Subsidi menghancurkan bangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, panas 1Malaysia bila harga minyak RON95 dan Diesel dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 atau dengan bahasa yang lebih betul harga minyak RON95 dan Diesel dinaikan 20 sen. Berbagai status dikeluarkan di Facebook mengecam kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Aku tak nak cerita kisah kenaikan RON95 sebab dah ramai sangat bagi berbagai pandangan tapi aku nak fokus pada isu subsidi.

Bagi aku memberi subsidi ini adalah satu kesilapan besar ahli politik Malaysia untuk jangka masa panjang yang telah mengubah budaya bangsa. Majoriti rakyat menganggap subsidi sebagai milik kekal bukan sebagai bonus yang boleh ditarik bila-bila masa.

“Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya. – Merdeka dari subsidi

Subsidi menyebabkan kita hidup lebih daripada kemampuan

Adanya subsidi tepung, beras, minyak masak, petrol dan lain-lain menyebabkan kita mempunyai lebihan duit dan boleh memiliki rumah dan kenderaan yang sepatutnya tidak mampu untuk kita miliki. Sifat buruk ini telah menular dalam budaya kita sehingga kita tidak dapat bezakan kedudukan sebenar kita berbanding keadaan ekonomi sebenar. Cuba kita tengok di negara lain yang pernah aku jejaki seperti Kemboja, Thailand, New Zealand, Italy, Austria dimana harga petrol dan barang-barang asas makanan dijual pada harga sebenar tanpa subsidi. Rakyat di negara-negara tersebut hidup mengikut  keadaan ekonomi sebenar, turun naik harga barang sebenar  jadi mereka membeli mengikut kemampuan sebenar. Berapa ramai dikalangan kita yang sanggup downgrade gaya hidup mengikut kemampuan kerana subsidi bukan selama-lamanya? Orang kita lebih suka terlebih gaya walaupun poket kosong tak mengapa.

Subsidi menjadikan kita malas

Ada yang kata kenapa Negara Arab boleh jual minyak dengan harga yang sangat murah. Cuba kita selidik prestasi orang arab, adakah mereka bangsa yang berjaya. Pasti ramai yang pernah menjejaki kaki di tanah arab akan bersetuju kalau aku katakan bangsa arab bukanlah satu bangsa yang boleh dicontohi kerana sifat malas dan merasa menjadi tuan terlalu menebal. Adakah subsidi yang berlebihan telah menjadikan bangsa arab antara bangsa yang tidak berjaya di dunia? Sifat malas dan rasa sebagai tuan besar tidak kurang juga ada dalam diri bangsa Melayu yang menerima bermacam subsidi.

Subsidi menyebabkan bangsa tiada daya tahan

Ramai mengeloh bila RON95 naik sebab dah terbayang harga barang-barang akan naik tanpa mereka menyedari antara alasan kenaikan RON95 adalah kerana harga minyak dunia yang sudah mencecah USD106/barrel. Mereka mengeloh kerana tak sanggup nak mengubah diri samada mengurangkan perbelanjaan atau bekerja lebih kreatif mencari pendapatan sampingan sebab sudah terlalu lama dibelai dengan subsidi.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
 

Kita tengok bangsa Cina yang satu ketika dahulu tidak mendapat banyak keistimewaan seperti biasiswa dan pinjaman perniagaan telah bekerja kuat untuk membina kehidupan. Mereka berjaya menghantar anak-anak ke luar negara dengan duit sendiri dan membina perniagaan besar dengan modal sendiri. Semua itu menjadikan mereka bangsa yang kuat dan berdaya tahan dalam apa juga suasana. Orang kita bila harga minyak naik dah mengeloh seperti dunia nak kiamat tersekat minda untuk berfikir bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kekadang kita terlupa bahawa ekonom Malaysia sebuah negara kecil sangat terpengaruh dengan suasana ekonomi luar tetapi tak boleh nak salahkan rakyat kerana ahli politik sudah janjikan bulan dan bintang hanya kerana untuk satu undi.

Yakin pada subsidi keterlaluan

Keyakinan hidup dengan subsidi terlalu tinggi sehingga apabila subsidi ditarik balik terasa gelap dunia. Kita terlupa rezeki semua dari ALLAH SWT. Banyak duit itu belum mengambarkan kekayaan kerana ramai juga yang sedikit duit lebih kaya daripada yang banyak duit. Ramai yang banyak duit tapi hutangnya lebih banyak dari duit terkumpul manakala ada yang sedikit duit tapi penuh dengan keberkatan. Banyak sikit tidak penting yang lebih penting keberkataan di sisi ALLAH SWT. Silapnya kekadang orang tinggi ilmu agamanya juga melatah berkongsi propaganda dunia tanpa memasukan unsur akhirat apabila berada dalam keadaan begini.

Teringat kata orang alim apa juga yang berlaku di muka bumi ini bukan masalah tapi hanya ujian. Masalah sebenar adalah apabila kita mengadap ALLAH SWT di Padang Masyar kita miskin pahala … itulah masalah yang sebenar. Sebenar sistem zakat yang Islam sediakan sudah terlalu sempurna yang kaya membantu yang miskin baaru ada keberkataan hidup ini.

“مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
(Surah An-Naml ayat 89)”

Kalaulah ada parti politik yang mempunyai manisfesto memansuhkan subsidi pasti akulah orang pertama yang akan mengundi demi kelansungan anak, cucu, cicit dan keturunan aku yang mampu berdiri dengan sendiri walau dimana mereka berada di atas muka bumi yang nyata mengikut kemampuan sebenar.

Sampai bila kita nak menagih subsidi?


Spread the love

98 Comments

  1. kita antara pengeluar minyak terkecil…yahudi yang mengesuai harga minyak dunia..so kita jadi sasaran….alangkah baiknya minyak kita keluarkan untuk kegunaan kita sendiri…sama ada… ada subsidi atau tidak bukanlah alasan…kalau tak ada subsidi tak bolehkah kita stabilkan harga minyak…apakah malaysia sahaja yg mengamalkan dasar subsidi..macam mana negara lain tak ada subsidi harga minyak masih ok

    1. 1. Kualiti minyak antara yang paling baik dalam dunia jadi sangat tidak tepat kalau digunakan untuk kegunaan tempatan kerana pulangan jualan akan memberi impak ekonomi yang lebih baik.

      2. Negara arab dan Brunei menjual petrol dan diesel pada harga yg lebih murah daripada Malaysia tetapi dari segi pembangunan mereka lebih ketinggalan dari Malaysia. Hampir semua negara maju menjual minyak pada harga semasa dan mereka boleh hidup lebih berjaya dari Malaysia … yg penting cara fikir kita kena berubah.

  2. KAMI TAK KISAH SUBSIDI TAK ADA…TETAPI HARGA BARANG DAN MINYAK MESTI MURAH….JGN MENJADIKAN ALASAN SUBSIDI DITARIK HARGA MINYA NAIK…. BUANG SUBSIDI TAPI HARGA MINYAK MESTI MURAH

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!