Skim Adam50 ajar anak duit buat duit

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Tips duit buat duit dan duit“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi cerita skim Adam50 peluang duit buat duit untuk anak-anak kita.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Teringat dulu masa Abang daftar masuk UKM diwajibkan melabur di Amanah Saham Nasional (ASN) minima RM10. Oleh kerana Abang orang miskin jadi melaburlah paling minima RM10, ada kawan yang melabur RM100. Selama sepuluh tahun tak pernah ambil tahu pun pada pelaburan RM10 ini tetapi apabila periksa rupanya RM10 sudah berganda jadi lebih daripada RM100 manakala kawan Abang yang melabur RM100 dan beganda jadi lebih RM1000. Masa ni ada pelabur yang melabur RM10,000 selepas sepuluh tahun berganda jadi lebih RM100 ribu. Masa itu rasa ruginya kenapa Abang tak melabur RM1000 tapi yang lepas tidak akan boleh diulang.

Hikmahnya inilah titik mula kesedaran Abang kepada kehebatan pelaburan dan faham konsep duit buat duit. Abang mula mencari buku-buku yang boleh menambah ilmu pelaburan dan menghadiri seminar-seminar percuma untuk meningkatkan ilmu pelaburan.

Budaya melabur perlu dimula dari awal usia kalau tidak memang tidak akan faham sampai tua dengan berbagai alasan. Kemanisan duit buat duit akan menyebabkan pelabur jadi ketagih untuk menyimpan dan melihat hasilnya.

Abang memang sokong dengan insentif Bajet 2018 memberi skim ADAM50 kepada anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2018 sehingga 2022.

“Ibu bapa disaran memanfaatkan sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (Adam50), yang buat julung kali diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2018, bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50),”

Beliau berkata, skim itu merupakan satu lagi pendekatan baharu kerajaan dalam mewujudkan dana simpanan masa depan khusus untuk anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022, dan skim berkenaan akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Adam50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB. Jika simpanan dana ini disimpan tanpa diusik, nilainya akan bertambah dan meningkat dari tahun ke tahun kerana ia bukan seperti simpanan biasa dalam akaun bank. Simpanan ini kelak akan membantu anak-anak sama ada untuk pengajian dan memulakan pekerjaan.

Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 5%

  1. Sepuluh tahun – RM3,257
  2. Dua puluh tahun – RM5,306
  3. Tiga puluh tahun – RM8,643
  4. Empat puluh tahun – RM14,080

Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 6%

  1. Sepuluh tahun – RM3,561
  2. Dua puluh tahun – RM6,414
  3. Tiga puluh tahun – RM11,487
  4. Empat puluh tahun – RM20,571

Kiraan anggaran jumlah keuntungan pelaburan ADAM50 untuk pulangan 7%

  1. Sepuluh tahun – RM3,934
  2. Dua puluh tahun – RM7,739
  3. Tiga puluh tahun – RM15,224
  4. Empat puluh tahun – RM29,948

Syarat paling utama ibu bapa jangan usik, tambah tak apa seperti Abang tak usik pelaburan RM10 di ASN selama sepuluh tahun.

Abang sokong skim ADAM50 kerana telah membudayakan sifat melabur sejak baru lahir lagi untuk persediaan masa tua. Lebih beruntung kerana permulaan pelaburan ADAM50 adalah insentif yang disediakan oleh Kerajaan bukan dari kocek kita.

Memang sedih sebab budaya melabur ini hanya ada beberapa peratus sahaja di kalangan rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya daripada konsep simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Abang akan kemaskini entri ini apabila sudah tahu cara untuk memulakan pelaburan ADAM50.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

 


Spread the love

42 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!