Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.
Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.
Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.
Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.
Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.
Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.
455 Comments
Bertuah tetamu Allah pada tahun ini. Semoga mereka semua beroleh haji mabrur dan menjadi insan yg lebih cemerlang setelah kembali pulang….
Curahan rasa BM @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wahh… Cantik-cantiknya permandangan… Insyaallah satu hari nnt akan sampai jua di sana…. aminnn…
http://supernifzvitamin.com/beza-antara-ubat-dan-makanan-tambahan-supplement/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Wahhh!!! Kolesterol Turun Dalam Masa 2 Bulan
ramainya jemaah haji semoga haji di terima Allah serta selamat pergi dan balik, bila giliran saya dapat pergi sana, tingin nak tengok sendiri mekah
ramainya jemaah haji semoga haji di terima Allah serta selamat pergi dan balik
Semoga tiba giliran untuk kita pula dan dalam keadaan sihat untuk menunaikan haji nanti.
Subhanallah langit yang sangat cantik.. teringin sungguh nak ke sana..bila melihat ribuan jutaan manusia di sana..agaknya begitulah ramainya manusia di padang mahsyar nanti..malahan sudah tentu ramainya berlipat kali ganda..seluruh umat manusia dari setiap generasi..
Betapa bertuahnya insan yang terpilih menunaikan haji saban tahun..semoga satu hari nanti giliran kami pula akan menyusul
Kena pasang niat dari sekrang untuk ke Tanah Suci Mekah … mengujakan melihat ramai rakan blogger yang dah ke sana …
Waalaikumsalam, semoga semua jemaah haji menjadi haji yang mabrur dan sehat selalu, aamiin
semoga Allah murahkan rezeki kita untukj ke tanah suci mekah
Curahan rasa Tengkubutang @ ..BAPA YANG BAIK IALAH BAPA YANG BUNCIT
In Sha Allah, saya dan isteri dah pun mendaftar dengan tabung haji … tunggu giliran dan semoga dipermudahkan urusan nanti.
semoga jemaah haji akan mendapat haji mabrur. Sangat beruntungkan mereka yang dapat membuat haji akhbar tahun ini…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Balik Kampung: Kenduri Kesyukuran Penerbit Novel Karya Seni
Teringin sangat nak jejakkan kaki kat sana. Nak pergi dgn abah n mama. Tapi tak sempat, Allah panggil abah dulu..
Curahan rasa Effa @ ..Yea! Saya Dapat Kaftan Menyusu Free! 🙂
Semoga awk dan mama awk dpt pergi ke sana suatu hari nnti…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Terima kasih. Amin.plan gitu la. Nak bawa adik2 sekali. Smoga dipermudahkan.
Curahan rasa Effa @ ..Pengalaman Bersalin Di Hospital, buat saya terfikirkan tentang Home Birth……
Jikalau tidak dapat mengerjakan haji, dapat pergi mengerjakan umrah sudah bersyukur…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Insya Allah… niat yang baik akan dipermudahkan. Semoga Allah Ya Fattah Ya Razzak membuka pintu rezeki untuk saudari…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Madu ku
ENtah bila berpeluang ke tanah suci. teringin sangat sangat. Moga dipermudahkan..
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Moga dipermudahkan dan mama izzzara dapat menjadi salah seorg tetamu Allah..amin…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
betul tu saya pun teringin sangat untuk ke sana. Semoga ada rezeki kita kelak…. sabar separuh dari imankan… Aaamiiinnn
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Madu ku
memang ini salah satu dugaan bila menunaikan Haji..
InsyaALLAH.. Semoga semuanya dikurniakan haji mabrur…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
InshaAllah..
Sama sama kita doakan mereka mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanah air.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Comments are closed.