Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.
Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.
Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.
Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.
Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.
Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.
Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!
Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?
Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)
Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .
Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.
Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?
Ini antara maklum balas pembaca Denaihati
Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.
Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la. Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar. Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal. Wallahua’lam. Pandangan peribadi.
Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa
Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.
Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
200 Comments
Sudah tiba masanya menukar ke operator lain yang lebih memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2017/ 2018 Online
Celcom banyak sangat MVP, Webe pun guna fasiliti dia. Maxis walaupun sedikit mahal, tapi jarang ada masalah.
Curahan rasa Adam @ ..Blog ialah kedai maya yang juga perlukan pelanggan
Last sekali saya guna Maxis pada tahun 2006… semasa saya kena posting ke Mujah Sarawak, saya rasa sangat kecewa dengan Maxis..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
Terus saya bertukar kwpada DiGi… sebab masa tu DiGi sahaja yang paling laju.. Maxis dgn Celcom memang Out..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
Alhamdulillah.. terus setia bersama Digi sehingga sekarang… daripada pengguna prepaid terus bertukar kpd pengguna postpaid..
Curahan rasa anuar @ ..RM100 ribu untk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
dulu saya dan suami pengguna tegar celcom jgk,tapi slow sgt line jadi saya terpaksa tukar line tp suami masih lg pengguna setia
saya pengguna Celcom First Gold jgk skrg tpi setakt ni tak ade mslh yg berat lagi..ape pn ade telco lg teruk dari celcom
Saya loyal customers celcom. Mana-mana telecommunication companies pun mesti ada problem. Tak ada yang perfect.
Setuju..walau apapun Celcom masih terbaik. Saya pegguna tegar celcom dari 2010 dan akan maintain guna Celcom. Hidup Celcom.
tak pernah guna celcom tapi en husband pernah ada bad experience dgn celcom..
alaa celcom ka,maxis ka,digi ka, sama sj..onexox ja laaa y lajuuu setakat ni..tapi bila lajuu pun masalah jgk, cepat habis data ;( selalu kena topup..huhuhu 🙁
walaupun pedih hati dengan celcom tapi itulah line terbaik di malaysia buat setakat ini.. pakai maxis pun line sedut2 so back to celcom balik.. chaiyok celcom..
Dulu saya pun pengguna tegar Celcom. Tapi berubah ke Umobile since line Celcom di kawasan rumah tak berapa nak kuat. Lama juga tak dengar pasal Celcom ni.
Curahan rasa Jia rizaira @ ..Apa Yang Menarik Tentang Windows 10 Creators Update
Baru suami saya bising2 tadi call sekejap dah tak da line. Padahal rumah kami dekat bandar kot.. Selama ni ok..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Cara Mengurangkan Sakit Sendi Untuk Pulun Solat Terawih 20 Rakaat
kebanyakan syarikat telekomunikasi ni saja je kasi harga gempak walaupun servis hancur
Perkongsian yg menarik! Terima kasih.sedang mencuba webe.katanya ok
Curahan rasa Nurul @ ..Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!
UMobile pilihan terbaik bagi saya buat masa kini.Terima kasih atas perkongsian menarik ini
Harap2 nanti ada telco yang memberikan persaingan sengit baru mereka sedar kepuasan pelangan tu penting..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..5 Laman Terbaik Muat-Turun & Tonton Movie Online
Comments are closed.