Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.
Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.
Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.
Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.
Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.
Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.
Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!
Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?
Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)
Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .
Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.
Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?
Ini antara maklum balas pembaca Denaihati
Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.
Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la. Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar. Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal. Wallahua’lam. Pandangan peribadi.
Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa
Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.
Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
200 Comments
Assalamualaikum semua..
Masalah utama yang saya kesan disini ialah Celcom JARANG SANGAT UNTUK BLAST SMS ATAU CALL CUSTOMER tentang masalah yang sedang dan bakal dihadapi. Info yang diberikan oleh pegawai bertugas di kaunter pun hanya cukup2 makan..ada tu siap salah info lagi. Semua ini MENYUSAHKAN PENGGUNA. Tapi kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih telko terbaik di Malaysia. JANGAN RASA SAYANG SANGAT UNTUK BERHIJRAH (port out) sebab masih banyak telko terbaik diMalaysia yang menawarkan servis dengan harga kompetitif. Janji JANGAN ADA KONTRAK dengan telko berkenaan. Saya dah guna hampir semua telko di Malaysia kecuali Webe…sebab? Saya bukanlah pengguna tegar internet…cuma surfing bila ada kelapangan..
suka baca entri2 abg Denai Hati…heheheh ..TERBAIK!!
celcom adalah entiti korporat yang terbesar di Malaysia..
pelanggan ramai dan karenah juga pelbagai…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pendaftaran Affiliate Pendapatan Pasif Kini Dibuka
Mungkin ada juga betulnya.. bila dah terlalu ramai pelanggan, mereka tak kisah pun kalau setakat sorang dua pelanggan beralih arah kepada telco yg lain.
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
bisnes telco sangat berbeza dengan bisnes lain…
pelanggan yang tak puas hati tidak akan menjejaskan bisnes mereka..
kecuali dalam jumlah yang ramai
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Soalan Dan Jawapan Tentang Poligami
sudah lama web denaihati ngga update lagi informasi bermanfaatnya. Ditunggu sekali update artikelny agar bisa menambah wawasan buat saya
Curahan rasa obat stroke ampuh @ ..Obat Herbal stroke paling ampuh di dunia
Nampaknya ramai pembaca dah merindui artikel atau entri terbaru blog Denaihati..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Terutamanya sudah pasti ramai yang berminat nak tahu perkembangan majlis Sepetang Bersama Blogger 2017..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
tuan admin Denaihati..agak sibuk tu..
banyak kerja luar yang perlu diselesaikan
saya juga menunggu artikel terkini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pendaftaran Affiliate Pendapatan Pasif Kini Dibuka
saya merupakan pengguna Celcom sudah lama..
tetapi banyak syarikat telco yang lain sudah saya cuba..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 Ribu
Onexox dah cuba ke tuan?
Ok jugak setakat ni.. cuma agak leceh sikit nak kena request untuk setiap perkara..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
alhamdulillah nasib pakai u mobile hehe
slow tapi murah skit
baru nak tukar celcom
harap celcom bagi perkhidmatan yg mesra pengguna
Curahan rasa alpha lipid sd2 @ ..Alpha Lipid SDII Enhanced Formula
saya dah lebih 5 tahun guna umobile..memang ada slow sikit kadang tue, tapi setakat nie masih puas hati. lagipun dah malas nak tukar-tukar. pulak tu dengar kawan2 yang guna celcom & maxis banyak juga yang komplen. :p
Curahan rasa Oja Samid @ ..Lokasi Baru Shaklee HQ di Sunway Geo Tower, Bandar Sunway
Menarik gak tu.. setakat ni belum pernah lagi guna u mobile..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Wah kayaknya belum update lagi ya bang, duh lagi sibuk di dunia nyata ya bang, ok moga sukses segala hajatnya dunia akhirat ya Bang… aaamiiiin……….
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Legendaris Mandarin : Sampek Engtay 3 tamat
Dengar-dengar dalam minggu ni semua telco memang ada masalah.. hmm macam2 la..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Peluang Kedua Untuk H12-Media ?
setiap hari dengar customer merungut. tapi nampaknya mereka tak improve.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Baiki Masalah Channel Astro Hilang
Bila berlaku atau ada aduan dari pelanggan, sepatutnya perlu ada peningkatan service.. sebab customer is a king..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Di Malaysia nie bab kualiti khidmat pelanggan masih agak ketinggalan. Mudah-mudahan syarikat telco yang ada bijak ambil tindakan sebab saingan pun agak sengit.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Chickenpox Ketika Dewasa | Sejauh Mana Kita Perlu Risau?
Celcom mmg selalu kelentong.. fara masih pakai celcom wlpon selalu mengecewakan sebb line celcom sini je bagus… Nk tukar lain masih xtahu yg mana sesuai…
Tukar onexox.. saya guna postpaid digi dan prepaid onexox.. Alhamdulillah.. setakat ni berpuas hati dgn servis yg diberikan..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Ibu dah pernah pakai maxis dan celcom. U mobile juga
.
Setakat ni maxis dan celcom memang agak teruk kualiti dan layanan pada pelanggan
.
U mobile setakat ni memuaskan
.
Ibu duduk kawasan kl je
.
Oklah ni
.
Tak tahu pula kawasan luar bandar macam mana
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3
Line Celcom dan Maxis ni ikut tempat dan kapasiti pengguna di sesuatu kawasan… Setengah tempat dekat kawasan pedalaman tak berapa ok…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Dekat tempat saya Alhamdulillah… Sekarang ni dah ok sikit berbanding sebelum ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
broadband saya celcom, walaupun kadang-kadang slow mcm siput, tapi masih ok lah. belum lagi mencuba broadband yang lain
Curahan rasa siti hazreen @ ..Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017
Ambil pakej data berapa ringgit utk broadband celcom? Kena kaji juga tawaran harga telco yg lain.. tengok mana yg lebih berbaloi..
Curahan rasa anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Cari pakej yang sesuai dengan keperluan..
Nanti tidak la rasa kerana terbeli yang tidak sepatutnya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..6 Cara Untuk Pilih Takaful Di Sarawak
pernah gak ada broadband dulu, bila tak guna sangat saya pun terminate je
Curahan rasa raihanah @ ..Luka Diabetes Bernanah Sembuh Dengan Vivix
tq for sharing saya masih lagi terikat dgn maxis commitment
Boleh saya tahu berapa lama terikat kontrak dengan Maxis? 2 tahun ke?
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Sekarang saya guna Digi. Alhamdulillah setakat ni servis Digi ok dan Kuota Internetnya saya rasa tak kelentong. Cuma Digi kadang2 ada masalah takda line dalam bangunan. Nasib baik ada line dalam umah dan opis.
Curahan rasa nas rashwealth @ ..Risiko penyakit kencing manis
Samalah kita.. Kita geng.. Saya juga pengguna tegar Digi… Alhamdulillah sampai sekarang masih terus setia bersama DiGi..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Isu tak der line ni ada juga berlaku di tempat saya… Tapi tak keraplah…
Antara DiGi, Maxis dan Celcom… Maxis dan Celcom lebih kerap takder line di tempat saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
sama pula lah di indonesia pun celcom atau xl axiata nama dikita itu akhir-akhir ini jelek sangat, entah apa yang terjadi segala susah kalo na akses apapun lelet
Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule Srengseng
Di Indonesia ada 3 gergasi telko juga ke seperti di Malaysia?
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Kalau di Malaysia nak kenal ke tiga-tiga telco gergasi ni senang sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Tengok perbezaan warna..
Merah untuk Maxis
Biru untuk Celcom
Kuning untuk digi..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Ni sekarang pun kawan tengah berkira – kira nak cari lagi syaroikat telekomunikasi yang ok.
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan terbaik untuk membeli kipas siling
Jangan risau Bro… Dekat Malaysia ni ada banyak syarikat telekomunikasi yang boleh memberikan servis yang memuaskan. Tinggal pilih yang mana berkenan di hati jer..
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Comments are closed.