau blog tu belum dapat menjana pendapatan. Saya pun masih lemah tentang selok belok SEO tapi tetap praktikkan juga yang mana saya tau supaya suatu hari nanti blog saya mampu memberi suatu kelainan kepada blog-blog yang sedia. Semoga semangat saya untuk menulis blog sentiasa membara…hehe…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in Malaysia
Satu nasihat yang sangat bernas..
Saya juga berharap dapat menulis dengan jiwa supaya blog ada kekuatan yang tersendiri..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Rasa bosan ketika ngeblog itu merupakan hal yang wajar, sekarang tinggal bagaimana kita pandai2 untuk membawa suasana agar tidak menjadi semakin bosan. Saya kira meninggalkan aktivitas blog selama kurang lebih seminggu is okelah, asal jangan sampai kelamaan karena kuatirnya kebablasan. Hahahaha…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Menanti Hadirnya Akses Jaringan Internet Cepat Pontianak dari XL 4G
Lepak kat blog atau menulis blog tidak pernah rasa bosan..
Kalau main FB tahan sehari dua.. Lepas tu dah rasa tak seronok
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
ya benar setuju dengan tulisan diatas tak perlu sempurna untuk di post, karena cukup berbeda dengan yang lain atau bahasa laiinnya ngga copy paste orang akan lebih menghargai usaha bloger itu sendiri
Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule Tomang
Saya pernah tulis blog guna cara copy and paste menggunakan kredit pada penulis asal..
Apa yang saya dapat tak seronok dan tak biarpun artikel tetersebut pada halaman pertama Google.
Tulis tak de jiwa
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
yea..saya pun kena latih diri belajar menulis dengan jiwa..
Curahan rasa nikrohayu @ ..BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Saya pun berimaginasi tulis blog masa dah kaya raya..
Mesti tulisan ada jiwa kekayaan dan orang baca lebih seronok..
Doakan kekayaaan saya..
Aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Setuju dengan “ada idea terus tulis, tak perlu tunggu sempurna”. Bila asik nak touch-up, penyudahnya tak “publish” pon.
Curahan rasa Faezah @ ..Suplemen Asas Shaklee Untuk Anda Yang Bebas Penyakit Tapi Nak Jaga Kesihatan
Saya pernah tulis 4 artikel blog dalam sehari.. Memang letih juga sebab banyak berfikir dan mengkaji teknik SEO..
Bila fikir balik bagus tulis blog satu artikel satu hari..
Masa selebihnya buat blogwalking dan sebagainya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Comments are closed.