Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.
Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.
Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.
Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.
Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.
Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.
455 Comments
Tak terasa Waktu jamaah haji akan tiba lagi Ramadhan bulan 6 setelah itu lebaran dan waktu berhaji datang lagi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
menangis merindukan tanah dan mesjid ini semoga bisa menginjakkan kaki disana
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
Semoga menunaikan haji. insyaallah kalau ada rezeki boleh ke sana nanti
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
seronok daat tengok orang menunaikan haji. insyaallah kalau ada rezeki boleh ke sana nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Semoga menjadi haji yang mabrur dan dapat menjalankan ibadah-ibadah yang lain dengan istiqomah.. amien
Curahan rasa arif @ ..Pengelolaan Kegiatan Bermain Pada Pendidikan Anak Usia Dini
Alhmdulillah…semoga semua jemaah haji akan mendapat haji mabrur. Pada tahun ini juga suami saya antara yang beruntung kerana mendapat Haji Akbar.
Curahan rasa JunAina @ ..Budak Sekolah Bergaduh
antara suasana kemuncak ibadah haji , memang sesiapa sahaja akan merindui saat – saat bergini
Curahan rasa onlajer @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
anda telah merasakannya doakan kami semoga bisa menyusul kesana untuk bershalat di MEsjidil Haram dan mesjid Nabawi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
Ya Allah beruntungnya mereka yg dipilih Allah mengerjakan ibadat Haji tahun ni
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..5 Isu Yang Sering Timbul Berkaitan Produk Kuruskan Badan
Semoga Allah juga memanggil kitau ntuk menjadi Tamu Nya satu hari nanti di Tanah Haram
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Comments are closed.