Syaaban dan kelebihannya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semenjak bulan Rejab lagi blog ini telah didatangi oleh pengunjung yang mencari informasi tentang kelebihan bulan Syaaban. Sejak seminggu yang lepas kehadiran mereka semakin ramai melebihi 200 sehari. Alhamdulillah sebelum ini ada 2 entri tentang Syaaban jadi tidaklah mengecewakan mereka.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.

Begitulah hebatnya ganjaran apabila kita perbanyakkan membaca selawat di bulan Syaaban. Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan Syaaban tetapi cukuplah aku kongsikan satu yang penting amalkan dengan Istiqamah. Jangan lupa Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban.

Ceramah Ustaz Jamaluddin Wahab boleh menambah ILMU kita …


Spread the love

48 Comments

  1. Bulan shaaban adalah bulan persiapan bg kita untuk menemui bulan ramadhan.. disunatkan juga kita berpuasa di bulan syaaban iaitu.. ketika awal bulan pertengahan bulan dan juga akhir bulan syaaban..
    Curahan rasa Chipcoklat @ ..Tips Memilih AndroidMy Profile

  2. Terima kasih banyak atas segala info di atas.remang bulu roma bila membacanya.Maha suci ALLAH yang maha berkuasa di atas segala gala yang dikehendakiNYA.Betapa kerdilnya kita manusia ciptaanNYA.Moga kita sentiasa dalam pemeliharaanNYA di dunia apa lagi di akhiratNYA.

  3. Bulan penuh krmulian bulan syaban,mnantikan pula bulan ramadan pnuh krmulian

    btw sy rasa blog denaihati pakai wp touch senang sikit nk komen ni..hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!