Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tak sangka entri Botol Susu Polikarbonat lebih baik mendapat sambutan daripada pembaca. Ramai yang memberi pandangan dan alasan cuma tak ramai yang sentuh tentang Ibu Susuan yang sebenarnya nak aku ketengahkan. Berikut adalah antara perbincangan yang berlaku :

Ekprsiruang : Saya setuju yg susu terbaik adalah susu ibu. saya pon bakal menimang cahaya mata bila2 masa. harap2 anak saya tak minum susu lembu. didikan awal dah dari lembu. sebab tu yg menjadikan anak-anak kita bermentaliti mcm kaum tu skg ni, bg susu ibu baru jd insan.

Impianhati : Belum dpt anak lg dah pandai ckp ye…tp kena ingat x kan umur anak dah 3 thun masih nak guna susu cap gantung…lg pulak 3 tahun dah ada adik. x kan nak bergilir plak dgn adik…lg pun susu ibu sebaiknye smpai umur 2 tahun je…saya dah 3 org anak, lain kali jgn pandai cakap je…fikir2kan bila dia dah berumur 3 tahun x kan x nak bagi minum susu lembu. Lau ada susu jenis lain cuba cadangkan pada saya. Sori lau u all terasa k. Lain kali ckp fikirkan prasaan org lai same ye…terima kasih…

Aku : Dah besar guna cawan lebih baik daripada guna botol susu. Susu yg terbaik susu kambing selepas susu ibu

Impianhati : Betul…tp kalau dgn cwn x nak minum nak wat mcmn lagi? x kisah la susu lembu ke susu kambing ke. janji anak nak minum susu… Bkn semua kanak2 bleh terima cawan. Tp ape pun x kisah la…masing2 punye pendapat…lau nak ambik smua org punye pndpat kita boleh jd bingung….

Princesseryna : Ku mmg bg susu ibu.. tp kite bekerja 9 jam sehari… mase bile kite nak blk nyusu kn anak?… kite terpaksa gak boh dlm botol kn?… nak anto g umah pengasuh pun… mmg bg susu ibu…. cume boh dlm botol jerr…

Tak boleh nak salahkan juga wanita-wanita moden ini kerana Kerajaan pun tidak pernah ambil insentif untuk mempromosi konsep IBU SUSUAN sebagaimana Allah SWT telah tunjukkan melalui cara Rasulullah SAW dibesarkan apabila bondanya Siti Aminah tidak mampu menyusukan Baginda.

Sayangilah Anak Kita

Bagi yang perihatin dengan sekeliling pasti kita dapat melihat beza anak yang diberi susu badan sempurna berbanding dengan anak yang diberi susu lembu. Dalam zaman modern dengan propaganda Yahudi yang sangat kuat untuk memastikan manusia menyusukan anak dengan susu lembu bagi menghasilkan generasi yang lemah memang mujahadah untuk memastikan anak mendapat susu ibu. Tapi bila ibubapa tidak mahu berkorban dan berusaha mencari jalan bagaimana untuk memastikan anak mendapat susu ibu maka hasilnya memang tak baik seperti komen berikut :

Sejenjang : Orang kita yang mengaku Islam tulin,tetapi tidak mengamal sunnah Rasullullah. Orang kita yang lebih-lebih dalam semua hal, tengoklah apa dah jadi, bila anak orang lain ke menara gading, anak kita merempit, ambil dadah, merompak menyamun. bila ditegur,  marah.semua hal orang kita lebih tetapi tidak mahu ditegur dan dinasihat.konon orang Islam,tetapi perangai macam syaitan.

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).

Jika kita sayangkan generasi masa depan dengan ini aku mencadangkan kepada PM DS Najib Razak supaya mengerakan usaha mempromosi konsep IBU SUSUAN sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walaupun ada melihat ini isu kecil tetapi insyallah ianya merupakan satu cara untuk mengatasi masalah masyarakat yang semakin menjadi-jadi.

Sayangilah anak kita yang merupakan pelaburan besar di akhirat kelak. Dunia sekelip mata akhirat kekal abadi.

[ad#nuffnang336]

---

  1. minum susu ibu tak semestinya jadi baik. yang menentukan seseorang itu meninggalkan kejahatan ialah imannya. Yang ni part yang mencabar dalam mendidik anak. kalau anak minum fm, tapi si ayah solat kat masjid setiap waktu, buat solat2 sunat, si ibu selalu zikir baca Quran, insyaAllah anak jadi baik. susu ibu bukan faktor utama dlm mendidik anak.
    Entri terbaru nurhafiza – Kerana saya minat, bukan rajinMy Profile

  2. Selain susu ibu paling bagus, secara psikologis si anak akan tenang di pelukan ibunya..
    Entri terbaru Hybrid car – All About Hybrid CarsMy Profile

  3. Assalam…

    Saya pun 100% menyokong fully breastfeed sbb itu yg terbaik buat anak..thn ni pun saya bakal melahirkan seorg lg anak dan bertekad utk 100% breastfeed.
    Entri terbaru Nozi – Tips Pemakaian Premium BeautifulMy Profile

  4. Sangat berbangga dapat bg anak full susu ibu :)

  5. susu lembu adalah dari binatang… meminum susu ibu merapatkan hubungan diantara si ibu dan bayinya sendiri…

    akibat daripada memberi anak-anak minum susu lembu,…. kita lihat sekarang ini betapa ramai anak-anak yang kurang ajar terhadap ibu bapa mereka…

    wallahua’lam…
    Entri terbaru Pendekar – KOLEKSI GAMBAR KUDA PENDEKAR IMy Profile

    • bak kata “Impianhati : Belum dpt anak lg dah pandai ckp ye…tp kena ingat x kan umur anak dah 3 thun masih nak guna susu cap gantung…lg pulak 3 tahun dah ada adik. x kan nak bergilir plak dgn adik…lg pun susu ibu sebaiknye smpai umur 2 tahun je…saya dah 3 org anak, lain kali jgn pandai cakap je…fikir2kan bila dia dah berumur 3 tahun x kan x nak bagi minum susu lembu”

      cakap pandang2… dah ada anak nanti baru tau. dlm islam sendiri sarankan menyusu ibu hingga usia 2 tahun. sekurang-kurangnya 6 bulan. tak semua org sama. ada yg susunya pulak tak ada, ada yg mewah susunya. bantulah isteri ketika kali pertama menyusukan anak, jgn stress2 dia. perlu banyak sabar dan terus cari ilmu hingga mahir dgn teknik yg betul. nampak mcm mudah tapi agak sukar bagi yg baru.
      Entri terbaru Liza – Mencari cinta lain di facebook! Berbaloi ke?My Profile

  6. memang selayaknya kita mengikuti apa yang dilakukan Rasul tetapi banyak pula yang enggan menyusui bayinya dengan alasan takut bentuk tubuhnya menjadi jelek
    Entri terbaru Newbie Blogger – Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World make me tiredMy Profile

    • betul..ruginya jika itu yg difikirkan. dgn menyusukan anak, luka dalam perut cepat sembuh, lemak2 pun banyak dibuang. byk lagi kelebihannya. menyusukan anak selama mungkin hingga usianya 2 tahun.. selagi Allah bekalkan susu yg cukup.
      Entri terbaru Liza – Nama-nama pilihan Eyrique EttiqazzMy Profile

  7. susu ibu memang terbaik. kalau boleh pastikan anak dapat susu ibu sehingga 2 tahun.
    Entri terbaru nasslimdiet2 – AdenovirusMy Profile

  8. susu ibu adalah susu yang terbaik.pastikan anak dapat susu ibu sehingga 2 tahun.
    Entri terbaru nasslimdiet2 – AdenovirusMy Profile

  9. susu ibu adalah yg terbaik

  10. bak kata isteri saya yg akan melahirkan cahayamata tak lama lg,

    “Saya taknak anak saya kenal lembu dulu baru kenal saya”
    Entri terbaru ekspresiruang – Korang Sanggup Tinggal Dalam Tangki Air Aku Sanggup!My Profile

  11. kalau zaman aku, memang sah tak pernah merasa susu botol..susu ibu 100%
    anak-anak macam tu juga..
    masa anak sulung baru lahir, aku kena balik rumah dan hantar anak ke tempat isteri kerja, semata-mata untuk susukan.. masa anak kedua baru lahir (tak cukup bulan), saya hantar susu ibunya ke hospital sejauh 120km.. anak ke-3 dan ke-4 ada juga menyusu dari botol, tapi susu ibu juga yang utama..
    Entri terbaru kulanz – Thank You ALLAHMy Profile