Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat malam 1 Ramadhan penuh sesak Masjid di Taman Perumahan kami setelah puasa diistiharkan oleh Pemegang Mohor Besar Majlis Di Raja. Ada di kalangan yang datang macam tak pernah kenal pun dan ada yang tak sangka rupanya kita duduk satu taman perumahan.
Habis je Solat Terawih 8 rakaat bertempiaran keluar sehingga tak sempat nak tunggu doa tinggallah beberapa saff jemaah biasa yang meneruskan hingga rakaat ke 20 dan Solat Witir 3 rakaat. Bagaimana fenomena di Masjid dan Surau tempat anda, sama ke?
Solat sunat Terawih ini istimewa kerana hanya diadakan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan-bulan yang lain. Kalau Para Sahabat, Ulama dan Para Tabiin menganggap Solat Terawih sebagai acara merehatkan badan sambil mendengar bacaan Al Quran untuk mendapat redha ALLAH SWT tetapi kita pula merasakan bagai paksaan.
Semakin penghujung Ramadhan ujian semakin tinggi kerana acara dunia semakin banyak mana yang nak pergi majlis Buffet Ramadhan, shopping baju raya dan shopping kuih raya. Fenomena biasa semakin hujung bulan Ramadhan Masjid dan Surau semakin kosong dan Pasaraya dan Mall semakin penuh.
Kenapa tidak tahun ini kita bersama mengubah budaya yang tidak baik ini. Mari kita sama- sama berazam untuk melipat gandakan amalan terutama Solat Terawih dan mengejar Lailatul Qadar yang ganjarannya SubhanAllah terlalu besar tiada bandingan dengan wang ringgit, Emas dan Silver trillion dollar. Kalau tak sempat solat di Masjid atau Surau bolehlah kita laksanakan di rumah sendirian atau berjemaah dengan keluarga.
Tak kisahlah Solat Terawih 8 atau 20 rakaat yang penting jangan tak solat lansung kerana jangan jadikan kita antara manusia yang rugi. Jangan jadikan Ramadhan tahun ini tiada nilai muhasabah dan kita sama seperti tahun-tahun yang lepas. cuma buat 8 dapat pahala 8 tak sama dengan ganjaran untuk mereka yang buat 20 rakaat.
Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki apa yang kurang sebelum ini. Peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah imannya.
Panduan Solat Terawih dan kelebihannya @ Solat Sunat Terawih.
47 Comments
Ada satu hari aku Solat Tarawih 20 rakaat… ku lihat jam di dinding surau masih awal…. rupa-rupanya jam tuh rosak da…. Alhamdulillah…. 20 rakaat 🙂
Curahan rasa zack @ ..3 Hari Cuti
aku plak xpernah buat 20..hehe
video malaysia vs ukraine sukan universiti duniaPELAWANAN PERSAHABATAN ITALY VS SEPANYOLFacebook mula saingi BlackBerryPELAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN SEMPENA PIALA MALA…Malaysia terlepas peluangPerlawanan Spurs-Everton ditundaGuru agama ditahan liwat pelajarSemangat merdekaZulkifli Noordin cabar Anwar BAJU PALING MAHAL ABAD INI5 GUA TERCANTIK DUNIA
Curahan rasa TopiJerami @ ..Kerajaan P Pinang tidak sensitif agama Islam – Ahmad Zahid
Kalau takde assignment, insyaallah saya pergi..tapi awal ramadhan je yang dapat, lepas tu assginment datang bertimbun2..memang takde masa..harapkan hujung minggu je
sementara nyawa dikandung badan, buat lah yang terbaik. jangan ketika sedang menunggu untuk ditimbang ibadah, baru nak fikir, itu pun dah terlambat.
8 atau 20 itu antara kita dan Allah. yang penting keikhlasan melakukannya. dan persanan untuk yang buat 8 rakaat, pastikan selesai wirid.
jom sama2 jana pendapatan dibulan ramadhan ini…
tinggalkan maksiat,tingkatkan ibadat.. 🙂
dah biasa dari zaman sekolah buat 8 je. syukur masih bertahan..
Curahan rasa tips-kurus @ ..Petua Membuat Orang JATUH CINTA
selalu rakaat terawikh ni jadi isu kan…
siap ulamak pun ada berdebat pasal ni…
hamba marhaen ni hanya mampu uat 8 je…huhuuu
Curahan rasa noriz @ ..Tak kenal jiran di Edisi Khas (ku terasa!)
buat terawih jangan tak buat witir pulak. ala 3 rakaat je tak kan malas kot. selalunya lepas habis terawih 8 rakaat bertempiaran lari keluar, kalau ya pun apa salahnya solat witir dulu. itu dituntut.
Curahan rasa afiq aiman @ ..Bantuan Blogging Dari Fokusblogger
Mungkin mereka azam nak buat qiyam kat umah n sambung witir tapi jangan sampai tak buat lansung witir tu.
solat witir sebenarnya besar pahalanya..kalau kita perasan perkara yang besar pahalanya yang jarang kita lakukan atau tidak menyedarinya.
8 je slalu
seeloknya solat tarawih ni imam dia baca 1 juz quran untuk 1 malam bukan sibuk nak cari masjid mana yang imam dia champion F1 hahaha.
Curahan rasa ROJAK @ ..Google Adsense in Malay ?
masjid tempat gerrard buat 8 rakaat tambah witir lepas tu ada penceramah jemputan bagi tazkirah..
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Fantasy Premier League 2011/2012
tidak ada alasan sebenarnya bagi kita untuk memperselisihkan jumlah rakaat. Semua sudah selesai sejak zaman sahabat. Apalagi perpecahan adalah tercela dan persatuan umat wajib dibina. Isu besar dalam pelaksanaan shalat tarawih adalah kualitas shalatnya. Apakah benar-benar kita bisa memanfaatkan shalat tarawih menjadi media yang menghubungkan kita dengan Allah hingga ke derajat ihsan?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lomba Penulisan Blog ASEAN Blogger Indonesia 2011
Ditempat saya biasanya setelah 8 rakaat maka ada 1 orang imam yang memimpin shalat witir, yang akan mencukupkan 20 rakaat menunggu sampai kelompok yang 8 rakaat selesai melaksanakan shalat witir.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lomba Penulisan Blog ASEAN Blogger Indonesia 2011
semoga saja perbedaan jumlah rakaat shalat tarawih tidak menganggu jalinan ukhuwah kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Lomba Penulisan Blog ASEAN Blogger Indonesia 2011
sebenarnya isu ini kecil sangat. hanya ada orang orang yang tidak berapa faham yang menyebabkan pertelingkahan berlaku
Curahan rasa syafiq @ ..Lampu Gantung Ala Klasik
2-2 pon boleh..tadak masala…huhuhu…
Curahan rasa scaniaz @ ..Memek Muka Ngeri Penerjun Olimpik Dunia
ada 2 hari dah saya pon tergolong dlm golongan yg rugi sbb xsmpt solat terawih. balik kerja, terus tertido 🙁
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Stitching Concrete Stool: Bangku Daripada Konkrit Yang Boleh Dijahit!
Tak kesah.mana-mana ikut niat
Curahan rasa sukacuka @ ..Man dan Teknik Sepang
biasa buat 8 rakaat solat terawih dan 3 rakaat solat witir.. tak pernah lagi buat 20.. huhu
Curahan rasa Fakarepain @ ..HARIAN METRO CEDOK ENTRI AKU KE NI ??
Comments are closed.