Status Halal Coklat Pepero

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]

Status Halal coklat pepero

Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz  dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.

coklat pepero halal atau tidak

Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.

[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN

Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini

Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini

Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]

Khamis, 03 April 2014 00:31

Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.

Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.


Spread the love

187 Comments

  1. anak buah saya yg baru umur 4 tahun… petah bercakap… apabila membeli makanan yg dia belum pernah makan dia akan belek dulu bungkusan makanan tu. bila kami tanya apa yang dia cari? dengan selamba dia jawab ‘cop Halal’. sya salute ibu bapa anak buah saya ni… mereka kenalkan anak mereka kepada cop halal tu.. dan terutama sekali cop halal jakim. jadi secara tak sedar anak juga akan mencari produk yg ada status halal jakim.

  2. eerg . entri yg pling mnyampah sbb pnye la pnjang entri . tp xdew pon tulis halal atau haram? yg ad cme persoalan. jwapannye kne buka website jakim la website ni la.. so skrng pew function nye entri ni ditulis tp xdew penjelasan yg penuh? lbih baek trus buka wsite jakim jer.. errg.

  3. tinggalkan yang haram dan syubhah, insyaAllah hidup tenang..ramai manusia yang ambil berat tentang makanan & minuman yang dibeli tapi tak ambil berat pun tentang sumber wang untuk membeli makanan & minuman tu samada halal atau syubhah atau haram..
    Curahan rasa pipoq @ ..Haram bertambah haramMy Profile

  4. “Gelatin adalah sejenis bahan yang diperbuat daripada berbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan sebagainya. Oleh kerana bahan tersebut pada masa ini diperbuat diluar negeri iaitu yang tidak diketahui sama ada dari babi, bangkai binatang yang halal dan sebagainya, maka kedudukanya adalah diragui. Mengikut hukum syarak jika sekiranya satusatu perkara itu diragui samaada halal atau haram maka ianya terjatuh dalam perkara syubahat makan hukumnya adalahharam”.

    Menurut Jumhur Ulama’, penggunaan bahan-bahan yang haram atau yang bercampur dengan najis untuk tujuan perubatan adalah haram. Walaubagaimanapun menggunakan ubat dari benda yang najis selain dari benda yang memabukkan dalam keadaan dharurat adalah harus sebagaimana pendapat Ibnu Ruslan (Mazhab Shafie) dalam Kitab Sunan Abi Daud. Pendapat ini berlandaskan kepada Hadith al-‘Urniyyin yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh Sahabat meminum air kencing unta membuat ubat. Hadith ini merupakan kebenaran khas dimana umumnya adalah diharamkan berubat dengan benda yang haram kecuali sekiranya dharurat di mana tiada bahan lain yang boleh menggantikannya.

    Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
    Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud.

    Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)”

  5. Salam Tuan Admin,

    Sila jangan cedok tangkap muat pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Pandangannya itu tentang gelatin adalah dalam konteks produk yg dikeluarkan di negara luar (barat) apabila berada/tinggal di negara sana dan mungkin tiada pilihan lain, BUKANNYA boleh digunapakai tangkap muat ikut suka nak pakai fatwa tu kat Msia, yang mn memang ada pihak berkuasa yg boleh mengesahkan produk keluaran samada halal atau tidak.
    Saya sudah lebih sepuluh tahun duduk di UK ni pun byk alternative lain dari nk pi hentam makan jugak coklat yg ada gelatin babi ataupun lembu (yg tidak disembelih). Contohnya, coklat, mcm jenama Thornton ada label Vegetarian n Alcohol-free. Rata2nya umat Islam di UK sini bila membeli coklat, cari yg Vegetarian, ini yg kat Msia lak terhegeh2 ndak jugak pi makan coklat imported yg ada gelatin haiwan tidak disembelih, apekehalnya?

    1. Ish…melampau sangat tu, mmg sah lah haram makan punggung babi…Qadrawi ni kira ulama dunia taw, mmg berhujah berdasarkan ilmu pengetahuan yang tinggi. Orang macam ko dan aku ni mmg tak layak nak membidas Qadrawi ataupun ulama muktabar yang lain…terima je larh

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!