Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Sukan SEA ke 27 akan berlansung pada tarikh 11 – 27 Disember 2013. Myanmar telah dipilih menjadi penganjur SEA Games 2013. Kontinjen Malaysia telah membuat persiapan rapi sejak beberapa tahun lepas dengan matlamat memenangi sekurang-kurangnya 40 emas. Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia akan memastikan bendera Malaysia akan sentiasa berkibar sebanyak yang boleh.
Milo, satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia cukup ‘legend’ dari segi minuman dalam kehidupan kita. Milo Malaysia melancarkan inisiatif Kibaran Tenaga Milo, fasa kedua di dalam Kempen Milo Tenaga untuk Juara yang menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyatakan ikrar sokongan kepada Kontinjen Malaysia yang kini sedang dalam perjalanan untuk berjuang di Sukan SEA ke 27 di Myanmar.
Pada 6 November 2013, kempen ini dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato’ Wira Aminuddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA ini. “Milo Flames of Energy” ini mensasarkan untuk mengumpul sejumlah 2.7 juta tenaga di dalam bentuk “julangan api” sebagai dorongan kepada atlet kita.
Dengan semangat yang membara, tak mustahil lebih dari 3 juta sokongan dari rakyat Malaysia untuk atlet yang akan bertarung di Sukan SEA ke 27 nanti. Caranya mudah sahaja, layari Fuel for Champions dan sebarkan julangan api yang an menyalakan obor maya di situ.
Selain itu, kita juga boleh mempamerkan sokongan dengan menyampaikan ucapan melalui Twitter, facebook atau Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi iaitu #MILOforMALAYSIA
Perjalanan yang akan dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan ia amat penting bagi atlet kita untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada seluruh negara untuk menyemarakkan semangat mereka. Kejohanan Sukan SEA ke 27 di Myanmar mungkin akan mencabar fizikal dan mental para atlet kita, tetapi mungkin dengan kata-kata semangat yang kita kirimkan kepada mereka akan memberikan tenaga untuk melangkah jauh lagi.
Ayuh sokong Kontinjen Malaysia! Berikan sokongan padu kepada atlet Malaysia untuk kegemilangan negara. Pihak Milo dengan berbesar hati akan menganjurkan aktviti-aktiviti di dalam pasaraya dan pasar raya besar terpilih di seluruh negara.
Untuk mendapatkan berita terkini Sukan SEA ke 27 di Myanmar boleh kunjungi website 27th SEA Games Myanmar. Antara sukan yang pasti menjadi perhatian adalah pasukan Bolasepak Sukan SEA Malaysia adakah dapat mengekalkan piala emas. Kita doakan Harimau Muda dapat mengekalkan pingat emas.
Malaysia sudah meraih emas yang ke 1000 oleh Phoon Eyin sekarang sedang mengumpul emas untuk mengapai matlamat mengumpul jumlah pingat emas Sukan SEA 2013 sebanyak 40. Malaysia Boleh!!!
Live keputusan 27th SEA Games Myanmar @ Twitter
68 Comments
Semoga malaysia dapat apa yang diimpikan. Goodluck Team Malaysia.
Curahan rasa SZ Network @ ..Honda Civic Type R 2015
Yeah ! Go Malaysia !
Saya harap sangat pasukan bola sepak Malaysia menang ! Jyeah!
Dah tak lama lagi dah…
Curahan rasa hafiz @ ..Sudah tukar theme Sahifa
dah tak lama…paling dinanti pastinya ibu segala pingat iaitu bola sepak…
moga skuad harimau muda sukses dan begitu juga kontinjen lain…ayuh Malaysia!
Aminn…atas semua doa. Semoga Malaysia terus gemilang…
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Vivix: Harapan Baru Pencinta Rokok / PerokokTegar
semoga malaysia meraih kejayaan yang gilang gemilang..
Curahan rasa kakiblog @ ..Pelancaran Segmen Baru: Sembang Kerjaya
yahh, kita kena sokong team Malaysia.
Aum! Aumm!!
Curahan rasa encik bakul @ ..Orang Wanita memang susah nak bekerja dari rumah. Betulkah?
ameen..siapa lagikan yang nak sokong kalau bukan kita…malaysia boleh?
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 2:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang
Sokongan harus diberi untuk kontijen kita. Malaysia Boleh!!
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kejayaan Dengan Buat Duit Surveys
kalau Sya kat rumah ni memang family minat tengok sukan ni. kat kolej ni memang tak hadap tv lah
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN KE-2 JOB DI RUMAH
sukan antara aktiviti yang sesuai untuk di tonton bersama keluargakan.
semoga lancar pertandingannya
Semoga kita dapat banyak pingat juga nanti.
Semoga Malaysia berjaya! cuma fans tak boleh harapkan lebih-lebih sangat. Kena ingat banyak sukan bertaraf antarabangsa yg dikuasai Malaysia seperti bowling, squash dan sebagainya tidak dipertandingkan dan akan menjejaskan pungutan pingat kita.
Curahan rasa Ismail N @ ..Best Deals For Black Friday And Cyber Monday 2013
betul jugak tu..jadi sasaran 40 emas realistik…lebh kira bonus =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 2:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang
Milo Penaja utama juga yea. Best nanti mereka dapat minum milo hari-hari 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)
Semoga Team Malaysia berjaya lebih daripada target yang telah ditetapkan dan dapat kekalkan pingat emas utk bolasepak. Malaysia Boleh……..
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh Dan Income Yang Kamil Salleh Impikan Dari Bisnes Online
Amin,betul tu. Malaysia boleh..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)
harap Malaysia mendapat kedudukan yang baik dari segi pungutan pingat keseluruhan…
Curahan rasa papa mifz @ ..Majlis Nikah Nora di Ijok
Betul tu, Kena sokong team Malaysia.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Poket Dengan Buat Surveys(Soal Selidik)
Kalau sukan Sea pastinya team bolasepak kendalian ONG KIM SWEE akan jadi perhatian berbanding acara lain yang tidak kurang hebatnya….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Kekecohan di Masterchef Malaysia ALL STARS
btul tu…confirm bola yang 1st….kepala semua game tu 🙂
Curahan rasa Eridy @ ..Tips meningkatkan kualiti pemain bola sepak negara
setuju sangatlah..nak2 kita defending champion…lagilah pasukan lain nak kalahkan kita…
ayuh harimau muda!
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 2:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang
akankah sea games myanmar jadi acara termegah tahun ini??
ya, Myanmar telah dipilih menjadi penganjur SEA Games 2013 ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menggunakan custom url dalam Google plus
Comments are closed.