Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman di Jabatan Pendaftaran Negara.“, pengalaman Abang dan famili bukan pengalaman orang lain. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebagai blogger yang sudah lama dalam industri sejak 2006, Abang selalu mendapat PM daripada rakan blogger untuk dapat nasihat. Antara pesanan yang menarik adalah.
“Lama dah tak menulis blog. camana nak dapat jiwa menulis blog macam dulu-dulu.”
Majoriti blogger begini jadi suam suam kuku apabila terlalu fokus pada buat duit dengan blog. Mereka cuba nak mencontohi blogger-blogger glamour yang buat review sana, buat review sini dengan gambaran pendapatan yang lumayan daripada blog. Memang benar ada blogger yang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga bertukar status menjadi pelakon dan usahawan terkenal, tetapi bukan semua bernasib baik seperti itu.
Abang kenal blogger di utara, tengah dan selatan yang tidak terkenal tapi buat lebih banyak banyak duit dengan blog dan paling penting pendapatan mereka istiqomah tidak mengikut musim. Apabila selami jiwa blogger-blogger ini rupanya fokus mereka bukan pada duit tapi duit datang tanpa diundang dengan strategi yang betul. Skill mereka menulis blog dengan betul mengikut kehendak SEO yang ada jiwa bukan robot dan mendakwah ilmu dalam setiap penulisan menyebabkan mereka terus berada dalam industri. Prinsip penulisan blog yang betul menjadi magnet kepada duit kerana banyak syarikat yang memerlukan khidmat mereka tapa perlu diheboh kepada dunia.
Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita menulis dengan baik sebenarnya ramai yang memerhati bukan sahaja melalui engine carian Google malahan dari rakan industri. Banyak syarikat yang minta Abang cadangkan blog-blog yang bagus mengikut niche keperluan mereka.
Untuk menjawab soalan di atas
Bila ada idea menulis terus catat jangan tunggu sempurna. Amalkan sentiasa menggunakan aplikasi note yang ada pada smartphone anda untuk mencatat idea entri baru atau catat ringkas di status FB yang kemudian boleh dikembangkan dalam penulisan blog.
Blog boleh bekerja untuk kita bila betul caranya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
131 Comments
Sekarang ini semangat nak menulis datang kembali apabila terbaca artikel di blog Denaihati.
Moga ada kejiwaan selepas ini.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kena bersihkan jiwa dulu selepas ini, lepas tu barulah boleh tulis blog.
Jiwa yang kosong, nak tulis apa-apa pun jadi tunggang-langgang.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bagus info Abg Denaihati. Tambah ilmu bila baca info2x cmnie. :D.
Setuju sangat dengan Abang Denaihati. Tip paling ringkas. Ada je idea, antara tempat yang boleh kita buat catatan ialah di fb profile. Bukan sahaja akan menghasilkan engagement di facebook, malah kita dapat buat rujukan di kemudian hari dan kembangkannya dalam bentuk penulisan artikel yang lebih bermaklumat.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?
Tetapi banyak juga yang dicatat di nota namun bila sampai kat rumah, sangat sukar nak mulakannya, yakni nak tulis artikel di blog tentang nota tersebut.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bukan senang nak dapat duit dengan blog. Pada peringkat awal jadikan benda lain sebagai target.
Curahan rasa Aneka Resipi @ ..Resepi Gulai Lemak Udang
Ramai yang setuju, bukan senang nak dapat duit dengan blog. Hanya yang betul-betul ada jiwa penulis boleh dapat.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bila bc tajuk, ingat bro da nak stop menulis. Ramai da terkejut tuh hihi …
Nasib la ni cite pasal blogger yg patah hati.
Curahan rasa Suri @ ..Baju Raya 2017 – Kurung Moden Songket
Saya pun berfikiran begitu juga. Ingatkan Tuan Denaihati nak berhenti menulis blog, rupanya bercerita pasal penulis blog tsk ada jiwa. ha… ha…
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
bila ada idea tu terus je tulis tulis dan tulis. kemudian rephrase balik apa kita tulis tu. saya ambil masa kurang kurang 1 jam tuk tulis entri. dan pernah habiskan satu hari untuk 1 entri sahaja.
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
Tulah…kadang-kadang ambil masa yang lama nak tulis blog. Ada pun sampai seminggu tak tulis artikel di blog. Kalau tak ada jiwa susah nak naik kembali semangat.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Betul2..bila ada idea catat dulu dlm note..nanti boleh karang lg untuk buat blog. Nak buat blog yang sempurna perlukan latihan.
Alhamdulillah, dengan blog lah saya mam0u menjana pendapatan.
Betul kata Tuan Amir, biar blog yang bekerja untuk kita
Curahan rasa MeqZa Abdul Rahman @ ..Hotel in Kuala Lumpur yang Unik dan Menjadi Tarikan Pelancong.
Tahniah Meqza Abdul Rahman.. banyak kelebihan yang dimiliki oleh seorang penulis blog dalam menjana pendapatan..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Cuma kena ada ilmu dan rajin berkongsi peluang2 yang ada dengan pembaca..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
In Shaa Allah, untuk tahun 2016 ni saya akan tinggalkan fbads sepenuhnya. dan akan lebih fokus kepada blog..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
terbaik! moga terus sukses dalam dunia blogging. satu pipeline income yang bagus 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
Idea ada cuma masa tsk ada, asal saja nak menulis terus tertidur. Penat kerja cari rezeki. Pagi kerja buat kek, malam jual nasi lemak pandan Mieeza.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Rajin betul tuan Kamil Salleh.. kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh tuan Kamil Salleh..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Tak sia-sia tuan Kamil Salleh berhijrah dari Kelantan ke Kuala Lumpur.
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Semangat yg ditunjukkan oleh tuan Kamil Salleh seharusnya dicontohi oleh generasi muda..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Saya sekarang ni tidak cukup masa untuk menulis artikel blog disebabkan tidak cukup masa. Malam kerja, siang pun kerja. Cuti-curi je tulis blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
tuan kamil, mohon ambil masa sikit untuk tolong saya lagi. double pun ok ni.
Curahan rasa raihanah @ ..9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Waspada
Memang betul, nak menulis kena dengan jiwa. Tulis dengan bakay semulajadi ditambah dengan pembacsan kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Ramai juga terkena sindrom kenadotan kini…kena panggil nadot pulang ke Malaysia untuk kasi penawarnya..hehehe
Curahan rasa eyriqazz @ ..Sate Lanang Jabi, Terengganu
Tula…lama tulis blog…tapi kalau pikir nak tulis sesuatu yang sempurna memang tak dapat tulis apa2..
Curahan rasa Bagaimana Malaysia @ ..Review Harga Microwave Malaysia 2017 (SENARAI TERBAIK)
Kesempurnaan tak kan datang dengan sekelip mata.. perlukan latihan demi latihan.. itupun belum tentu lagi boleh betul2 sempurna
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Tinggal FBAds!!
Comments are closed.