Singgah di Khaybar melihat kesan perjuangan Nabi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat tahun baru 1438H sahabat-sahabat pembaca setia yang hebat. Syukur ALLAH pilih Abang menziarahi kota lama Khaybar, pusat pemerintahan Yahudi yang digunakan untuk merancang menentang Rasulullah SAW. Mengikut penerangan Ustaz Noehas kota lama Khaybar sangat besar yang mempunyai banyak istana-istana besar dan subor dengan hasil pertanian. Melihat kesan bangunan memang kelihatan kota ini sangat besar dan maju.

Khaybar telah menjadi penempatan Yahudi sejak beratus tahun sebelum Nabi Muhammad diangkat sebagi Rasulullah iaitu sekitar tahun 7 masihi. Sebuah Oasis yang sangat subur menjadi rebutan banyak kerajaan. Ketika Rasulullah merancang untuk menawan Khaybar pada tahun 629M, para sahabat agak sangsi kerana katanya penduduk yahudi boleh bertahan 10 tahun kerana banyaknya sumber makanan.

istana di khaybar

Peperangan Khaibar itu berlaku disebabkan terdapatnya perancangan penduduk Yahudi Khaybar yang terdiri daripada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah Yahudi yang lain untuk berpakat dengan kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan Kabilah Arab Ghafatan bagi menyerang Madinah. Dengan izin ALLAH kota besar ini akhirnya dapat ditawan seperti maksud ayat 2 surah Al Hashr.

Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

Orang Muslim bergerak menuju Khaibar pada bulan Mei 628 bersamaan Muharram 7 H. Mengikut beberapa sumber, tentera Islam terdiri daripada 1,400 ke 1,800 orang dan antara 100 dan 200 ekor kuda. Beberapa wanita Muslim (termasuk Ummu Salamah) juga menyertai angkatan Islam dengan niat untuk merawat mereka yang tercedera. Berbanding dengan angkata Khaibar yang mempunyai kekuatan seramai 10,000 orang tentera, kontinjen Muslim kecil; namun ini membawa beberapa kelebihan kepada pihak Muslim.

Video kisah perang Khaibar

Nabi Muhammad (SAW) bertindak pantas menakluk kota Khaibar terlebih dulu sebelum Yahudi Khaibar sempat berpakat dengan kabilah-kabilah lain untuk menyerang Madinah. Yahudi Khaibar menyerah kalah tetapi dibenarkan kekal menduduki Khaibar dengan syarat mereka menyerahkan setengah daripada hasil mereka kepada orang Islam. Orang Yahudi kekal tinggal di oasis itu buat beberapa tahun sehinggalah pada akhirnya mereka diusir oleh Khalifah Umar Farouk.



Hari ini USA boleh diibaratkan sebagai Kota Khaybar yang menjadi pusat menyerang Islam dengan berbagai cara samada peperangan fizikal juga peperangan saraf. Khaybar terletak dalam negeri Madianh kira-kira 150 KM dari bandar Madinah Munawwarah.

Ziarah kami untuk bukan untuk membanggakan kejayaan Yahudi membina kota besar tetapi belajar bagaimana Nabi dan Para Sahabat berkorban segalanya untuk menegakkan agama ALLAH walaupun ditentang kuasa besar. Kita mesti ambil pengajaran dan azam untuk meneruskan usaha Rasulullah SAW menyebarkan kalimah tauhid mengesakan ALLAH.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

20 Comments

  1. terkadang saya malu jika membaca sejarah perjuangan nabi, karena jika dibandingkan dengan perilaku kita saat ini benar-benar jauh dari kata berjuang dan lebih banyak bermalas-malasan dengan kenikmatan yang telah ada

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!