Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network baru-baru ini telah menaja percutian Tuan Farizal, Pengurus Al Ansar Properties bersama keluarga di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Tajaan atas kerja kuat beliau membantu menguruskan pentadbiran Denaihati Network. Berikut adalah perkongsi pengalaman percutian beliau untuk tatapan pembaca blog Denaihati.com.
Pengalaman bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik dengan layanan oleh kakitangan di resort tersebut yang terbaik. Mana tidaknya, sampai di sana sahaja kami terus dijamu dengan ‘Welcome Drink‘.
Ditambah pula dengan biliknya yang besar, luas dan teratur dihiasi pemandangan pepohonan hijau yang mampu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.
Pelbagai pakej percutian kita boleh pilih di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ni bergantung kepada percutian kita seperti percutian keluarga, percutian bulan madu dan sebagainya. Menariknya setiap pakej percutian di sini adalah termasuk lawatan (Tour) di mana kita boleh pilih sama ada nak tour untuk 1 hari ataupun setengah hari.
Sepanjang percutian selama 3 Hari 2 Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands memang penuh dengan aktiviti menarik sama ada yang telah diatur oleh pihak resort mahupun aktiviti dengan keluarga. Memang tak rugilah datang berkunjung ke sini.
Sempat pergi melawat Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sangat menarik dan cantik pemandangan ladang teh BOH yang menghijau. Kawasan ladang tehnya sangat besar dan luas. Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungai Palas tu juga terdapat BOH Tea Centre yang menjadi tempat istirehat sesuai untuk hilangkan penat sambil menikmati minuman dan makanan berasaskan teh dan strawberry.
Gambar di atas merupakan jambatan untuk Tracking di puncak Gunung Brinchang yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti pengunjung boleh tengok Bandaraya Ipoh dari sini. Memang cantik. Nak naik ke puncak Gunung Brinchang ni kalau boleh jangan pakai kereta sendiri takut rosak je.
Berada di puncak Gunung Brinchang memang suatu pengalaman yang cukup best. Dapat melihat panorama yang sangat indah dari menara yang terdapat di puncak Gunung Brinchang. Boleh nampak kepulan awan bergerak. Sungguh cantik.
Taman rama-rama dan Strawberry Farm juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ada bermacam-macam jenis rama-rama boleh tengok kat situ. Di Strawberry Farm pula boleh petik sendiri buah strawberry. Buah strawberry yang ada di situ memang fresh, sedap dan manis, terbaik dari ladang.
Bila berada di Cameron Highlands memang rugi kalau tak singgah Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm. Banyak barang dijual dengan harga yang murah seperti baju, buah-buah, sayur, barangan cenderamata dan macam-macam lagi.
*Pakej yang diambil ni untuk 4 Dewasa dan 2 Kanak-kanak : Apartment Fresno Suite dengan 2 bilik tidur, 1 set Steamboat Dinner, kek, jamuan pie dengan kopi atau teh, dan setengah hari tour ke Gunung Brinchang. Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi.
Kepada Rakan Blogger yang teringin ke Strawberry Park Resort untuk percutian yang tidak dilupakan dengan package harga yang berpatutan sila contact team Denaihati insyallah boleh dapat yang terbaik.
172 Comments
WOW bagus sekali resortnya. Sejuk
wah… teringin nak pergi..lepas ni boleh contact bro denaihati la… tapi tak tau lagi bila.. huhu..
Curahan rasa Norfa @ ..Selamat Hari Lahir Norfanil
erm cam best jer… saya skarang tgah cari tempat untuk honeymoon..huhuhu…
selalu gak ke Cameron HIghlands…tahun nih jer 2 kali PM naik Cameron…insyallah next time boleh duduk kat Strawberry Park nih dan harap boleh dapat harga menarik dari Denaihati…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Miniland Di Legoland Malaysia
Sebuah tempat wisata yang pantas dikunjungi
Tujuan wisata pegunungan tuk berlibur bersama seluruh anggota keluarga
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Puasa Ramadhan
ada juga ura-ura nak ke cameron highland sbb suami dpt baucer hotel di sana… nantilah difikirkn semula… kami pernah menginap di hotel berhampiran kea farm tu… 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gambar baby Hanie – 8 bulan
Selamat bercuti dan berkunjung ke sana dgn enak sekali, padat dgn suasana yg bising spt bandar dan dpt menghirup udara segar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi di Gunung Brinchang juga amat berpatutan dgn pakej murah lagi menjimatkan. sesuai utk keluarga yg ada anak2, boleh mengindap di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Satu pejalanan yg menarik utk simpan dlm kamus lawatan, dpt mengambil foto yg menarik di sana, boleh disimpan di dlm koleksi foto2 di komputer. wow……bagus sekali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm pula byk sayur-sayuran fresh dijual spt kubis,lobak, bunga kubis, tomato dan buah strawberry serta barang2 spt baju, cenderahati dan berbagai-bagai lagi. Bpleh dibeli dan dibuat kenang-kenangan bila pulang nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Strawberry Park Resort, Cameron Highlands satu tempat yg menarik utk dilawati, byk tempat2 menarik, sesuai utk santai bersama keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Senangnya kalau bisa berlibur dan mengisi liburan di sini yah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Apalagi bila membawa keluarga tentunya akan lebih menyenangkan lagi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Anak-anak pun akan bisa bermain di taman srawberry di sana
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Dan menikmati pemandangan yang indah di puncak gunung Brinchang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Serta bisa menghirup udara bebas yang jauh dari polusi udara di puncak sana
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Kapan yah bisa membawa keluarga berlibur di sana
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Bila mendapatkan rejeki serta diberi kesempatan ingin bisa berkunjung di sini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Assalamualaikum..tentunya perjalanan ini yg sangat menyeronokkan
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Malam Nisfu Syaaban
agak2 berapa anggaran harga terbaik yang leh dapat dari team denaihati ye ?
Curahan rasa pipoq @ ..Wordless Wednesday – Kasih sayang
wow…rama2…..cantik…kalau dapat tngok depan mata lagi cantik…
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
Memang sepertinya begitu sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Comments are closed.