Susu Ibu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tak sangka entri Botol Susu Polikarbonat lebih baik mendapat sambutan daripada pembaca. Ramai yang memberi pandangan dan alasan cuma tak ramai yang sentuh tentang Ibu Susuan yang sebenarnya nak aku ketengahkan. Berikut adalah antara perbincangan yang berlaku :

Ekprsiruang : Saya setuju yg susu terbaik adalah susu ibu. saya pon bakal menimang cahaya mata bila2 masa. harap2 anak saya tak minum susu lembu. didikan awal dah dari lembu. sebab tu yg menjadikan anak-anak kita bermentaliti mcm kaum tu skg ni, bg susu ibu baru jd insan.

Impianhati : Belum dpt anak lg dah pandai ckp ye…tp kena ingat x kan umur anak dah 3 thun masih nak guna susu cap gantung…lg pulak 3 tahun dah ada adik. x kan nak bergilir plak dgn adik…lg pun susu ibu sebaiknye smpai umur 2 tahun je…saya dah 3 org anak, lain kali jgn pandai cakap je…fikir2kan bila dia dah berumur 3 tahun x kan x nak bagi minum susu lembu. Lau ada susu jenis lain cuba cadangkan pada saya. Sori lau u all terasa k. Lain kali ckp fikirkan prasaan org lai same ye…terima kasih…

Aku : Dah besar guna cawan lebih baik daripada guna botol susu. Susu yg terbaik susu kambing selepas susu ibu

Impianhati : Betul…tp kalau dgn cwn x nak minum nak wat mcmn lagi? x kisah la susu lembu ke susu kambing ke. janji anak nak minum susu… Bkn semua kanak2 bleh terima cawan. Tp ape pun x kisah la…masing2 punye pendapat…lau nak ambik smua org punye pndpat kita boleh jd bingung….

Princesseryna : Ku mmg bg susu ibu.. tp kite bekerja 9 jam sehari… mase bile kite nak blk nyusu kn anak?… kite terpaksa gak boh dlm botol kn?… nak anto g umah pengasuh pun… mmg bg susu ibu…. cume boh dlm botol jerr…

Tak boleh nak salahkan juga wanita-wanita moden ini kerana Kerajaan pun tidak pernah ambil insentif untuk mempromosi konsep IBU SUSUAN sebagaimana Allah SWT telah tunjukkan melalui cara Rasulullah SAW dibesarkan apabila bondanya Siti Aminah tidak mampu menyusukan Baginda.

Sayangilah Anak Kita

Bagi yang perihatin dengan sekeliling pasti kita dapat melihat beza anak yang diberi susu badan sempurna berbanding dengan anak yang diberi susu lembu. Dalam zaman modern dengan propaganda Yahudi yang sangat kuat untuk memastikan manusia menyusukan anak dengan susu lembu bagi menghasilkan generasi yang lemah memang mujahadah untuk memastikan anak mendapat susu ibu. Tapi bila ibubapa tidak mahu berkorban dan berusaha mencari jalan bagaimana untuk memastikan anak mendapat susu ibu maka hasilnya memang tak baik seperti komen berikut :

Sejenjang : Orang kita yang mengaku Islam tulin,tetapi tidak mengamal sunnah Rasullullah. Orang kita yang lebih-lebih dalam semua hal, tengoklah apa dah jadi, bila anak orang lain ke menara gading, anak kita merempit, ambil dadah, merompak menyamun. bila ditegur,  marah.semua hal orang kita lebih tetapi tidak mahu ditegur dan dinasihat.konon orang Islam,tetapi perangai macam syaitan.

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).

Jika kita sayangkan generasi masa depan dengan ini aku mencadangkan kepada PM DS Najib Razak supaya mengerakan usaha mempromosi konsep IBU SUSUAN sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walaupun ada melihat ini isu kecil tetapi insyallah ianya merupakan satu cara untuk mengatasi masalah masyarakat yang semakin menjadi-jadi.

Sayangilah anak kita yang merupakan pelaburan besar di akhirat kelak. Dunia sekelip mata akhirat kekal abadi.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

41 Comments

      1. Berbeda dengan susu formula yang diistilahkannya sebagai cairan mati, penyerapan nutriennya sangat tergantung pada enzim penyerapan yang jumlahnya dalam usus bayi masihlah sedikit. Asal tahu saja, 1 sendok teh kolostrum memiliki nilai gizi sesuai dengan kurang lebih 30 cc formula. Usus bayi dapat menyerap 1 sendok teh kolostrum tanpa ada yang terbuang, sedangkan untuk 30 cc susu formula yang diisapnya, hanya satu sendok teh sajalah yang dapat diserap ususnya. Sisa susu formula yang tidak terserap akan menjadi sampah dalam usus bayi
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gunung Karangetang MeletusMy Profile

        1. Menyusui bukanlah sekadar memberi makan, tapi juga mendidik anak.

          Sambil menyusui, eluslah si bayi dan dekaplah dengan hangat. Tindakan ini sudah dapat menimbulkan rasa aman pada bayi, sehingga kelak ia akan memiliki tingkat emosi dan spiritual yang tinggi. Ini menjadi dasar bagi pertumbuhan manusia menuju sumber daya manusia yang baik dan lebih mudah untuk menyayangi orang lain.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Gunung Karangetang MeletusMy Profile

  1. melalui kajian susu ibu sudah ada antibiotik tuk anak..cuba anda fikirkan susu lembu messti lah antibiotik itu untuk spesis lembu..

    jadi bersamalah memerangi kanser payudara dan amalkan susu ibu.. (anak sahaja..utk bapak lain entry wahaah)
    Curahan rasa mijae @ ..Betulkah aku lahir dalam bulan aprilMy Profile

  2. Hello temen2. Anda mencari sesuatu?ato blog maw terkenal? TUKERAN LINK aN saliNg FolloW yuks.
    @admin maw tukar link? enggak? ditunggu di blogq

  3. apa2pun ibu susu merupakan susu yang paling baik berbanding susu2 lain…

    Free2 Jom Bergelak Ketawa Dengan Kisah2 Kelakar Dan Teka-Teki..Klik Sini.

  4. Salam…
    Alhamdulillah, anak saya terhindar dari susu lembuh atau kambing. Menyusu penuh 2 tahun setengah. Lepas tu minum air masak je sampai skrg usia 3 tahun setengah. Susu kambing ke lembu ke, langsung dia tak nak minum. Alternatif lain, bagi makan nasi je la.
    Kalau saya nak cari ibu susuan, mesti nak ibu susuan yg faham agama dan taat perintah Allah. Tak nak la main tangkap muat je sbb susu tu akan jadi darah daging anak saya. Tapi susah skrg ni nak cari ibu susuan yg baik akhlaknya. Alhamdulillah la kalau ada ibu susuan yg baik mcm tu.
    Curahan rasa iza @ ..Contest Anjung StreamyxMy Profile

  5. kalau ikut dri sudut sains, susu ibu sangatlah berkhasiat !! susu yg terhasil dari kasih sayang… hasil tindak balas yg menghasilkan enzyme prolaktin dan enzyme tersebut menghasilkan susu…
    Curahan rasa FD @ ..Applikasi Penetapan Gred SPMMy Profile

  6. Wah, seminggu ni asyik dengar pasal susu ibu. Daripada aiskrim perisa susu ibu kat London, sampai dalam kelas pun discuss pasal topik ni. Pendek kata, topic of the week.

    Berbalik kepada susu ibu. Ya, susu ibu memang yang terbaik buat bayi sebabnya baby akan dapat antibodi yang sama untuk survive di persekitaran ibunya. Pendek kata, antibodi dalam susu ibu yang tinggal di Pasir Puteh, mungkin tak sama dengan susu ibu yang tinggal di KL. Sebab itu digalakkan untuk ibuibu menyusukan anak.

    Tetapi kadang-kadang timbul kekangan, seperti bekerja, susu kering, anak tak mahu. Jadi di sini kena cari alternatif. Seperti yang DenaiHati cadangkan, ibu susuan mungkin alternatif yang terbaik. Cuma perlu ada program galakan untuk membawa idea ini lebih jauh dan fikirkan tentang implikasinya. Ada pendapat orang tua yang saya dengar, tidak menggalakkan ibu susuan walaupun mak saudara sendiri kerana takut nanti terkahwin adik beradik susuan.

    Tetapi, pandangan tentang minum susu lembu jadi macam lembu tu saya tak setuju. Makanan memang menjadi darah daging tetapi belum tentu mempengaruhi sikap dan perangai seseorang. Yang penting dalam Islam pilih makanan yang menepati ciri halal dan baik. Susu lembu dan kambing juga halal dan baik.

    Selebihnya adalah didikan, pengaruh kawan dan persekitaran, cara berfikir serta iman. Punca gejala tak elok bukan boleh disabitkan pada satu faktor sahaja, ianya multifaktorial dan berbeza dari satu individu kepada yang lain.

    Apapun, terima kasih katas cetusan idea untuk topik ini. ^_^
    Curahan rasa heliantuse @ ..Pakai Tudung Biru Untuk Hari Kesedaran AutismMy Profile

  7. pada saya tak kira lah minum susu ibu ke susu lembu ke kalau dah dorang sendiri yang pilih jalan hidup macam tu. nak buat macam mane.
    saya cakap macam tu berdasarkan dari permerhatian dan pengalaman saya dalam keluarga sendiri…mak saya ade 8 orang anak…kesemuanya minum susu ibu sehingga 2 tahun lebih..tapi adik beradik saya ade jugak yang tak menjadi…
    Fikirkan lah..bukan sebab susu ibu @ susu lembu…tapi akibat dari perubahan zaman…dengan pengaruh barat itu sendiri..bayangkanlah remaja2 zaman sekarang mana boleh di tegur..mau di maki nye balik..
    Memang susu ibu berkhasiat…macam saya sendiri yang mempunyai dua anak..anak pertama minum susu ibu hingga 2 thn 3bln…tapi anak kedua sampai umo 3bln saja…susu kering…nak kate tak amal kan..makanan tambah susu..hm dah buat semua..tapi mungkin rezeki takde nak bagi anak susu ibu kot..huhuh

    persoalan nyer skang…siapa lah yang sudi nak di jadikan susu ibuan seperti zaman Rasullulah SAW…masih adakah yang mahu…
    Curahan rasa InsanKerdil @ ..Aku Perlukan PerubahanMy Profile

    1. Berdasar Firman Allah ““Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22).”

      Masalah dengan kita termasuk akulah kita lebih suka buat semua perkara ikut akal kita yg pendek dan tidak mahu ikut cara yg telah ditunjukkan Allah SWT sedangkan Allah dah janji bila kita ikut arahannya maka Allah akan mudahkan semua urusan. Memang tak dapat disangkal ada juga anak2 yg minum susu ibu yg nakal cuma tahap kenakalan pasti berbeza dan peratusan yg nakal lebih rendah dari yg ambil susu lembu tu.

      Memang tak ramai yg boleh ikut cara Rasulullah yg yang ikut itulah yg dijanjikan syurga kerana itu entri ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat promosi supaya ibubapa tahu cara yg sebenar utk mengatasi masalah jika tidak dapat menyusukan anak.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!