Super trader saham boleh buat duit banyak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongi kisah super trader yang  buat duit dengan saham.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Terima kasih kepada kawan-kawan yang PM minta penjelasan saham. Ramai yang minat saham sebenarnya tapi takut pada kerugian. Saham ini adalah satu bidang pelaburan kalau di Malaysia diuruskan oleh BSKL, saham juga ada di New York, London, Hong Kong, Singapore, Dubai dan sekarang pasaran saham Saudi juga sudah mendapat perhatian dunia.

Pasaran saham ekonomi digital

Semua negara membangun dan negara maju mempunyai pasaran saham sebagai ikon kerancakkan ekonomi negara tersebut. Setiap pasaran saham mempunyai kaedah dan prinsip yang hampir sama mengikut perundangan kewangan antarabangsa.

Pakar jual beli saham atau digelar Super trader akan mengambil masa untuk mempelajari perjalanan sesuatu saham sebelum mereka membeli saham tersebut. Zaman teknologi ada berbagai aplikasi membantu para trader untuk membuat keputusan untuk membeli dan menjual saham. Zaman membeli dan menjual saham berasaskan khabar angin sudah berlalu.

Klik untuk beli eBook Jual Beli saham yg menguntungkan

Memang betul ramai yang terbakar teruk dalam pasaran saham sehingga berjuta walaupun lengkap dengan ilmu kerana tidak dapat mengawal emosi. Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku dalam pasaran  saham seminit kehadapan. Graf dan pengalaman sebagai panduan sahaja dan emsoi mesti dikawal.

Sistem Trafik Percuma Facebook

Hijau dan merah pasaran, keputusan untuk membeli dan menjual ketika untung dan rugi melawan emosi tamak merupakan seni yang menjadikan ramai ketagih. Kalau tiada semua ini bukanlah pasaran saham.

Ilmu saham, pandai buat analisa, pengalaman, sensitiviti pada berita ekonomi dunia dan disiplin mesti ada kepada setiap super trader. Semua perlukan masa dan pergorbanan untuk belajar dan sekarang sudah ada ramai sifu saham yang boleh membantu selain beratus-ratus buku saham yang ada dijual di kedai buku.

Bukan senang nak senang, semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Rugi ada dimana-mana sahaja bukan di dunia saham sahaja.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

76 Comments

  1. Saya masih merangkak-rangkak lagi mencari ilmu tentang pelaburan terutamanya saham ni. Harap-harap dapat la belajar tentang saham ni dengan Tuan Haji Amir nanti…amin…
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Apa itu Pelaburan?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!