Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network baru-baru ini telah menaja percutian Tuan Farizal, Pengurus Al Ansar Properties bersama keluarga di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Tajaan atas kerja kuat beliau membantu menguruskan pentadbiran Denaihati Network. Berikut adalah perkongsi pengalaman percutian beliau untuk tatapan pembaca blog Denaihati.com.
Pengalaman bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik dengan layanan oleh kakitangan di resort tersebut yang terbaik. Mana tidaknya, sampai di sana sahaja kami terus dijamu dengan ‘Welcome Drink‘.
Ditambah pula dengan biliknya yang besar, luas dan teratur dihiasi pemandangan pepohonan hijau yang mampu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.
Pelbagai pakej percutian kita boleh pilih di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ni bergantung kepada percutian kita seperti percutian keluarga, percutian bulan madu dan sebagainya. Menariknya setiap pakej percutian di sini adalah termasuk lawatan (Tour) di mana kita boleh pilih sama ada nak tour untuk 1 hari ataupun setengah hari.
Sepanjang percutian selama 3 Hari 2 Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands memang penuh dengan aktiviti menarik sama ada yang telah diatur oleh pihak resort mahupun aktiviti dengan keluarga. Memang tak rugilah datang berkunjung ke sini.
Sempat pergi melawat Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sangat menarik dan cantik pemandangan ladang teh BOH yang menghijau. Kawasan ladang tehnya sangat besar dan luas. Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungai Palas tu juga terdapat BOH Tea Centre yang menjadi tempat istirehat sesuai untuk hilangkan penat sambil menikmati minuman dan makanan berasaskan teh dan strawberry.
Gambar di atas merupakan jambatan untuk Tracking di puncak Gunung Brinchang yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti pengunjung boleh tengok Bandaraya Ipoh dari sini. Memang cantik. Nak naik ke puncak Gunung Brinchang ni kalau boleh jangan pakai kereta sendiri takut rosak je.
Berada di puncak Gunung Brinchang memang suatu pengalaman yang cukup best. Dapat melihat panorama yang sangat indah dari menara yang terdapat di puncak Gunung Brinchang. Boleh nampak kepulan awan bergerak. Sungguh cantik.
Taman rama-rama dan Strawberry Farm juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ada bermacam-macam jenis rama-rama boleh tengok kat situ. Di Strawberry Farm pula boleh petik sendiri buah strawberry. Buah strawberry yang ada di situ memang fresh, sedap dan manis, terbaik dari ladang.
Bila berada di Cameron Highlands memang rugi kalau tak singgah Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm. Banyak barang dijual dengan harga yang murah seperti baju, buah-buah, sayur, barangan cenderamata dan macam-macam lagi.
*Pakej yang diambil ni untuk 4 Dewasa dan 2 Kanak-kanak : Apartment Fresno Suite dengan 2 bilik tidur, 1 set Steamboat Dinner, kek, jamuan pie dengan kopi atau teh, dan setengah hari tour ke Gunung Brinchang. Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi.
Kepada Rakan Blogger yang teringin ke Strawberry Park Resort untuk percutian yang tidak dilupakan dengan package harga yang berpatutan sila contact team Denaihati insyallah boleh dapat yang terbaik.
172 Comments
Wah..ramai sangat tempat ini banyak dikunjungi oleh orang, pemandangannya pun sangat menawan
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
Tentu saja berlibur disana akan banyak memberi kenangan manis yang tak akan dilupakan.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
Beruntungnya bila bisa sampai ke Strawberry park ini 🙂
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran…
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
wah meriahnya tempat ni…mcm di kaki gunung kinabalu suasananya
Curahan rasa eryati @ ..Maharku Untukmu
Betul sahabat, sangat ramai pengunjungnya karena memang tempatnya sangat menarik
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
tentu sejuk kan di sana….
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
Tempat dan daerah wisata yang menyenangkan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
wisata pegunungan dengan pemadangan yang indah di sana
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Terus teringatkan Gunung Kinabalu di Sabah 🙂
Curahan rasa ummi @ ..Lama tidak buat post
ke sabah pun saya belum pergi ni…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Pasti ada beribu-ribu spesis rama2 disana. Yang kecil , sederhana besar dan besar, dah tentu ada di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Taman rama-rama, spesis rama-rama beraneka warna-warni, pastinya kanak2 melihat begitu teruja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Taman rama-rama dan Strawberry Farm dua tempat berbeza tapi ada keistimewaan masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Dengan harga berpatutan yg dikenakan, pasti bila pergi dan akan rasa nak pergi lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
pergi berkali2 pun tak bosan kalau tempat itu menarik…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
Bila ke sana pasti tidak lupa selamanya, malahan dpt bercerita dgn reman2 yg belum pergi lagi, aduh…..indah sekali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Lihat kehijauan daun teh, kemerahan buah strawberry, keputih-kuningan sayur kubis serta sayur2 lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Pemandangan yang sungguh menawan, tentu membuat rasa ingin nak pergi kesana…
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
cantik sungguh kan permandangan di sana…
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
Begitu menawan sekali dpt memetik buah strawberry, buahnya yang merah tu..rasanya pasti sedap, masam2 manis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Dah ada wang simpanan tp ada keperluan lain yg lebih memerlukan. Hasrat ke sana sentiasa tergendala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Rasa teruja andai dpt melihat ladang teh BOH, yang terkenal dgn teh BOH ada emmmm…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
teringin nak minum teh tarik la pulak….heheh…
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
Pernah minum teh BOH, tapi belum berkunjung atau melawat lagi di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Keinginan di hati, memang tak pernah padam utk ke sana, mungkin suatu haru nanti ku pergi jua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angrys Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
saya doakan semoga cita-cita tercapai
Curahan rasa smp3lembang @ ..9 Tempat Tujuan Bulan Madu terbaik Di dunia
Mudah2an kelak suatu hari bisa sampai kesana ya sahabat, amin
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
Comments are closed.