Subsidi menghancurkan bangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, panas 1Malaysia bila harga minyak RON95 dan Diesel dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 atau dengan bahasa yang lebih betul harga minyak RON95 dan Diesel dinaikan 20 sen. Berbagai status dikeluarkan di Facebook mengecam kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Aku tak nak cerita kisah kenaikan RON95 sebab dah ramai sangat bagi berbagai pandangan tapi aku nak fokus pada isu subsidi.

Bagi aku memberi subsidi ini adalah satu kesilapan besar ahli politik Malaysia untuk jangka masa panjang yang telah mengubah budaya bangsa. Majoriti rakyat menganggap subsidi sebagai milik kekal bukan sebagai bonus yang boleh ditarik bila-bila masa.

“Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya. – Merdeka dari subsidi

Subsidi menyebabkan kita hidup lebih daripada kemampuan

Adanya subsidi tepung, beras, minyak masak, petrol dan lain-lain menyebabkan kita mempunyai lebihan duit dan boleh memiliki rumah dan kenderaan yang sepatutnya tidak mampu untuk kita miliki. Sifat buruk ini telah menular dalam budaya kita sehingga kita tidak dapat bezakan kedudukan sebenar kita berbanding keadaan ekonomi sebenar. Cuba kita tengok di negara lain yang pernah aku jejaki seperti Kemboja, Thailand, New Zealand, Italy, Austria dimana harga petrol dan barang-barang asas makanan dijual pada harga sebenar tanpa subsidi. Rakyat di negara-negara tersebut hidup mengikut  keadaan ekonomi sebenar, turun naik harga barang sebenar  jadi mereka membeli mengikut kemampuan sebenar. Berapa ramai dikalangan kita yang sanggup downgrade gaya hidup mengikut kemampuan kerana subsidi bukan selama-lamanya? Orang kita lebih suka terlebih gaya walaupun poket kosong tak mengapa.

Subsidi menjadikan kita malas

Ada yang kata kenapa Negara Arab boleh jual minyak dengan harga yang sangat murah. Cuba kita selidik prestasi orang arab, adakah mereka bangsa yang berjaya. Pasti ramai yang pernah menjejaki kaki di tanah arab akan bersetuju kalau aku katakan bangsa arab bukanlah satu bangsa yang boleh dicontohi kerana sifat malas dan merasa menjadi tuan terlalu menebal. Adakah subsidi yang berlebihan telah menjadikan bangsa arab antara bangsa yang tidak berjaya di dunia? Sifat malas dan rasa sebagai tuan besar tidak kurang juga ada dalam diri bangsa Melayu yang menerima bermacam subsidi.

Subsidi menyebabkan bangsa tiada daya tahan

Ramai mengeloh bila RON95 naik sebab dah terbayang harga barang-barang akan naik tanpa mereka menyedari antara alasan kenaikan RON95 adalah kerana harga minyak dunia yang sudah mencecah USD106/barrel. Mereka mengeloh kerana tak sanggup nak mengubah diri samada mengurangkan perbelanjaan atau bekerja lebih kreatif mencari pendapatan sampingan sebab sudah terlalu lama dibelai dengan subsidi.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
 

Kita tengok bangsa Cina yang satu ketika dahulu tidak mendapat banyak keistimewaan seperti biasiswa dan pinjaman perniagaan telah bekerja kuat untuk membina kehidupan. Mereka berjaya menghantar anak-anak ke luar negara dengan duit sendiri dan membina perniagaan besar dengan modal sendiri. Semua itu menjadikan mereka bangsa yang kuat dan berdaya tahan dalam apa juga suasana. Orang kita bila harga minyak naik dah mengeloh seperti dunia nak kiamat tersekat minda untuk berfikir bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kekadang kita terlupa bahawa ekonom Malaysia sebuah negara kecil sangat terpengaruh dengan suasana ekonomi luar tetapi tak boleh nak salahkan rakyat kerana ahli politik sudah janjikan bulan dan bintang hanya kerana untuk satu undi.

Yakin pada subsidi keterlaluan

Keyakinan hidup dengan subsidi terlalu tinggi sehingga apabila subsidi ditarik balik terasa gelap dunia. Kita terlupa rezeki semua dari ALLAH SWT. Banyak duit itu belum mengambarkan kekayaan kerana ramai juga yang sedikit duit lebih kaya daripada yang banyak duit. Ramai yang banyak duit tapi hutangnya lebih banyak dari duit terkumpul manakala ada yang sedikit duit tapi penuh dengan keberkatan. Banyak sikit tidak penting yang lebih penting keberkataan di sisi ALLAH SWT. Silapnya kekadang orang tinggi ilmu agamanya juga melatah berkongsi propaganda dunia tanpa memasukan unsur akhirat apabila berada dalam keadaan begini.

Teringat kata orang alim apa juga yang berlaku di muka bumi ini bukan masalah tapi hanya ujian. Masalah sebenar adalah apabila kita mengadap ALLAH SWT di Padang Masyar kita miskin pahala … itulah masalah yang sebenar. Sebenar sistem zakat yang Islam sediakan sudah terlalu sempurna yang kaya membantu yang miskin baaru ada keberkataan hidup ini.

“مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
(Surah An-Naml ayat 89)”

Kalaulah ada parti politik yang mempunyai manisfesto memansuhkan subsidi pasti akulah orang pertama yang akan mengundi demi kelansungan anak, cucu, cicit dan keturunan aku yang mampu berdiri dengan sendiri walau dimana mereka berada di atas muka bumi yang nyata mengikut kemampuan sebenar.

Sampai bila kita nak menagih subsidi?


Spread the love

98 Comments

  1. Kalau subsidi boleh menghancurkan negara mengapa selama ini telah banyak diberikan subsidi sebagai ttanda kerajaan prihatin dengan masalah serta bebanan dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah dan tidak lupa juga berbagai bantuan diantaranya bantuan BR1M, Bantuan Persekolahan Murid, bantuan semasa menjelang pilihanraya PRU13 baru2 ini. Malahan pihak parti kerajaan BN juga telah berjanji untuk menambah bantuan jika BN menang dalam pihanraya itu termasuk antaranya menabam bantuan BR1M sebanyak RM1,200 seorang!
    Kini bila sudah pilhanraya itu dan BN menang mudah, cuba pula untuk mungkiri janji – main2 tarik tali dengan mempersoalkan pula kewajaran bantuan serta subsidi, kononya subsidi bakal ‘memufliskan’ negara? Adakah kerana kerajaan BN sudah berhabis2an semasa PRU13 untuk menang dengan menawarkan ‘rasuah2’ tersebut hingga negara kekurangan wang, terpaksa menarik suibsidi minyak dan mungkin menarik balik bantuan BR1M pada masa depan? Dimannakah janji2 sebelum pilhanraya. Adakah ini satu tragedi bagi slogan ‘Janji Ditepati’ hingga menjadi ‘Janji Dikhianati’ – sama seperti janji2 parti pembangkang seperti yang kerajaan tuduh dahulu?

  2. setiap keputusan akan ada kesan baik dan buruk..apapun bila petrol naik…harga barangan pun akan naik juga…tapi income bagi pekerja swasta berpendapatan rendah tetap sama….tak kan la majikan mereka akan naikkan gaji pekerja setiap kali akan ada kenaikan kos kan…

    bila dapat berita petrol naik…berpusu2 orang serbu stesen minyak…nak isi minyak penuh…kalau tahan sebulan nak juga beratur…setakat bertahan tak sampai seminggu….baik tak payah….hehehe

  3. Kalau tak kerana subsidi, berapa kerat melayu di universiti. Kalau tak kerana subsidi, dah lama pesawah tak menanam padi. Kalau tak kerana subsidi, dah lama nelayan tak turun ke laut. Kalau tak kerana subsidi, harga barangan melambung tinggi. HAPUSKAN subsidi? Merdeka dari subsidi?…… hidupkan kapitalis? siapa kuat dia raja! Bukakan permit atau AP ? biarkan lambakan impot? Apa nak jadi? Rakyat gigit jari…… bangla, indon, mynmar penuh di sini sebab tokey lebih suka pekerja asing, upah lebih murah. Siapa kata negara lain tiada subsidi?.

  4. Assalamualaikum……

    Negara kita ramai yang berpendapatan rendah dan miskin…purata RM1000-RM450. Adakah mereka ini boleh hidup dengan keluarga yang besar (6 orang). Perbelanjaan sekolah, makan minum seharian, bayar bil elektrik dan air dan ditambah dengan harga minyak naik pula. Pasti membebankan.

    Nak cari pendapatan lebih, apalah yg mereka boleh buat. Nak cari income lebih di online, tiada komputer malahan nak akses internet pun memerlukan yuran/charge yang mahal daripada rangkaian telekomunikasi.

    Memang betul subsidi menghancurkan bangsa, tapi dah tersurat kita hanya mmapu menjadi kuli pada tauke cina. Kejayaan mereka semenjak dari nenek-moyang mereka lagi. Nak membina empayar kekayaan buakn suatu yang mudah.

    Hanya kita ada sebatang kara dan sekerat kudrat, memerlukan usaha yang kuat dan berterusan. Walau apapun nikmat Allah dan rezeki Allah Taala yang berikan. Kita hanya mampu merancang Allah yang akan menentukan. Bertawakallah…….
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Entri Paling Popular Ogos 2013My Profile

  5. Kerajaan menampung sesuatu subsidi dengan wang rakyat. Semakin tinggi subsidi, semakin tinggilah kos yang ditanggung kerajaan. Sayangnya yang banyak menggunakan subsidi adalah orang kaya raya. Bayangkan orang rendah pendapatan belanja petrol 200 liter sebulan, tapi orang kaya raya guna petrol 600 liter sebulan. Jadi kos subsidi tu pergi banyak kepada orang kaya raya.
    Curahan rasa waiman takwa @ ..Bonus Penjawat Awam Dalam Pembentangan Bajet 2014, Oktober 2013My Profile

  6. Ada benarnya DH tulis dalam artikel di atas, tapi ada sedikit saya nak sentuh.berbeza pendapat tak kisahkan? Subsidi memang betul susahkan negara dan mendidik rakyat jadi bangsa subsidi.Tapi, soalnya sekarang bukan tunding jari untuk salahkan orang lain.

    Negara lain tak ada subsidi, tapi pendapatan purata rakyat mereka berapa pulak? Memang Malaysia patut hapuskan subsidi ni, tapi adakah rakyat Malaysia dah bersedia dan boleh terima? Saya tak fikir rakyat Malaysia sudah bersedia.

    Pendapatan purata rakyat kita pun masih jauh lagi dari target jadi negara maju.formula ekonomi untuk kira purata pun tak adil.

    ikutkan fakta yang ada, average pendapatan purata rakyat malaysia USD 3k sebulan..hakikatnya sekarang, adakah semuanya dapat pendapatan macam tu?

    Itulah realitinya sekarang.Bagi saya, tak salah nak tarik subsidi, tapi kerajaan kena fikir macamana nak naikkan pendapatan rakyat terlebih dahulu.Kalau tidak, jurang antara org miskin dan orang kaya akan makin jauh.
    Curahan rasa Agenda Semasa @ ..Harga Minyak RON 95 & Diesel Naik 20 Sen (RM 2.10) & (RM 2.00). Terima Kasih?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!