Sudah Hilangkah rasa sayang kita pada ALLAH?

Spread the love

Semalam selepas solat Jumaat, imam buat pengumuman untuk mengerjakan solat hajat memohon kemenangan kepada Islam. Memohon kemenangan di Makamah untuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian Sabah. Sungguh tersentuh hati lebih tersentuh daripada melihat penderitaan Rakyat Haiti yang dilanda gempa bumi apabila melihat 90 peratus daripada jemaah berlalu begitu sahaja meninggalkan masjid.

Kaabah

Sudah hilangkah rasa sayang kita pada Allah?” Itulah yang pertama terdetik dalam hati kecil aku.

Sebenar itu yang berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia. Rasulullah SAW dan Para Sahabat berkorban harta benda dan darah untuk mengembangkan Islam tetapi majoriti kita dilahirkan dalam Islam maka kita tidak merasai nikmat Islam yang kita perolehi. Nikmat ini hanya kita rasai apabila kita mendapat sesuatu dengan usaha dan kesusahan. Nikmat ini hanya kita hargai apabila kita sudah kehilangannya seperti nikmat sihat hanya kita hargai apabila kita sakit.

Berapa ramai dikalanga kita yang kenal Allah atau hanya kita sekadar melafazkan kalimah Allah tanpa perasaan. Berapa ramai dikalangan kita yang berpelesiran di pasar malam, mall, tepi tembok, gerai malah di rumah tanpa merasa getaran hati apabila mendengar azan berkumandang. Kita merasakan kerja, bisnis, keluarga dan dunia ini lebih penting daripada Allah.

Ada yang tanya kenapa baru sekarang kristian Sabah menuntut menggunakan Kalimah Allah. Jawabannya :

1. Inilah masa yang paling sesuai kerana mungkin mereka telah menganalisa bahawa umat Islam sendiri sudah tidak sayang dan sudah jauh dengan Allah.

2. Ukhwah umat Islam sudah hilang. Pemimpin Islam tidak lagi boleh bersatu walaupun untuk mempertahankan Kalimah ALLAH.

Berdasar pengalaman dan pengamatan di Indonesia yang dijadikan sandaran oleh pemimpin bukan Islam juga sebahagian pemimpin Melayu, pada pandangan aku  jika penggunaan Kalimah Allah dibenarkan penggunaanya oleh pihak kristian maka tunggulah kecelaruan Islam dalam tempoh 10 – 20 tahun lagi sebagaiman berlaku di Indonesia sekarang.

Komen yang aku terima daripada bukan Islam : Do you NOT know, Christian exist before Muslim? How then “Allah” be an exclusive of Muslim, while Christian exist long before Muslim.Anyway, you may refer to some of Indonesia Bible as below, Allah have been commonly use in Malay language.http://www.einjil.com/ . http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_bis/01_001.htm. The exclusive for muslim should be الله instead of Allah. As alphabet of “A l l a h” not found in any of Al Quran.

Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH? Bila ada memperjuangkan untuk menggunakan Kalimah Allah tetapi perasaan kita sama sahaja tidak tersentuh walaupun imam mengajak kita untuk solat hajat. Itu belum lagi kalau ajak berjihad mengangkat senjata!! Tuntutan mereka ini bukan tuntutan kosong pasti ada Udang disebalik mee. Harapan aku janganlah Kalimah Allah juga dipolitikkan walaupun aku tahu di Malaysia ini semua hal itu politik.


Spread the love

71 Comments

  1. Pingback: uberVU - social comments
  2. assalamualaikum.
    nice post saudara ..
    jawapan kepada persoalan tajuk di atas yang saudara bagi , mahu tidak mahu,realitinya amat menyedihkan …

    umat islam (ambil contoh di Malaysia) hari ini semakin jauh dari agama.. semakin jauh dari ajaran islam sebenar.. apabila sebut islam sahaja,kita fikir politik..

    remaja pula makin teruk.. berhibur 24 jam.. apabila ada kalangan remaja yang cuba berbuat baik,dikatakan bajet baek…

    hurm..
    macam mana tu..

    nyway,saya pelawa saudara cuba baca artikel saya di sini …

    http://baikiminda.blogspot.com/2010/01/sebuah-penulisan-santai-tetapi.html

    ada kene mengena dengan situasi kita juga hari ini..saudara boleh baca jika ada kelapangan

    kita hari ini pada pendapat saya kita mengamalkan agama bukan berdasarkan kefahaman yang sebenar,sebaliknya kita mengamalkan agama secara ikut-ikutan.

    itu sebab kita sembahyang ,tetapi kita tdak dapat merubah diri ke arah baik.jika seseorang itu benar2 menghayati islam,pastinya beliau menjadi seorang yang tidak membuang masa conthnya.

    macam ayat di atas itu yang orang bukan Islam itu ,sebenarnya untuk pengetahuan semua, agama yang dibawa oleh Nabi Isa,Nabi Musa ,dan semua Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad adalah agama Allah.

    Mereka menyeru umat manusia menyembah Tuhan yang satu yakni Allah.

    Tetapi Christian yang ada hari ini adalah agama yang diubah suai oleh manusia.Nabi Isa tidak pernah mengaku dirinya Tuhan.

    Sebagai orang Islam,kita harus menjadi orang berilmu,kerana jika tidak berilmu,bagaimana hendak kita menjawab persoalan seperti ini?

    maafkan saya jika banyak bebel.Tetapi,itulah kalau nak faham ,baca la artikel saya itu ,ada saya sebutkan sedikit ilmu.

    assalamualaikum

    1. @umar, ILMU adalah kunci segalanya kerana itu ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah menyeru untuk MEMBACA. Apa yg berlaku sekarang kita dah tak kisah nak mencari ILMU. Majlis ILMU di Masjid kehadiran sangat menyedihkan dan buku pun kita malas baca…jadi mana nak dapat ILMU..belum lagi nak pergi menuntut dengan alim dan ulamah lagi jauh.

  3. semoga kemenangan milik kita semua. fuh teruk betullah org zaman sekarang ni.
    .-= mohdisa´s last blog ..Banner Wish Contest – Jom Kenal Apa Itu Banner =-.

  4. kembali kepada fitrah – ikut apa yang disuruh, ikut juga apa yang dilarang
    .-= Kujie´s last blog ..Geng Blogger : Entri Panjang Ini Untuk Kamu =-.

  5. cpj rasa, mungkin mereka yang meninggalkan masjid tu keliru dengan perkembangan yang berlaku dalam negara kita.Soalan dalam minda mereka mungkin tidak dapat di jawab, misalnya; mengapakah bila ada pihak mencadangkan kita melaksanakan hukum Allah, kita buat endah-tak-endah jer…jauh sekali nak buat solat hajat, tapi bila berkait dengan nama Allah, beria-ia pulak.Bukankah Hukum Allah itu lebih utama untuk diperjuangkan?Kalau kita boleh tolong jawab untuk mereka soalan ini mungkin mereka akan sedar dan tidak keliru lagi.Itupun hanya persesi cpj saja, mungkin betul, mungkin salah…

  6. entah lah nak kata apa. org k***** kt sabah.. tpinky yang sabahan ni pun turut sama bahangnya. kdg2 terpaksa bertegang leher juga dgn member2 K*** sabahan yg cuba mempertikaikan agama islam ni(wpun ilmu agama tpinky sgt cetek)
    .-= tpinky´s last blog ..Percutian Ke Negeri Dibawah Bayu? =-.

    1. @tpinky, mereka tidak akan puashati selagi umat Islam tidak bersama mereka. Usaha menggunakan kalimah Allah pasti ada muslihatnya.

  7. Semakin risau dengan perkembangan umat Muhammad di muka bumi. Akhir zaman …
    .-= Precious´s last blog ..RM250 Worth of Fun From Famous Amos =-.

    1. @Precious, yang penting kita mesti memperbaiki diri kita dan keluarga kita. Jika semua buat begitu insyallah pasti ada improvement tetapi kalau kita sibuk mencari kesalahn orang tu yang susah.

  8. sedih plak saya dengar cerita ni.macammanalah islam bleh bersatu balik.lansung takde semangat keislaman.
    .-= adila´s last blog ..Entry takde motif..saje mau imbas2 kembali zaman kanak2 dulu. =-.

  9. Pingback: IMCurtain.com
  10. Pingback: negaraku.net

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!