Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Seringkali kita terbaca berita-berita tentang gossip dunia hiburan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Tetapi pernah tak kita fikir adakah berita itu 100% betul atau hanya khabar angin yang belum diketahui kesahihannya? Namun ada yang percaya setiap berita yang dilaporkan. Bagaimana agaknya kesan dan akibat daripada berita gossip yang disiarkan tu? Jomm kita baca pandangan dari penulis jemputan yang merupakan graduan undang-undang dan bekas eksekutif di sektor korporat, serta cenderung menulis tentang isu-isu kehidupan.
Tulisan kali ini adalah luahan rasa HATI mantan Ketua Editor Majalah Corporate Petronas (Subsidiary), writer & editor bulletin di company website dan speechwriter untuk company CEO. Sekarang menetap di Australian. Boleh di hubungi dengan email ini. Jooom kita baca tulisan beliau …
Pada pemerhatian saya akhir-akhir ini, kecenderungan melaporkan khabar-khabar angin semakin kritikal. Terma ‘khabar angin’ atau gossip ini saya gunakan untuk merujuk kepada berita-berita hiburan yang penulisnya terima daripada sumber-sumber yang tidak kuat sehinggakan pembaca boleh tertanya-tanya keseorangan; sudahkah si penulis ini bertanya kepada empunya badan?
Contoh yang klasik, artis A diberitakan mempunyai skandal dengan artis B di belakang isterinya C, tetapi sebelum bertanya sendiri kepada A atau B atau C, berita tersebut sudah pun tersebar di semua media online. Berita ditulis lengkap dengan nama semua individu!
Kecuali nama sumbernya.
Saya tertanya-tanya, di manakah etika kewartawanan penulis-penulis berita hari ini? Pada ketika penulis berita menghubungi A, B dan C untuk memastikan khabar angin tersebut, barangkali pinggan mangkuk di rumah A dan isterinya sudah berterbangan dan pecah seribu. Ya, saya sengaja exagerate kesan contoh ini untuk menggambarkan the extent of damage that a one liner gossip could do to a marriage.
Being well-known celebrities does not make their marriage any immune than ours when it comes to gossip, semua hubungan suami isteri adalah vulnerable terhadap fitnah apatah lagi jika dianjurkan dalam skala yang besar. Sebagaimana tidak berakhlaknya untuk kita pusing seluruh kampung dan memberitahu orang ramai bahawa Pak Abu telah berjumpa Kiah Janda secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya, begitulah tidak berakhlaknya juga untuk kita menyebarkan berita-berita tidak pasti tentang rumahtangga artis dan hal-hal yang sewaktu dengannya tanpa kebenaran artis itu sendiri.
Ya, saya menggunakan perkataan ‘kebenaran’ dan bukan ‘pengesahan’. Dalam Islam, jika sekalipun berita itu disahkan oleh empunya badan, adalah tidak boleh untuk kita menyebarkannya kerana ia melibatkan aib isteri, suami, dan orang ketiga. Manusia memang dilahirkan dengan sedikit sebanyak rasa ‘teruja’ untuk mendengar tentang masalah rumahtangga orang tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu menghidangkan berita tersebut kepada mereka.
Trend melaporkan gossip-gossip yang tidak pasti ini saya katakan semakin kritikal kerana di zaman saya membesar dulu (1990an) sekurang-kurangnya para penulis berita tidak meletakkan nama dalam berita tersebut. Justeru, saya amat bersimpati dengan artis-artis hari ini yang kisah peribadi mereka (yang tidak tepat) pernah menjadi hidangan berita nasional apabila berita itu terlebih dahulu dipaparkan oleh media SEBELUM mereka sendiri mendengarnya.
Sungguhpun saya meragui keberkatan yang ada dalam kerjaya artis-artis, namun dari perspektif Islam, adalah tetap berdosa kita memperlakukan mereka sebegitu apabila membuat laporan tentang mereka. Ia membawa kepada fitnah, perpecahan rumahtangga, dan budaya mempercayai khabar angin tentang aib-aib manusia. Saya menyeru agar pihak wartawan dan media (sama ada offline atau online) agar lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesuatu berita. Elakkanlah laporan-laporan yang melibatkan rumahtangga artis dan cukuplah sekadar melaporkan hari kahwin mereka, kelahiran zuriat, dan perkara-perkara yang baik. Jika anda terdengar kisah mengaibkan di pihak suami atau isteri, simpanlah berita itu untuk iktibar sendiri.
Sebagai renungan, Allah telah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Semoga tulisan ini memberi pengajaran kepada semua yang membacanya.
No related posts.
138 Comments
Wartawan hiburan mudah-mudahan sing sadar akan dosa penyebar gosip
Curahan rasa Suwono @ ..Cara Menurunkan Kadar Kolesterol
sang editor media hiburan seharusnya peka dengan hal sebegini..jangan cuma fikir gosip-gosip murahan semata-mata untuk melariskan jualan..
Curahan rasa JomStadi @ ..Pembohongan Sains: Lakaran Embriologi Ernst Haeckel – Siri 3
bahaya jadi penulis benda2 mcm ni… takut dpt dosa kering + saham dosa berpanjangan.. nauzubillah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kini games bukan sahaja SELAMAT, malah MENDIDIK, dan MERANSANG MINDA!
silap haribulan, kena saman….lagi ler susah….
Curahan rasa Nana @ ..Apple Perkenal iPad Mini
cara mereka nak melariskan artikel terbitan mereka dengan menulis berita-berita yang kurang sahih…dengan tajuk artikel yang panas dan boleh buat pembaca tergerak hati untuk membaca….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Pameran Dinosour – Pusat Sains Negara
biasalah gosip artis sememangnya ramai yang suka membca…
Curahan rasa Nana @ ..Rumah Ranap, Nenek Nyaris Rentung
tuntutan selera pasar sepertinya meski sering ada keohongan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Justru itu yang banyak dicari bang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Justru kalau ada unsur kebohongan di nomorduakan atau bahkan dinomor keberapa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Yang terpenting beritanya laris manis
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Paradigma seperti itu yang harus ditinggalkan sepertinya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
berita gossip tanpa dibumbui memang tak kan dilirik
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Bahkan yang jelas gak bener aja tetep disiarin, .. pokoknya prinsip mereka bad news is good news
Curahan rasa Blog Serba Ada @ ..Blogspot Ganti Tampilan Baru
wah udah bahaya tuh kalau seperti itu , tapi bisa-bisa kena tuntutan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
keuntungan dicari tanpa memikirkan batas2 agama dan ciri2 islam..mcm tu la jadinya..jnji paper die laku suda
yang paling penting bagi mereka…” terhangat di pasaran ”
Curahan rasa Nana @ ..Apple Perkenal iPad Mini
Comments are closed.