Solat Sunat Gerhana Matahari

Spread the love

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera, sukacita dimaklumkan bahawa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid dan surau untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

gerhana matahari separa

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
5. I’tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca dua khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Untuk melihat cara  solat boleh tonton video  di entri “Solat Gerhana  Matahari“.

mencerapan gerhana matahari

SEDEKAH TERBAIK KETIKA GERHANA

Di antara waktu afdhal atau utama untuk sedekah adalah saat gerhana muncul dan selama gerhana tersebut berlangsung.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan BERSEDEKAHLAH.” (HR. Bukhari no. 1044)


Spread the love

34 Comments

  1. Kami di Indonesia berkesempatan menyaksikan fenomena alam yang luar biasa. Menunjukan betapa kecilnya kita sebagai menusia didepan Sang Pencipta.
    Beruntung karena kami diberi kesepatan fenomena alam yang sangat langka terjadi.
    Alhamdulillah juga rasa syukur kami, kami panjatkan dengan melakukan solat Gerhana…
    Semoga ada hikmah yang kita dapat dari kejadian alam yang luar biasa ini.
    Salam Muhtar di Bandung, Indonesia
    Curahan rasa Iyank Muhtar Jaket Parasut @ ..Grosir Celana Jeans Murah Bandung SMS : 089672143303My Profile

  2. Dulu masa budak kita ingat cantik, lepas tu kalau tengok memang sangat cantik, rupanya itu antara peringatanNya

  3. Subhanallah..maha besar allah dengan kebesaranya..satu fenomena alam yang hanya allah.swt yang bisa melakukannya,semoga keimanan kita semakin bertambah dengan adanya gerhana matahari ini..aamiin.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!