Status Halal Malaysia jangan diragui

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak ke belakangan ini isu Status Halal Jakim menjadi bualan di sosial media dari isu status Frankfurter Ramly, status Halal Meatball IKEA, status Halal Secret Recipi dan Bir Arabstatus Halal restoran Nando’s dan paling panas status Halal Kopitiam di Malaysia sehingga kepada status Halal coklat pepero. Rakyat Malaysia begitu perihatin dengan isu halal haram dan sentiasa mencari informasi dengan menyemak Status Halal Jakim secara online dan SMS.

Tahukah anda sejarah Status Halal di Malaysia bermula pada tahun 1972 apabila Kerajaan telah mengujudkan Akta Perihal Dagangan 1972 dengan memperkenaklan Surat Halal pada tahun 1974. Penggunaan Sijil Halal hanya mula diperkenalkan pada tahun 1994 yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2008 kuasa memberi sijil halal telah diserahkan kepada Halal Development Corporation (HDC) yang kemudian diserah kembali kepada JAKIM pada tahun 2009.

[box type=”shadow”]Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman – Al Maidah ayat 88[/box]

Dari maklumat  yang aku dapat dari 1972 sehingga sekarang pengusaha atau syarikat TIDAK DIWAJIBKAN untuk memohon sijil halal untuk produk atau permis mereka. JAKIM juga tidak ada kuasa untuk memeriksa status halal produk yang diimport dari luar negara. Ini yang ramai keliru dengan menyalahkan JAKIM tidak membuat serbuan kilang atau restoran atau menyekat produk dibawa masuk ke Malaysia yang tidak mempunyai Sijil Halal. JAKIM dan agensi yang berkenaan hanya mempunyai kuasa untuk memeriksa produk dari luar negara yang mempunyai label halal kerana hanya produk yang mempunyai label halal yang dibenarkan JAKIM sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia.

semak-status-halal-secara-online-dan-sms
Pastikan logo halal yang betul di tampal di restoran dan hotel.

Yuran untuk memohon Sijil Halal tidaklah mahal sangat hanya RM100 untuk satu produk, RM100 untuk satu premis restoran dan RM100 untuk satu dapur hotel, untuk kadar yang lain boleh semak di yuran sijil halal JAKIM. Sijil Halal akan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pembayaran yuran dibuat setelah semua dokumen dan syarat pensijilan telah dipatuhi. Masalah yang berlaku banyak pengusaha menggunakan orang tengah dengan bayaran yuran yang sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu ringgit sedangkan sebenarnya pengusaha boleh memohonan Sijil Halal secara online di website e-Halal Jakim  dengan kos yang sangat murah. Kepada pengusaha baguslah memohon sijil halal kerana menjadi satu kesalahan besar kepada pengusaha kilang, hotel dan restoran menipu logo Halal dan akan berdepan dengan hukum berat.

Pensijilan Halal JAKIM melalui berbagai peringkat dan audit yang sangat ketat dengan menggunakan makmal Jabatan Kimia Malaysia yang mempunyai akreditasi yang diiktiraf dunia untuk menganalisa produk, jadi dari sudut saintifiknya tidak sepatutnya pengguna meragui status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum ini beberapa kali JAKIM telah menjawab beberapa isu produk yang diragui sijil halalnya seperti isu halal McDonald, Starbuck dan Secret Recipi. Paling terbaru pengguna masih ragu dengan status halal coklat cadbury walaupun sudah disahkan halal oleh JAKIM. JAKIM hanya menarik sementara sijil halal Cadbury untuk siasatan dan bukannya dibatalkan.

[box type=”shadow”]Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)[/box]

Terdapat ramai pengguna yang tidak yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk tertentu contohnya Cadbury dan yakin pulak status halal produk yang lain. Pada pendapat aku soal halal haram makanan ini sangat sensitif apabila kita tidak mengiktiraf status halal JAKIM pada suatu makanan tertentu maka ini bermakna kita juga tidak mengiktiraf semua makanan lain yang menggunakan status halal JAKIM. Kita tidak boleh terlalu emosi dalam status halal sesuatu produk tanpa membuat menyelidikan dengan hanya bergantung pada informasi wassap dan facebook tanpa pengesahan. Sebarang persoalan dan maklumat atau keterangan isu status halal JAKIM, bagus kita terus hubungi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 atau terus datang ke pejabat untuk penjelasan.

Blog Denaihati akan terus menulis dan berkongsi informasi yang berkaitan dengan Status Halal makanan untuk rujukan pembaca.


Spread the love

84 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!